Khamis, 17 Mei 2012

Proton Saga 1.6

Ummi akhirnya dapat kereta Saga yang dinanti-nanti hampir sebulan lamanya.  Sebab dah lama sangat tak bawa kereta, ummi macam kekok dan hampir accident.

Hari pertama:

Kelainan utama antara Saga 1.6 dengan Saga 1.3, selain kapasitinya, ialah transmission.  Saga 1.3 cuma ada CVT- continuous variable transmission.  Saga 1.6 pula ada 2 jenis transmission, CVT dan Auto.  Secara default, CVT.  Kalau nak tukar auto, kena tekan butang panel AT di tepi gear.

Saga ni agak tinggi dari Wira.  Macam bawa Kancil.  Rasa selesa je duduk.  Baguslah, selama ni rasa macam rendah sangat terbenam kat kusyen Wira tu.  Rasanya inilah yan paling ummi suka tentang Saga baru ni.

Signal kiri kanan Saga sebelah kanan, wipers sebelah kiri.  Ini dah terbalik habis dari Wira.  Beberapa kali ummi nak bagi signal, tertekan wipers.

Disebabkan kereta itu dicat semula (adalah kesnya yang sangat sensitip dan tak mau cerita), maka bau cat pun agak kuat di dalamnya.

update lepas seminggu:
Kedudukan seat Saga memang ummi suka sampai sekarang.  Tangan pun dah biasakan dengan signal, dan bau cat dah hilang.
 Saga sempena hari guru  (hadiah dari diri sendiri  !!!!)

Hari pertama:
Kelemahan Saga dan kelebihan Wira, bunyi enjin.  Wira senyap je, Saga asyik mengaum.  Kaki ummi nak tekan pun kena hati2 dan perlahan, kalau tak ...mengaum.  Penat tul.   Kelemahan kedua, pedal breknya sangat tinggi, tak sama paras dengan pedal minyak.  Penat kaki ummi kena angkat tiap kali nak brek.  Wira dulu cuma perlu ubah kaki tanpa diangkat.

update lepas seminggu:   ummi dah biasakan diri dengan pedalminyak dan brek, dan dah tak perasan lagi kelemahan pada hari pertama tu.  Sentuh pedalminyak sikit je, memang tak mengaum.

Hari pertama:
Aduh ketatnya stering Saga.  Penat sey lengan ummi nak konar.  Stering Wira dulu lembut dan ringan sangat.  Saga orang lain pun macam ini ke atau ummi punya je yang buat hal.

update lepas seminggu:
stering masih berat dan ketat, tapi tak seketat hari pertama. Dah biasakan diri dengan stering, dan ummi dapati stering perlu dipusing sikit je untuk dapatkan pusingan yang banyak.

Saga juga sangat cekap bila brek ditekan.  Beberapa kali ummi kena tekan brek sebab kereta depan tiba2 berenti di lampu merah, dan Saga akan terus berenti serta-merta dengan senyap.  Dengan Wira dulu tak boleh buat macam ni, ada delay beberapa meter dari saat brek dan tempat berenti sebenar.

Masalah Saga yang masih ada selepas seminggu:
Remote selalu tak berfungsi.  Kadang2 je ok, selalunya tak ok.  Ummi kena pakai kunci manual.

Caution:
semua pintu dan bonet Saga kena tutup dengan perlahan tapi kena tahan dengan tangan sampai tutup, tak boleh lepas atau slam.  Kalau lepas, dia terbuka semula.   Penat mulut ummi dok ingatkan anak2 sebab diaorang dah biasa slam pintu kereta Wira dulu.

update selepas 8 bulan:

Masalah utama saga 1.6 sejak sebulan dua ni ialah tansmission CVT tu asyik keluar lampu warning warna merah.  Apasal?  Takkan baru 7 bulan pakai dah rosak/tak berfungsi?  Ummi malas nak bawa pegi Proton, kang lama pulak dalam tu susah ummi nak pergu kerja dan uruskjan anak, sebab ayah selalu takde.  Dalam manual, kalau lampu menyala, kena berenti dan call mentenance.

Jadi ummi berenti sampai cool down, pastu baru teruskan jalan.   Satu hari tu bila merah tak berenti walau dah stop enjin dekat setengah jam, ummi terus tukar ke transmission Auto.    Alhamdulillah sampai sekarang ummi lebih selesa pakai auto je.  Walau agak lambat dari segi kecekapan memotong dan menambah kelajuan, ummi tak kisah sebab nak pergi kerja je, buat apa nak laju2.

Dari segi minyak, menurut Proton, CVT lebih jimat, tp dari pengalaman ummi, lebih kurang je.  Minyak full boleh jalan kurang sikit dari 300 km, kalau bawak pergi kerja.  Tapi kalau jalan jauh dan menten kelajuan 80-100km/jam, dapat 300km+.

Saga ummi dah cecah 10,000 km.

update lepas 9 bulan.
Baru lepas hantar maintenance untuk 13000 km.  Bulan ni banyak jalan, sebab ayah guna kereta ummi untuk pergi bercuti sekeluarga ke Segamat, Melaka, PD dan KL.   Lagi jimat minyak dari Grandis yang gedabak tu.  Lagipun cuma ada 3 anak yang tinggal sekarang.

Ummi dah tukar ke gear CVT pula sejak sebulan ni, alhamdulillah dah tak pernah lampu merah lagi.  Rasa sangat beza kecekapan  masa tekan minyak dan memotong banding dengan auto.