Memaparkan catatan dengan label Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampung. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Ogos 2012

Perusahaan Kelapa di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

Nenek cerita zaman kanak-kanaknya, seawal 3 pagi dah pergi mencungkil  kelapa di rumah asap.  Rumah asap ni kebiasaanya dimiliki kaum Cina, yang membeli buah2 kelapa dari kebun penduduk kampung, dan membayar upah pada penduduk kampung untuk menyungkil isi kelapa dari tempurungnya.  Kemudian isi kelapa diasapkan sehingga kering.  Tempurung kelapa dikumpul dan dijadikan bara di bawah rumah asap untuk mengeringkan isi kelapa.  Selepas itu dibawa ke kilang untuk diperah menjadi minyak kelapa.

Masa ummi kanak2 pada tahun 1980an, ummi sempat ikut nenek dan moyang ke rumah asap dan sempat merasa pengalaman mencungkil  isi kelapa.  Kerjanya kejap je, selebihnya kami main2 kat situ.  Moyang lelaki pula mengambil upah mengait buah2 kelapa di kebun-kebun penduduk kampung.  Pada waktu lain, kedua2 moyang akan mengambil upah mengemaskan kebun dan mengumpul buah koko masak untuk dikeringkan.  Mereka hanya bekerja mengambil upah sahaja kerana mereka tiada kebun sendiri.  Cuma ada sikit tanah cukup untuk jadi tapak rumah.

Selepas berpuluh tahun meninggalkan kampung, Syawal 2012 baru-baru ni ummi sekeluarga balik semula ke Sabak Bernam.  Kami ambil peluang mengambil gambar perusahaan kelapa yang terkini.  Rupa-rupanya kini mengumpul sabut kelapa pula jadi antara perusahaan yang terpenting.  Sabut kelapa ini dibwa ke kilang dan dipintal untuk menjadi tali yang kuat.  Pekerja pula adalah kaum Bangladesh sebab semua orang kampung di situ dah uzur.  Anak-anak muda lebih suka berhijrah ke bandar.


Rumah asap yang masih wujud tapi dah nampak uzur. 

Buah kelapa yang belum dikupas.  Yang jauh tu isi kelapa yang dah dicungkil dari tempurung.

 Sabut kelapa dikumpulkan di tepi jalan untuk dikutip dan dihantar ke kilang tali sabut.  Kanak2 tu mungkin cucu atau cicit kepada pemilik rumah asap.


Khamis, 10 Februari 2011

Banjir di Segamat Mula 31 Jan 2011

Segamat banjir dan terputus hubungan dengan bandar2 lain pada hari Isnin 31 Jan 2011, hari yang sepatutnya ummi dan anak2 balik kampung.  Ummi tunggu sampai hari Rabu, dan tiba di Segamat pada pukul 2 pm. 

Masa bawak nenek jalan2 dari simpang jalan Kuantan ke Gemereh, kami berada di antara 2 jalan banjir.  Ke arah Muar, di km 8 banjir dan jambatan runtuh, ke arah Segamat di Batu Badak banjir jugak rupanya.  Jambatan ke kebun abah tenggelam terus, penduduk di situ kena naik bot nak ke jalan besar.  Ingatkan nak balik rumah terus, rupanya kena patah balik ke simpang Kuantan sebab kereta tak boleh lalu.

Tengah malam tu, baru makngah sekeluarga datang dari Melaka.  Diaorang dah sampai Tangkak, kena patah balik sebab rupanya jalan di km 18 dekat UiTM berlubang dan banjir tinggi 5 kaki.  Patah balik ke lebuhraya arah ke selatan, masuk melalui Yong Peng.  3 jam baru sampai Segamat.

Hari Khamis, ummi dan makngah sekeluarga pergi melawat jalan banjir di Batu Badak, jalan atas air dan  tengok orang tangguk ikan.


