Isnin, 16 November 2009

Rayyan Kena Demam Campak

Semalam masa tengah sibuk2 nak naik bot ke Lumut, Rayyan talipon dari Perlis.  Rupa-rupanya dia kena demam campak dah 4 hari.  Kesian Rayyan, demam sorang2 kat sana, ummi tak boleh nak jaga.  Tak dapat ikut ke Pulau Pangkor lagi.  Harap2 Rayyan cepat sembuh.

update:
Rayyan sebenarnya dah bercuti 2 minggu sebelum cuti sekolah sebenar, tp tak boleh balik kampung lagi, sebab kena buat kerja2 amal dulu seperti bersihkan kawasan sekolah dan bercucuk tanam.  Memang kawasan sekolahnya penuh dengan pokok buah-buahan.  Diaorang baru  buat ladang jagung, setiap pelajar dapat sebatang pokok jagung.

Masa balik, ayah takde, ummi yang ambik pukul 4 pagi kat bus stop Tmn Sri Skudai.  Rayyan dah semakin kurus dan tinggi sekarang.  Dulu tinggi sikit aje dari Aisyah, sekarang kepala Aisyah kat telinga dia.

update Dec 2010:

Rayyan dah sama tinggi dengan ummi, suara pun dah lagi kasar dan kuat dari ayah.   Balik tahun depan, agaknya tmabah lagi 2 inci.  Masa mula-mula masuk MATRI,  dia gemuk dan rendah.  Kena belikan baju saiz budak tingkatan 5, tapi kaki seluar kena potong.  Tahun ni kena beli baju serba-serbi baru, sebab fizikal dia dah jadi kurus dan tinggi pula.

Kem di Pulau Pangkor

Pelajar2 KTDI ada kem di Pulau Pangkor, diaorang bertolak naik bas.  Petang Jumaat kami sekeluarga berlepas ke Pulau Pangkor, exit highway kat Bidor, ayah dah letih driving, so tidur semalam kat Teluk Intan.  Esok pagi-pagi lagi dah bertolak ke Lumut.  Sarapan kat jeti Lumut yang sangat cantik landscapenya ala-ala berada di oversea.  Makanan agak mahal, tapi sedap dan boleh cater taste orang luar.

Naik bot ke Pulau Pangkor.  Ada 2 perhentian, yang pertama di kampung nelayan.  Kami berenti diperhentian kedua.  Keluarga dan ajk duduk kat chalet, peserta duduk kat kem.  Hari pertama, ayah ikut they all merentas hutan.  Jari kaki ayah tersadung batu dalam sungai dan bengkak. Ummi bawak budak2 main air kat kolam renang je.  Kolamnya tak dalam, Sarah boleh berdiri nampak leher. Yang bagusnya, ada besi penghalang dari kolam kanak2 ke kolam dewasa. 

Hari kedua, peserta pergi snorkeling.  Kitaorang nak ikut, tapi ayah pulak yang tak nak.  Ayah ada water phobia.  Mengamuk la si Sarah, tapi depan ummi je la.  Sapa berani mengamuk depan ayah.  Jadi hari tu ayah driving bawak kami keliling pulau.  Kecik cenonit pulau tu, baru 2 jam jalan2 dan berenti kat 2 tempat, dah habis semua.  Kami berenti kat kilang buat satey ikan Han Seng.  Ayah kata satey tu dia dah makan dari kecik, baru hari ni masuk kilang dia.  Pastu ke kubu Belanda (1670). 

Cantik jugak Pulau Pangkor,  sebelah yg mengadap tanah besar mostly kampung nelayan.  Sebelah yg mengadap laut lepas, pantainya lebih curam dan cantik, sesuai untuk aktiviti luar. \


Main ombak di pantai barat pulau

Map ambik dari sini

Ahad, 1 November 2009

Basel di majlis penyampaian sijil Tadika

Ahad 1 Nov 2009
Tadika Cina.  Basel ambik sijil dan hadiah masa hari konsert.  Macam tak percaya, lepas 2 bulan bercuti sebab patah kaki, Basel dapat no 1di  tadika cina.  Markah bahasa Cinanya 100%.  Dalam konsert tu, Basel masuk 2 acara, tapi dia macam ikut je, mungkin sebab dia tak sempat ikut reherseal selalu sebab kaki dia baru aje baik.  Hampir semua budak tadika masuk konsert, paling kiut budak2 tadika yg umur 3-4 tahun, comel semua pakai jumper terlompat2 atas pentas.  Acara bermula lewat petang dan habis awal malam.  Masa maghrib, ummi keluar kejap bawa budak2 solat kat masjid Kg Melayu Kangkar Pulai.


Ahad 8 Nov 2009
Malam tadi konsert dan penyampaian hadiah untuk tadika Didik Insan.  Basel dapat sijil untuk kelas fardhu ain.  Dia tak ambik bahagian dalam apa2 acara konsert pun.  Konset dan penyampaian sijil ni  buat lepas maghrib.  Benda yg paling tak best ialah terlalu banyak ucapan.  Ada 3 orang yg berucap, dan setiap ucapan aka ceramah tu dah makan masa lebih 1/2 jam.    Satu setengah jam masa untuk ucapan sahaja.   Tolonglah limit 10 minit seorang sahaja.


Selain jemputan khas, ada ke family yg datang malam tu tak bawa anak kecik?  Sapa nak dengar ucapan berjela-jela tu, dengan anak2 kecik yg tengah rimas, meraung atau berlari sana-sini.  Pukul 10 malam baru nak sampaikan sijil.  Kesian budak2 tadika yg dah lama bersiap dan beratur kat belakang.

Umi pun dah mengantuk sangat.  Orang tumpu perhatian bila acara konsert aje.  Patut itu yg ditekankan.   Ustazah Jamiah kena belajar lagi banyak ni dari tadika Cina.