Rabu, 19 Oktober 2011

Ummi Accident

Kereta ummi beli May 2002, tahun depan cukup 10 tahun umurnya.  Sebulan lepas ummi accident teruk, ummi keluar simpang terus masuk laluan laju.  Ummi tak nampak ada kereta tengah laju, terus kena langgar. Pintu kereta sebelah ummi kemek kena langgar, alhamdulillah ummi dan Hf tak cedera.  Pemandu kereta tu perempuan, terhantuk strering kereta dia dan kereta dia langgar pembahagi jalan selepas langgar kereta ummi.

Oleh sebab ummi yang salah, kami buat report polis di Nusa Jaya, dan ummi kena bayar 300 ringgit.  Sejak hari tu, ummi dah macam patah kaki.  Tiap kali nak buat pasar atau beli barang,  minta ayah tolong hantar, kemudian balik naik teksi.  Semua urusan pun kena minta tolong ayah.

Dah sebulan, kereta ummi masih belum siap di bengkel, ayah baru pergi tengok tadi, katanya Sabtu ni mungkin siap.

Tapi hikmah juga semua ni.  Ummi dapat rehat sebulan dari keluar ulang alik ambik dan hantar anak ke sekolah. Semua ayah yg buat, dari 6.30 pagi sampai  7 malam.  Tiap-tiap malam ayah terlepek keletihan.  Tapi tak pernah sekali ayah komplen, mungkin dia sedar ummi dah buat semua ini semasa dia takde, ditambah dengan kerja2 rumah lagi.

update;  cukup sebulan kereta dah siap dibaiki.  Ummi pergi sekali lagi ke tempat kemalangan untuk tengok dengan teliti kenapa boleh jadi accident.  Ummi drive betul2 macam apa yg ummi buat pada hari kemalangan tu.  Sampai di simpang 3, tempat kereta ummi keluar dan terus dilanggar kereta dari belakang, ummi berhenti di belakang stop sign dan tengok ke kanan.  Patutpun, di sebelah kanan ada satu sign board tak tau untuk apa sebab dah penuh dengan nombor along.  Sign board tu terletak betul2 di paras mata pemandu kereta, dan semasa berhenti, sign board tu melindungi sebahagian jalan yang jauh di kanan.

Mungkin masa tu, kereta yg melanggar ummi tu betul2 berada di belakang sign board, dan sebab ummi tengok sekejap aje, ummi tak sempat tengok kereta tu bergerak kedepan dari sign board.  Jadi pengajarannya, kalau nak keluar dari simpang, tengok dengan agak lama, sebab kita tak tau kalau2 ada blind spot yg disebabkan oleh cermin kereta kita sendiri, atau benda2 asing di tepi jalan.