Memaparkan catatan dengan label Jalan2 Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan2 Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2013

Sawah Padi di Perlis

Gambar-gambar ini diambil semasa menghantar Rayyan dan Aisyah ke Beseri, Perlis pada Disember 2012 yang lalu.  Apa yang kami perhatikan, musim padinya berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, malah petak bersebelahan pun ada padi yang masih hijau, ada yang sudah kuning.






Kompleks Dewan Udnangan Negeri (DUN) Perlis di tengah2 sawah padi.

Isnin, 24 Disember 2012

Legoland Johor

Kami pergi ke Legoland pada hari Khamis 20 Disember 2012.  Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi melalui jalan Ulu Choh-Kota Iskandar sejauh 20 km.

Legoland di buka pukul 10 pagi dan kami terus ke FactorX, roller coaster berbentuk kereta   4 tempat duduk sahaja. Ayah seorang yang tak ikut sebab trauma selepas menaiki roller coaster extreme di Korea.   Seterusnya ke the Dragon, traknya lebih panjang tapi agak rendah berbanding yang tadi.  Hf dan ummi pula tak naik sebab .... ;).  Hf teringin nak naik pula, jadi sambung ke The Dragon Apprentice, roller coaster yang lebih kecil dan lebih sesuai untuk kanak2 macam Hf.

Yang paling ummi suka ialah 4D movie.  Anak2 suka Mindstorm, jadi mereka naik lagi sekali sebelum balik pukul 4.30 petang tu.  Cuaca baik hari tu, tapi hujan renyai2 sebaik kami beredar keluar.  Ayah suka Mini World dan ambik banyak foto di situ.  Hf  suka tengok bot dan lori2 kecil yang bergerak di situ.

Paling tak best ialah harga makanan dan minuman yang mahal.  Jadi sebaik-baiknya bawa banyak air mineral sebab ummi minum berbotol2 air hari tu.







Untuk ke Legoland, dari KL dan Singapura paling mudah ikut 2nd Link, kemudian exit Nusajaya  Dari JB, dari arah Danga Bay menuju Nusajaya/Kota Iskandar.  Dari Pontian dan sekitar, ikut Ulu Choh menuju Kota Iskandar.





Khamis, 26 Januari 2012

Jasin Hot Spring, Bemban, Melaka

Kami ke Jasin Hot Spring yang terletak di Bemban, Melaka pada 24 Januari 2012.   Kami bertolak dari Segamat melalui Tangkak,  kemudian Jasin dan terus ke Bemban.  Bemban pekan kecil aje, ala ala Pekan Sungai Air Tawar, Selangor atau Pekan Kangkar Pulai, Johor.   Di situ baru nampak sign board ke air panas.

Tapi bila sampai, rasa hampa la,  indah iklan dari realiti.  Sebab dalam papan tanda tu, seolah2 ada banyak tempat untuk berendam di samping suhu air panas antara 40-50 darjah Celcius.

muka-muka yang tak sabar nak berendam dalam air panas

Semasa ke sana, cuma ada dua je tempat berendam, satu bebas, satu untuk perempuan.  Lepas ummi cecah kaki ke dalam, suam-suam kuku je, rasanya suhu dalam 30 dajah Celcius je kot.  Ummi bandingkan dengan Hot Spring di Sungkai, suhu air yang bertanda 35 Celcius jauh lepas panas dari ini, dan suhu yng bertanda 40-45 Celcius pula memang sangat panas, tak tahan lama-lama berendam.  Suhu 50 Celcius pula langsung tak berani nak masuk.


biasa  ~ suhu air sejuk dalam kolah, suam = tak panas

semuanya air sejuk biasa je


Tengok orang rendam kaki ingatkan panas ... rupa-rupanya sejuk



Kami dah pernah pergi ke Hot Spring Labis yang tak berapa dikormersilkan dan Hot Spring Sg Klah yang komersial habis.  Kalau Sg Klah ***** star, Labis cuma **star je, tu pun sebab dah ada penambahbaikan dari dulu.  Tapi air di Labis sangat panas  mungkin antara 40 - 50 Celcius.  Jadi ummi ratekan air suam dan sikit aje di Hot Spring Jasin ni * aje.  Memang tak puas hati.  Kalau ada yang sangat berpuas hati dan tak setuju dengan ummi, sila la bagitau.

Tapi syukur la diaorang dah buat pool untuk budak-budak main kat kawasan bersebelahan.  Jadi budak-budak pun main air sepuas hati kat situ.  Cuma airnya  kotor dan bersampah sebab aliran air keluar masuk yang tak kuat agaknya.   Ummi duduk rendam kaki kat situ, malam tu sampai 2 hari masih rasa gatal-gatal sebab kaki ummi memang sensitif air yang tercemar ni.


Basel dan Hf berehat dalam air paras lutut


Sarah mula-mula  kecewa, lama-lama ok dah

Kalau datang sini hajat nak bawak budak main air aje, ummi rasa bolehlah sebab nampak budak-budak ni seronok je main air.  Tapi kalau dari Johor nak rasa air panas, lebih baik pergi Hot Spring Labis ... ada 3 kolam besar kedalaman berbeza dan airnya prrrrr ... panas.  Cuma Labis belum sediakan kolam untuk budak2 main air macam kat atas ni.


Lepas tu kami pergi solat di Masjid al Ghaffar di Bandar Jasin. Cantik masjidnya dan bilik airnya sangat bersih, macam di hotel berbintang.  Setaraf kebersihan toilet di  Masjid Selat di Pulau Melaka.  Yang ummi perasan, masjid-masjid besar di Melaka ni menggajikan cleaner tetap  untuk pastikan toilet masjid sentiasa bersih. 


Kemudian kami pergi makan mee bandung dan bihun sup di gerai-gerai tepi sungai Kersang, sedap.  Bangunan penting di Jasin banyak berkumpul di sekitar masjid al Ghaffar.  Pusat bandar Jasin tak besar sangat, kecil dari Segamat.   Tapi hampir semua kedai penting dan bank terletak berdekatan dan sesuai untuk mereka yang berjalan kaki.

Khamis, 21 Julai 2011

Endau Rompin - Laluan Selai

Kami ikut rombongan Summer Course yg ayah dan Dr Lee buat untuk pelajar university dari Thailand.  Antara aktiviti yang mereka buat ialah berkemah di Taman Negara Endau Rompin selama 3 hari.  Keluarga kami dan keluarga Dr Lee datang pada hari kedua.  Kami masuk melalui pekan Bekok.  Tinggalkan kereta di stesen dan naik kenderaan pacuan 4 roda sejauh 27 km ke Kem  Lubuk Tapah melalui kampung orang Asli di Selai.  Kenderaan tu kira macam teksi ke dalam hutan.  Driver kami bekerja tetap di KTM, Sabtu Ahad part time bawak 'teksi' kat situ.

Kami melalui ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan orang asli.  Kalau lihat di google map, laluan kami tu satu-satunya laluan masuk dari barat ke hutan Endau.  Di kiri kanan bukit bukau dan lurah bersilih ganti.  Sejam kemudian, baru sampai ke kawasan kem.  Lihat lokasi Endau Rompin di Johor.

Jalan masuk ke Taman Negara Endau Rompin - Selai 


Peserta kem sedang membuat aktiviti di dalam hutan, jadi keluarga kami dan keluarga Dr Lee cuma rehat-rehat dan bersarapan sementara menanti mereka balik.  Tengahari tu mereka balik dan kemudian pergi semula untuk aktiviti trekking sejauh 8 km.  Ayah, Dr Lee dan anak lelakinya berusia 13 tahun ikut sekali.  anak-anak ummi nak ikut, tapi staf Taman Negara tak benarkan, kecik lagi katanya.  Faham, takat 1 km boleh la bertahan, kalau 8 km, mau berdukung nanti!

