Alhamdulillah semalam, Ahad, kami sekeluarga keluar 7.30 pagi ke Hutan Bandar Kulai. Letaknya di hujung jalan Bandar Putra Kulai. Belum habis lagi projeknya, masih ada laluan yang baru dibina, dan tak ramai orang. Pokok2 pun masih kecil lagi.
Mula-mula kami berjalan kaki ke seluruh kawasan tasik, dan melihat ikan2 koi, dan kaloi yang besar2 di dalamnya. Ada juga beberapa ekor ikan keli.
Kemudian ummi dan ayah naik turun tangga sebanyak 10 kali. Anak-anak dah pasti lebih sebab mereka berlari.
Kemudian kami sewa basikal, satu basikal 3 tempat duduk Rm8, dan 4 basikal single 4RM setiap satu. Tapi semuanya RM20. Semasa berbasikal tu, terjumpa basikal2 lain seperti basikal yang ada tempat duduk baby di depan, dan basikal beca (boleh bawa 2 anak kecil). Kreatif mereka ni, dan memang sesuai buat di sini sebab banyak laluan yang landai, serta tak ramai orang berjogging seperti di Hutan Bandar Mutiara Rini.
Hutan Bandar JB pula langsung tak sesuai berbasikal sekeluarga sebab banyak laluan curam, licin dan terlalu dekat dengan tasik.
Kerana cuaca yang redup dan berangin, kami habiskan masa 2 jam di situ, tak sedar pun. Balik tu kami ikut jalan melalui airport Senai, dan ayah bawa kami berjalan2 di situ. Masyallah lamanya ummi tak pernah datang ke airport, sebab dah berubah habis. Dulu cuma ada sebiji kedai aje, sekarang dah ada macam2 kedai di situ.
Kami rasa sangat gembira dan segar selepas berbasikal, memang seronok sangat. Balik tu, anak2 ummi masing2 makan 2 keping roti canai/telur di gerai Sri Pulai.
Tengahari tu ummi timbang, wah 55 kg. Tapi malangnya lepas makan malam dah naik 59 kg. Salah baca ke tengahari tadi?
Update: Cuti Mac 2013 kami pergi lagi ke sini. Kali ni semua naik basikal sorangsatu sebab Hf dah cekap berbasikal tanpa roda kecil.

Laluan tepi tasik
Laluan ATV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan