Memaparkan catatan dengan label Aisyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aisyah. Papar semua catatan

Rabu, 29 Ogos 2012

Aisyah 14 Tahun

Aisyah akan berusia 14 tahun Disember ni, dan nampaknya dia dah lebih tinggi dari semua makcik-makciknya.  Tengoklah dalam gambar tu, Aisyah berdiri sebelah ayah, dah nak sama tinggi dengan Rayyan.  Di Melaka, Ummi dengan mak induk, orang dewasa yang paling renek sekarang.



Update Ogos 2013:   waktu Aisyah balik  kampung berhariraya, ramai yang terkejut sebab dia dah jauh lebih tinggi dari semua perempuan dalam keluarga Segamat dan Melaka.  Yang malangnya si abang Rayyan, sebab ketinggiannya macam dah terhenti.





Khamis, 7 April 2011

Hantar T Shirt Muslimah untuk Aisyah

Masa mendaftar ke MATRI, ummi bekalkan 3 t-shirt muslimah untuk Aisyah, 2 pasang baju tidur, 2 t-shirt biasa lengan panjang dan 1 baju kurung.  Rupa-rupanya peraturan asrama sangat ketat, tak boleh pakai langsung baju tidur, t-shirt biasa,  dan baju kurung walaupun untuk tidur!!!!!  T shirt muslimah tu semua jenama Teen Muslim.

Masa balik bercuti 2 minggu lepas, Aisyah minta ummi belikan t-shirt muslimah warna biru gelap yang sesuai untuk dia bersukan.  Sebab masa singkat sangat, dan tak ada kedai jual pakaian tu di sini, ummi minta tangguh seminggu. 

Minggu lepas, ada pesta konvo di UTM.  Banyak betul gerai yang jual t shirt muslimah, tapi kebanyakannya warna warna pink, hijau, biru muda, maroon dan hitam.  Akhirnya ummi beli beli  t-shirt warna biru muda + jalur biru gelap, dan satu lagi warna biru gelap + jalur hitam.  Dua-dua kain kapas dan bersulam bunga kecil di satu sudut.  Tapi tak sempat nak tengok jenama apa.

Ummi bersyukur dalam keadaan semua kedai pakaian dan mall jual t shirt ketat dan singkat paras punggung, ada umat Islam yang perihatin dan buat t shirt muslimah.  Beberapa tahun lepas, cuma jumpa 2-3 syarikat je yg buat, sekarang dah banyak.  Cuma buat masa ni, kat tempat kami boleh jumpa masa konvo je, sebab tak ada lagi kedai di sini yang khusus jual t shirt tu. 

Lagi satu boleh beli online, tapi itu boleh kalau kita dahbeli beli jenama tu dan tau saiznya macammana.  Sebab saiz S bagi t shirt jenama A muungkin sama dengan saiz M jenama B.

update:  hari Jumaat 15 April, bungkusan tu sampai ke tangan Aisyah.  Lebih dari seminggu lepas hantar.  Seronok Aisyah dapat album dan gambar keluarga dari ummi.  Aisyah cakap dia suka Tshirt kaler hitam tu, cuma tangannya agak sempit.



UPdate 2013:  Sekarang dah tak susah nak cari Tshirt muslimah.  Kalau dulu saiz terhad, sekarang untuk perempuan saiz XXL pun ada.  Kat Giant Mall Taman Pulai Utama pun dah banyak kedai jual T shirt muslimah.  Kedai2 jual baju biasa pun dah letak 2-3 brand tshirt muslimah. Aisyah pula dah jauh lebih tinggi dari ummi, kena pakai saiz dewasa M.

Selasa, 15 Mac 2011

Cuti Sekolah 11 - 19 Mac 2011

Dulu-dulu tiap kali cuti sekolah, ada 2 bas bawa budak2 dari Perlis ke Johor.  Selalunya kalau Rayyan bertolak pukul 3 pm dari MATRI, dia akan sampai Skudai pukul 3 am. 

Ummi dan ayah dah standby tidur tepi hp  Ummi beberapa kali terjaga sebab risau sangat diaorang masih tak sampai, bila tertidur termimpi2 budak2 tu sampai pukul 7 pagi dan ayah tak nak ambik sebab dah terlewat nak hantar adik2 ke sekolah.  Ummi terjaga dari tidur dan tersedar dari mimpi bila hp berdering, rupanya dah pukul 6 pagi.

Sejak MATRI bukan cawangan kat Simpang Renggam, ramai budak Johor dah sekolah kat situ.  Jadi dah tinggal 1 bas aje dan berkongsi dengan budak2 dari Perak.  Masa travel jadi lebih lama sebab nak keluar dari highway dan berhenti di Ipoh.  Rayyan dan Aisyah sampai Skudai pukul 6 pagi.

Kesian nya Aisyah, semua tudung labuh yang ummi tempahkan tak cukup labuh bagi warden asrama dia.  Kotor sangat tudung Aisyah, rupanya tudung labuh yang elok tu juga kena bawak pergi toilet.  Tak boleh pakai tudung lain.  Bayangkan nak pergi toilet nak buang air atau mandi pun kena pakai lengkap berstokin, padahal dalam asrama perempuan.  Ummi cukup tak setuju tapi dah peraturan warden.  Aisyah pernah kena denda cuci kolah sebab pakai tudung tak cukup labuh.