 Jadi petang tu anak-anak ummi habiskan masa dengan bermain pasir dan kereta-kereta kecik yang dibawa.  Anak Dr Lee yang berusia 6 tahun tinggal bersama kami.  Fuhh, penat juga nak jaga budak2 ni, sebab sebelah kem tu ada sungai yang agak dalam airnya.  Ummi kena bertahan mata dan aktif berlari sana-sini mengejar budak2 yang bergerak terlalu dekat dengan tebing sungai.

Orang dewasa pergi jungle trekking, budak kecik main kat sini je

Lewat petang, kami dibawa naik landrover ke Base Camp kira2 1 km di atas, dimana airnya lebih jernih dan sesuai untuk bermain.  Ummi biarkan anak2 main air, ummi rehat kat atas batu.  Tak sangka jumpa ayah yang baru balik dari trekking.  Tak lama lepas tu, satu-satu peserta muncul dari hutan , muka masing-masing terbakar dan bermandi peluh.  Fuhh nasib baik tak ikut.  Sekarang memang musim yang panas membahang.  Apalagi kawasan kem kami tu yang lapang berpasir, lagi la terasa bahang panasnya.


Lubuk Tapah selepas banjir besar bulan Feb 2011

Ada banyak air terjun yang cantik di sepanjang jungle trekking, tapi ayah ambik gambar air terjun Takah Tinggi je.  Link ni ada tunjukkan banyak lagi gambar air terjun yang terdapat di situ.  Nama-nama air terjun di Selai bermula dengan Takah.

Takah Tinggi


Malam tu kami tidur dalam kemah.  Ummi dan ayah tersangat letih dan tidur awal.  Tapi sebelum terlena, sempat jugak ummi terdengar riuh suara anak-anak ummi dan anak-anak Dr Lee bermain hide and seek.  Seronok dengar diaorang sibuk mengundi dan mencari, adakalanya bertekak, dalam bahasa Cina.  Ummi cuma faham masa ada yang kira ee er san sek tu je.  Peserta kem ada aktiviti masak nasi dalam plastik dan daun, serta pancing ikan dan bakar.  Penuh unggunan api di sana sini ikut kumpulan masing-masing.  Yang ni pun ummi cuma faham hilai tawa diaorang je, sebab bercakap semua dalam bahasa Thai.

Sarah bersama peserta Summer School 2011

Sabtu, 25 Jun 2011

Felda Hot Spring Resort, Sg Klah, Perak

Satu lagi tempat persinggahan  untuk berehat dalam perjalanan  ke Perlis tempohari.  Recommended rating *****   family friendly, best sangat.  Kalau datang dari KL,  dekat je  dengan Tanjung Malim memang boleh balik hari. Ada disediakan penginapan berdekatan, boleh sewa ramai2 buat family gathering.  Kami sudah beberapa kali singgah berehat  di sini dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.


 Air panasnya ada  yang suam2 kuku sehingga yang panas mendidih.   Jangan risau sebab semua tempat dah diletakkan signboard  suhu air terutama tempat2 yang airnya melebihi 50 darjah Celcius. Ibubapa kena jaga anak masing2 takut mereka berlari masuk terus ke tempat air panas. Selipar Hf termasuk ke dalam takungan air mendidih sebab tanpa kami sedari dia  boleh panjat untuk berjalan di atasnya.  Mujurlah takungan  yang dibuat dari simen tu di tutup dengan pagar besi, cuma kaki kecil kanak2 mungkin muat untuk termasuk ke dalamnya.  Mujurlah selipar tu  terapung dan masih boleh ditarik keluar menggunakan ranting.



Ada juga kawasan yang dikhaskan untuk merebus telur.  Kita boleh bawa telur ayam dari luar  atau beli dari gerai  berdekatan.  Tempat tu sesuai sebab ada batu lekuk berisi air mendidih seolah2 periuk semulajadi.