Khamis, 23 September 2010

Matang Kunda dan Sabak Bernam

Hari ni baru dapat tahu asal usul atuk dan nenek sebelah mak ialah di kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak.  Mak pernah ke sana masa kecil, mak kata ada permatang pasir kat situ.  Cari kat google map, cuma ada ladang aje.  

Baru dapat tahu asal usul datuk saya sebelah emak dari Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak.  Gambar di bawah adalah rumah semasa atuk membesar di Kg Matang Kunda.

Datuk saya dilahirkan sekitar 1910an, dan di dalam gambar ini umurnya sekitar 10 tahun.  Di akhir hayatnya, atuk tinggal di Kg Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

Syawal 2010, kami puas beraya kat kampung, bermula dengan Segamat, balik Melaka, pastu lawat saudara mara jauh di Sabak Bernam sebab datuk dan nenek dah tiada, Teluk Intan dan Sungai Besar.  

Sayang tak dapat pergi rumah sedara-mara di Bagan Datoh dan KL., sebab tak cukup masa.  Budak2  sekolah Cina dah start sekolah hari Selasa, sekolah kebangsaan masih cuiti sampai Jumaat.  Aisyah pulak nak ambik UPSR minggu depannya.


Rumah atuk yang sudah kosong di Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam,  Selangor . Gambar tahun 2010 sewaktu kami pulang berhari raya melawat saudara mara. Datuk dan nenek sudah tiada.



Update Ogos 2012:  Kami berjaya menjejak jalan masuk ke Matang Kunda, tapi tak pergi sampai ke pusat kampung tu sebab terasa jauh di pedalaman.  Tanpa  peta dan takut sesat, kami berpatah balik separuh jalan bila tak jumpa satu rumah pun.    Sempat snap gambar2 di bawah ni:

  


Update 2012 Sg Ayer Tawar, Sabak Bernam;
Gambar di bawah ini saya ambil dari google map setelah lama tak pulang ke kampung.  Beberapa tahun kemudian rumah ini dirobohkan selepas tapaknya dijual kepada saudara kami.

Rumah peninggalan atuk di Sg Ayer Tawar, Sabak Bernam


Rumah arwah atuk di zaman kegemilangannya (2002)



Update Dis 2021 Matang Kunda

Setelah lama merantau, kami berpeluang melawat beting pasir tempat bakal Sultan Perak dibawa sebelum ditabalkan. Beting ini dipanggil Beting Beras Basah.   Beting pasir di muara Sungai Perak tu tak jauh dari Kampung Matang Kunda. Patutlah semasa kecil, emak sangka itu kampung emak juga. 

Beting pasir di Muara Sungai Perak 

Kemudian kami ke Bagan Datoh dan seterusnya Matang Kunda.  Dulu kami pergi buta2 begitu sahaja.  Google map mungkin sudah ada, tetapi kami masih menggunakan Nokia 3310 ketika itu.



Terletak di antara Selekoh dan Bagan Datuk,  Sekolah Menengah Agama Irshadiah terletak di sebelah kanan jalan masuk ke kampung tersebut. Di sebelah kiri ada sebuah rumah yang 10 tahun dulu belum ada.

Kami bergerak jauh ke dalam melalui kebun2 dan rumah2, sehingga berjumpa masjid Matang Kunda 2 km kemudian.  Di situ terletak sekolah kebangsaan Matang Kunda,  dan sekolah Arab al Islah yang dibina pada tahun 1935. 



Sekolah Arab al Islah, kini dikenai sebagai Madrasah al Islah addiniyah, Matang Kunda.


Masjid Matang Kunda sekarang adalah masjid baru yang dibina pada tahun 1968. Masjid asal yang dibina tahun 1890 telah dipindahkan Parit 12 Sungai Besar.


Masjid asal Matang Kunda.  Masjid Nurul Falah, Kg Sungai Panjang, Parit 12 Sg Besar. Cuma tinggal sebahagian masjid seperti bumbung ini  dan rangka utama yang masih asli,  yang lain telah ditambahbaik. 

Sempat pula merakam sawah padi dan parit kecil di sebelah masjid.