Balik cuti ni, ummi belikan kain ela untuk buat 5 tudung labuh baru untuk Aisyah. Sabarlah Aisyah, ingatkan benda2 baik je yang Aisyah bakal dapat di situ.  Contohnya ummi suka dengar aktiviti halaqah.  Ummi tak faham apa itu halaqah, tapi kata Aisyah masa tu senior bawa jalan keluar sambil menghafal Quran.  Budak2 tingkatan 1 hafal juz Amma.  Sapa dapat hafal semua, kakak senior bawa jalan2 dan makan di luar.

Kemudian belajar bahasa Arab.  Dulu Aisyah belajar Arab di sekolah rendah agama, tapi langsung tak boleh dapat. Ayah kata buku teks dia   tak sesuai dan tak berkesan untuk budak2.   Gred paling tinggi pun dapat  C.  Bila Aisyah masuk MATRI, dia terus suka bahasa Arab sebab pengajaran yg berkesan agaknya, ditambah guru pun berbangsa Arab.  Markah ujian pertama Aisyah dapat 80% = A.

Hari Jumaat ni kami balik Melaka sebab Fatin bertunang.

Rayyan dan Aisyah naik bas ekspress KKKL ke Matri bersama 13 pelajar lain pukul 8.45 pm hari Sabtu. 

Sabtu, 18 Disember 2010

Aisyah dapat masuk MATRI

Alhamdulillah.  Sekarang ni tengah sibuk cari kain untuk tempah tudung labuh Aisyah. Ada 5 warna kena sediakan.  T-shirt muslimah pun nak kena beli, tapi kat mana ada jual ... selalunya nampak masa konvo je. 

Baru beli peralatan dan uniform sekolah budak2 ni dah belanja RM 850.  Masuk barang2 Aisyah, lebih seribu nanti.  Claim jangan tak claim.  Ayah baru hantar sms katanya sekarang di New Zealand.

Hari Sabtu, setelah pusing sana-sini cari kedai jahit, akhirnya dapat juga.  Mudah-mudahan takda masalah lain. Hari ni pergi Giant dengan Aisyah dan Rayyan, beli barang2 harian kat asrama dan kasut sukan.  Kasut Aisyah harga RM30, Rayyan RM100.  Habis RM400 semua hari ni.

T-shirt muslimah tak dapat lagi, mana nak cari ni, semua kedai kat sini tak jual.  Jualan online, dahla tak tau saiz fit  ke tak, pastu bila masa nak dapat?  5 hari je lagi nak pergi.


update: alhamdulillah dah jumpa kedai t-shirt muslimah di Giant Jalan Skudai, arah ke JB, ke depan sikit exit ke Taman Ungku Aminah.  Satu masalah dah selesai.   RM166 untuk 3 t-shirt Aisyah dan 2 t-shirt Sarah.  Exit lepas jejambat - Jalan Impian Utama.

 update 30/12/10:  Happy birthday Aisyah ... semalam

Kami dah bercuti sejak hari Sabtu, start dari Melaka, Bentong dan akhirnya Perlis.  Pagi tadi baru  hantar Aisyah dan Rayyan ke Matri.  Asrama sedang dibersihkan, memang nampak kotor dan bersepah.  Aisyah nampak risau, macammana nak tidur kat bilik bersepah macam tu.  Beberapa senior form 5 dah ada dalam bilik.  Alhamdulillah ada jugak kawan Aisyah sepanjang 3 hari sebelum sekolah bukak ni.  Aisyah dah menangis masa kami bersalam-salaman, alahai kesian tengokkan dia.  Koperasi tutup, jadi tak dapat belikan lagi baju asrama, buku, dan barang2 harian Aisyah.

Pukul 8 malam, masa kami masih dalam kereta ke arah Skudai, Aisyah call guna hp senior.  Pastu ummi call dia balik.  Aisyah menangis je dalam hp, cuma jawap sepatah-sepatah soalan ummi.  Rayyan belikan dia makanan tengahari tu.  Lepas - lepas tu dia tolong masak dan makan ramai2 dengan kakak2 tingkatan 5 yang dah sampai.

Selasa, 16 November 2010

Keputusan UPSR 11 Nov 2010 - Tusyen ke tak tusyen?

Result Aisyah 2A, 1B dan 2C.  A = BM, B = English, C = Sains dan Maths.  Alhamdulillah syukur lebih baik dari yang dijangka, terutamanya matematik.   Beberapa bulan sebelum UPSR, ummi cuba check kefahaman dan persediaan dia dalam maths, dan memang dia cuma faham 10% aje dari silibus.  Dan itulah satu-satunya subjek yg ummi cuba ajar dia sikit2, supaya dia tak fail masa exam nanti.