Kawasan kolam mandi yang ada sliding tu pula air sejuk gunung sepenuhnya.  Kalau takut anak2 kecil termasuk ke kolam air panas, main air di sini je.  Kawasan air cetek dan dalam dipisahkan dengan kabel merah melintang ditengah2.

Selasa, 21 Jun 2011

Arowana, Tasik Tanah Bukit Merah dan Bagan Serai, Perak

Landasan keretapi KTMB dan projek landasan berkembar

Gambar diambil dari tebing Bukit Merah



update 22 April 2016:  disebabkan peristiwa El Nino, kemarau panjang dan panas di Malaysia sekarang, Tasik Bukit Merah kering, paras air tinggal 1/3 dari sebelumnya.  Gambar bawah ambil dari http://www.mstar.com.my/.

 April 2016: nampak macam kawasan yang sama dengan gambar yang kami ambil tahun 2011

Kami berhenti sekejap di sini dalam perjalanan dari Johor ke Perlis.  Ingatkan nak singgah ke Tasik Merah Resort, tapi tak jadi.  Malam tu kami tidur di homestay cikgu Ani di Bagan Serai.  Bulan Jun sawah sedang menghijau, padi baru nak berputik.  Kebanyakan sawah padi berhampiran lebuhraya sudah bertukar menjadi ladang penternakan Arowana.  Ikan arowana berasal dari Tasik Bukit Merah dan anak2 sungai yang mengalir ke dalamnya.


Homestay cikgu Ani di tengah sawah


Masjid Tinggi dibina 1890an oleh penduduk asal Bagan Serai 

Dan sungguh tak sangka, dapat berjumpa masjid bersejarah, asal usul nenek moyang ummi, kaum Banjar dari Kalimantan.  Sebenarnya ayah yang kenal masjid tu, sebab senibinanya sama dengan masjid yang pernah dilihat di sana..  Masjid Tinggi Bagan Serai dibina pada tahun 1890an dan dirasmikan oleh Sultan Perak pada tahun 1923.  Sekarang Masjid Tinggi sudah tak digunakan lagi, ada satu masjid baru di seberang jalan.

Bukit Semanggol juga tempat di mana pasti PAS menang buat pertama kali semasa pilihanraya.  Sini ramai orang kuat PAS. Maa'had Al Ehya Al Shariff di Gunung Semanggol antara sekolah agama swasta yang awal di Malaysia. 

Selasa, 18 Januari 2011

Everly Resort, Masjid Selat dan Perigi Hang Tuah

Hari Sabtu lepas, ayah ajak ke Melaka sebab ada kerja.  Ayah tinggalkan kami di Everly Resort, Tanjung Kling, sebab ayah ikut rombongan meminang untuk adik bungsu ayah, Faruqi.  Ayah terlambat bangun pagi tu, banyak benda tertinggal termasuklah kamera dan buah-buahan yang sepatutnya dibawa ke KL.

Ummi dan anak-anak buat apa lagi selain duduk dalam bilik atau sekitar kolam renang, sebab resort tu 20 minit berkereta dari bandar Melaka.  Kami duduk suite satu bilik.  Dulu dikenali sebagai Riviera Bay Resort, masa makteh masih kerja chef sekitar tahun 2002.  Dari beranda bilik, memang cantik betul pemandangan landscape kolam renang, dan nun jauh di depan dah nampak laut.  Memang puas budak-budak berenang terutama si Sarah.


Tengahari Ahad dah keluar, dan terus ke Masjid Selat yang terletak di tanah tambak, sebelah je dengan laluan Duck Tour semasa bertukar dari kereta ke bot.  Tapi tak naik la bot tu sebab tak cukup masa, dan tak cukup bilangan anak-anak.  Terjumpa blog ni yang ada banyak gambar Duck Tour.

Masjid Selat yang sejuk dan berangin

Dalam perjalanan menuju ke highway, kami ikut Jalan Semabuk dan ternampak papantanda Perigi Hang Tuah, Kampung Duyung.  Terus singgah ke situ.  Ayah kata itulah pertama kali dia ke situ.  Menurut sejarah, inilah kampung tempat Hang Tuah dilahirkan.  Perigi tu dikatakan digali oleh Hang Tuah sendiri, tapi semakin dibesarkan kemudian.  Airnya memang jernih dan tak kering walaupun musim kemarau.


