Kereta Proton Wira 1.5 warna kelabu ni ummi beli pada tahun 2002. Tahun ni genap 10 tahun umurnya. Kami dah guna semaksimum mungkin, hari-hari jadi hamba hantar dan ambik anak2 ke sekolah, dan pengangkutan utama ke tempat kerja. Bawak kami balik ke kampung dan berjalan2 sekitar Malaysia. Selama 7 tahun, Wira berkhidmat tanpa henti. Tak pernah rosak.
Hari terakhir Wira di rumah kami
Berehat sikit bermula tahun 2009 bila ayah beli kereta Grandis. Semua kerja2 Wira selepas itu bergilir2 dengan Grandis. Tapi ketika itu atuk Segamat jatuh sakit dan ayah selalu tiada di rumah. Jadi Wira diguna secara intensif lagi untuk berulang alik Segamat-Johor hampir tiap minggu. Semasa atuk meninggal dunia pada Jun 2009, ummi bawa Wira selaju 120 km/jam sepanjang lebuhraya sebab takut tak sempat jumpa.
Selepas peristiwa tu Wira mula semput2, ada aje benda baru yang terpaksa diganti.
Genap 10 tahun, alternator dah mula meragam dan kereta mula berhenti tanpa sebab di mana yang dia suka. Mula2 mereka ingat itu masalah ECU, jadi kami ganti ECU baru. Masih masalah yang sama. Bila ganti alternator baru ok. Tapi sebulan kemudian, masalah yg sama lag ... lagi teruk ECU baru kami terus rosak.
Syukur masih dalam warranty, sementara nak dapat ECU baru, kami pakai ECU lama yg disangka rosak dan tukar alternator lain. Elok pulak kereta berjalan. Huh, sah2 ECU lama kami masih elok dan tak rosak. Terbang 800 ringgit beli baru.
ECU lama masih lagi disimpan, sayang nak buang sebab masih ok. Ummi iklankan di mudah.com, sampai sekarang belum ada pembeli. Takpe, akan disimpan sampai ada orang yg betul2 memerlukan.
ECU baru dah sampai dan ganti ECU lama. Tapi kereta rosak lagi sebab alternator buat hal. Ganti lagi alternator baru. Dahlah ayah kat Nepal 2 minggu semasa semua benda tu terjadi.
Minggu ni, Wira kami pun di trade in ke wakil Proton Edar. Dapat RM8000 pun dah cukup bersyukur sebab mileage dah 230,000 km. Ummi tengok kat mudah.com tu, mileage yg jauh kurang dari kami pun jual RM10000 je.
Kereta Grandis di sebelah Estima

Tiada ulasan:
Catat Ulasan