Apa2 pun yang Aisyah dapat, itula pencapaian sebenar dia, apa yang dia dapat hasil belajar kat sekolah.  Sebab kitaorang tak pernah hantar dia ke tusyen luar atau pergi mana2 tusyen anjuran sekolah (memang kena sindir dengan cikgu).  Bagi kami, tak payahlah paksa budak2 tu, baru sekolah rendah.  Bagi dia masa jadi budak2, bukan lama sangat pun.  Tahun depan dah kena jadi remaja pulak. 

Budak2 sekolah rendah sekarang, tusyen memanjang.  Kawan2 sekelas Aisyah dan anak2 kenalan yg academic ability hampir sama dgn dia, pergi tusyen sana-sini,  tp result UPSR samada sama atau teruk dari dia.  Penat sangat nampak budak2 tu, mengadap buku dari pagi sampai malam. Tapi berapa peratus sebenarnya yang masuk ke otak dia?

Yang kesiannya budak2 tu, sebab parents dah ambik Aisyah pulak jadi contoh dapat result baik dari derang.  Kawan baik Aisyah kena pukul sebab dapat 1A sedangkan dah dibagi personal tutor lagi.  Anak baby sitter pun teruk kena bebel sedangkan tiap hari  pergi tusyen luar + tusyen sekolah, tp dapat 1A.  

Dahla stress kena paksa belajar tak berenti, stress lagi kena marah sebab dapat  result teruk.  Budak2 ni mana boleh pukul rata, ada yang Allah kurniakan otak genius, otak bijak, otak sederhana dan otak lemah.   Kena faham hakikat anak tu kategori mana, dan buat yang terbaik untuk masa depan dia.  Bagi ummi, buat yg terbaik bukan bermakna kena paksa budak lemah dapat 5A, tapi cari kelebihan dan kebolehan dia yg mungkin bukan akademik, dan bagi galakan untuk dia berjaya dan maju dalam bidang tu nanti.

Cukup-cukupla parents, jangan sampai ada anak yg bunuh diri dah.  Terima je kurniaan Tuhan, doa dan cuba buat yg terbaik.  Terbaik bagi anak, mungkin bukan bagi kita.

Selasa, 10 Ogos 2010

Aisyah dan UPSR

Tarikh UPSR: 21- 23 September 2010.  Aisyah mungkin bersedia dalam BM dan BI, boleh la dalam Sains, tapi sangat2 lemah dalam Matematik.  Penilaian terbaru, markah math dia 16/100 aje. 

Baru-baru ni pergi kem motivasi, balik2 tu sama je, takde perubahan langsung.

update:  21/9/2010

Hari ni hari pertama periksa UPSR -  BM 1, BM2, dan Matematik 2.  Hari kedua Matematik 1 dan English.  Hari ketiga Sains.  Mudah-mudahan Aisyah boleh jawab dengan tenang.  Sebelum raya hari tu adalah dia buat latihan sikit2, itupun lepas puas ummi suruh, pujuk, dan bagi galakan.  Siap buatkan exercixe dlm bentuk powerpoint beranimasi, untuk tumbuhkan minat dia dalam matematik.   Masa ujian penilaian terakhir, dapatlah naik markah matematik kepada 30/100.   Alhamdulillah satu kemajuan yg ketara.  Kemudian rehat seminggu masa raya 10 Sept lepas.  Lepas raya barulah nampak dia ada usaha buat latihan tanpa disuruh.

update lepas UPSR:  Aisyah ikut lawatan ke Melaka, dan ada aktiviti pertandingan memasak kat sekolah. Bagus jugak aktiviti tu, sebab tiba2 dia berminat nak tengok dapur!

Rabu, 24 Februari 2010

Aisyah masuk hafadzan

Aisyah dipilih cikgunya masuk bertanding hafadzan antara kelas.  Kena hafal surah al Baqarah ayat 1 - 40. Ummi yakin Aisyah boleh buat, sebab dia cepat ingat ayat2 Quran yg dibaca.  Malam ni je dia dah start hafal 5 ayat.

28 Mac baru hafal 9 ayat.  Lemah betul semangat dia, asik nak kena motivasi je.

15 April 2010 - Aisyah betul2 hampakan ummi.  Ummi yg sibuk nak nolong dia hafal, dia buat selamba jek.  Minggu lepas, dia tak nak habiskan hafal ayat 13.   Bila ummi suruh (dah 2 hari tak menghafal sbnarnya), dia terus simpan Quran.  Ummi betul2 sedih,  cakap kalau susah macam ni, bagitau cikgu tak payah masuk hafazan.  Ummi sebenarnya nak dia sedar dan terus usaha. Tapi dia terus bagitau cikgu macam tu keesokannya.  Mungkin Aisyah tak matang lagi.  Ummi harap satu hari nanti Aisyah sedar dan usaha untuk majukan dirinya.

Update:  15 April 2011
masyallah, ummi tak sangka tepat setahun lepas Aisyah lepaskan peluang masuk pertandingan Hafazhan, hari ni dia call ummi dari sekolah, dia akan masuk pertandingan bercerita dalam bahasa Arab!!!

Ya Allah, ummi bersyukur sangat-sangat.  Alhamdulillah Aisyah dah cuba buat sesuatu yang baik untuk diri dia.  Mudah-mudahan Aisyah berjaya.