Bentuk batu dinding perigi ni sama dengan batu-bata binaan di sekitar perkuburan lama di Tanjung Kling, dimana kubur Hang Tuah juga dikatakan ada di situ. 

Peta di bawah menunjjukan caea ke Kampung Duyong dari arah lebuhraya,


Jumaat, 31 Disember 2010

Cuti Akhir 2010

Hari Sabtu kami bertolak ke Melaka, sebab ayah ada perbincangan dengan saudara-mara terdekat untuk hari pertunangan Faruqi, adik bungsu ayah.  Hari Ahad, terus ke Dusun Eco Resort di Bentong, Pahang.  Ayah bersama student KTDI yang bakal dipilih untuk jadi AJK ada sesi orientasi.  Antara aktiviti yang sempat ayah, Rayyan dan Sarah ikut bersama ialah canopy walk sepanjang 120 meter, flying fox 250 meter, mandi kolam (tak menten dan sejuk).  Ummi dan Aisyah tak ikut sebab takut, Basel dan Hf kecil lagi.  Yang tak sempat ikut sebab kami dah pergi antaranya berakit buluh, dan larian halangan ala askar.

Canopy walk 120 meter

Hari Selasa bertolak ke Seberang Prai sebab ayah ada kerja di situ, tinggal di Seaview Hotel.  Ummi belikan Rayyan MP3 di salah satu kedai elektrik di bawah hotel.

Petang Rabu bertolak ke Perlis, tidur di Putra Palace Hotel di Kangar.  Apa yang best tentang hotel ni ialah bilik yang luas dan selesa, dan kolam renang 3 kedalaman, untuk kanak-kanak, 3 kaki, dan dewasa ~ 6 kaki.  Sarah paling aktif berenang merentas kolam tu. Sepanjang malam pula ayah tengok bola!!!!  Malaysia lawan Indonesia 4-2 Piala Suzuki.   Ummi bawak anak2 makan malam di luar.


Pagi Khamis 30 Dis baru pergi Matri hantar Aisyah dan Rayyan.  Pukul 10 pagi  kami dah bertolak balik ke Skudai sebab ayah kena pergi Filipina pukul 12 malam ni.

Sabtu, 4 Disember 2010

Lost World of Tambun dan Gua Tempurung

Kami ke Ipoh pada hari Rabu 1 Disember lepas sebab Aisyah ada test untuk masuk MATRI.  Pagi Khamis pergi ke Taman Rapat Indah, pejabat Haluan Perak.  Pukul 10 pagi terus ke Tambun.  Budak-budak main air sepuas hati.  Bayaran masuk sangat mahal ... RM38 untuk dewasa.  Kalau tak pakai sleuar renang, tak boleh main air.  Ummi masuk dalam air nak ambik gambar budak2 pun diarah keluar dari air sebab pakai tracksuit aje.  Tegas betul.  Beg pun diperiksa, dan semua makanan kena tinggal kat luar.

ada banyak kolam air panas kat sini

resort dikelilingi bukit batu kapur yang cantik


Hari Jumaat kami pergi ke Gua Tempurung yang terletak di selatan Gopeng.  Besar betul gua tu, boleh buat istana kat dalam tu.  Tapi letaknya di beberapa lapisan, kena panjat beratus anak tangga untuk sampai ke lapisan gua ke 5.  Kami ambik pakej kering, maksudnya tak masuk ke dalam air.  Sapa ambik pakej basah, kena turun lagi jauh ke dalam.  Kami tengok aje dari atas, langsung tak nampak dasar, dalam dan gelap.  Lepas tu terus balik ke Skudai.

Laluan angin di satu tempat sempit di dalam gua
anak sungai jernih di dalam gua

Isnin, 29 November 2010

Wet World Batu Pahat

Pada hari Ahad kami ke Wet World sekali lagi.  Kali ni Hf dah besar sikit, jadi senang sikit nak jaga.  Ummi cuba naik tube atas ombak, terus pening macam naik bot kat laut.  Macammana la budak2 boleh tahan.  Ummi cuba slide, masa dah sampai terus termasuk dalam air, air masuk hidung.  Dalam jugak air tu.  Wonder macammana anak2  yang kecik2 tu boleh bergelak ketawa masa cemas macam ni?

Isnin, 7 Jun 2010

KL: Denai Alam, Selayang, FRIM

Kami dah 2 hari kat KL. Semalam datang KL ke rumah cik Era sebab ada majlis kenduri kawin.

Lepas tu berkumpul rumah Ani kat Denai Alam, emak dah ada kat situ. Ambik kunci apartment Ilah kat Selayang, dan malam tu kami tidur kat situ. Pagi tadi budak2 mandi kat kolam.  Pastu bawa budak jalan2 kat hutan FRIM. Esok nak pergi lagi ke FRIM sebab nak ke air terjun dan jambatan gantung.

Pokok buluh terbesar


Pokok kapur setinggi  > 30 meter dilihat dari dalam hutan



Tengahari  balik ke rumah Ani sebab mak nak buat kenduri sempena umrah kami sebelah malam.  Mak dah jemput adik-beradik dan sedaranya kat KL.

Sabtu, 26 Disember 2009

Wet World Theme Park, Batu Pahat

Pergi sini masa cuti krismas 25 Dis 09.  Masa ni anak2 umi kecik lagi, Rayyan 13 tahun dan yang paling kecik Hf 3 tahun.  3 jam main air, semua muka dah rentung.



Tempat ni kira macam tempat main air untuk rakyat marhain la.  Tiketnya tak mahal, RM15 untuk dewasa.   Manusia selamba je makan sambil berkelah kat situ walaupun di pintu masuk ada pemeriksaan.  Pakaian pun boleh pakai apa saja.  Kalau tempat mahal macam the Mines atau Tambun Hot Spring memang kena berbaju mandi aje.

Kami tak tau tak boleh bawa makanan, jadi bekal makanan memang bawa plastik beg dengan tuppaware besar gedabak penuh rendang dan ketupat + lain2 makanan  di dalamnya.  Ha ha ha ha ha. Itu yang kena rampas tu. Tapi mereka letak di para dan minta kami ambil semula semasa nak balik. Pekerja tu siap bagi tips lagi lain kali nak bawa sorok2 bukan terang2 macam ni, sebab mereka tak geledah beg kita.


Pantai buatan dan gelongsor air

Dari segi kebersihan, airnya tak berapa nak bersih.  Balik rumah dah rasa gatal2 kaki. Sebabnya ialah beberapa tempat antara kolam2 tu ada tanah dan rumput.  Jadi kanak2 yang dah basah lencun pijak tanah2 untuk short cut ke kolam lain dan bawa sekali segala kotoran dan sampah di telapak kaki ke dalam air.   Pengurusan Wet World kena buat sesuatu supaya tempat ni bersih dengan maintenance yang minimum.    Umi letak video dalam youtube dan orang luar bagi komen pasal air kolam yang kotor, bukan ke memalukan Malaysia?  Gambar-gambar ni tak jelas sangat sebab ambil screenshot dari video.

 Gelongsor air


Sebab ada anak kecil yang perlu pengawasan ketika tu, tak dapatlah umi nak rehat2 di bawah tempat teduh. Terpaksa temankan Hf ke mana2 dalam keadaan panas dan lembap.  Anak2 lain sewa tube dan seronok turun dari gelongsor air guna tube tu.   Ada ombak dan pantai buatan juga.  Yang bahayanya terlalu ramai kanak2 di tepi pantai tu, sehinggakan tube yang penuh berisi anak umi terlanggar mereka semasa dilambung ombak.



Tube dilambung ombak