Ahad, 8 April 2012

Ayah di kaki Gunung Everest, Nepal

Namchee Bazaar Camp dan Gunung Everest dari satelit


Ayah bertolak ke Nepal pada 3 April 2012 lepas bersama beberapa pelajar dan staf UTM.     Semalam 7 April, ayah selamat tiba di Namche Bazaar Base Camp yang terletak 3000 m dari aras laut. Camp ini adalah perhentian pertama bagi semua pendaki ke gunung Everest yg melalui laluan tersebut.   Ayah trekking selama 7 jam sebelum sampai ke sana.  Ayah sms bagitau oksigen semakin menipis dan ayah muntah 3 kali sebab altitude sickness.  Penduduk Nepal bawakan barang2 keperluan.  Badan mereka fit dan boleh pikul barang naik gunung sehingga 100 kg.



Hari ni ayah naik lagi sehingga paras 3800 m, di mana mereka dapat melihat pemandangan base camp dan puncak gunung Everest dari situ. Ayah bagitau sekarang ni cuaca terang benderang dan dapat tengok semuanya.  Sekarang musim bunga, tapi di situ sudah bersalji.

Ini bukan main ski, tapi tongkat untuk naik gunung


Ayah takkan naik ke atas lagi, tapi pelajar2  UTM akan naik lagi sehingga ke Everest Base Camp di paras 5000m.  Mereka sedang buat latihan untuk mendaki Gunung Everest pada tahun 2014 nanti.



Ayah kata, tak dapat naik sampai Everest, dapat tengok pun jadik.


Update 28 April 2014:  
Pelajar-pelajar UTM yang diketuai oleh Azim Afif Ishak terpaksa menangguhkan pendakian mereka ke Gunung Everest kerana faktor cuaca.  Mereka dah pun sampai paras 6000m, tapi terpaksa berpatah turun kerana kematian 16 orang sherpa (pekerja pendakian) hanya dalam jarak 4-5 km dari lokasi mereka akibat runtuhan glacier.   Para sherpa tidak mahu meneruskan pendakian bagi musim ini kerana menghormati rakan2 mereka.   Kesemua pendaki musim ini diberikan lesen untuk 5 tahun lagi.   Mereka akan meneruskan pendakian tahun 2015 nanti.



Update 26 April 2015:  
Pelajar2 UTM pergi ke Nepal sekali lagi bermula Mac 2015, tetapi kali ni Azim sudah bergelar staf UTM sebagai ketua dn trainer.   Ketika itu pendaki2  UTM seramai 5 orang  sedang berada di Everest Base Camp di ketinggian 5000 m, gempa bumi terjadi di Nepal sekuat 7.8 richter.   Mereka sepatutnya berapa di Nepal sehingga Jun 2015, tetapi belum pasti samada dapat teruskan atau balik ke Malaysia.  Mangsa gempa bumi sudah mencecah 4000+.   Berita sepenuhnya di sini.



Update 28 April 2015:
Misi terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan.  Avalanche atau runtuhan salji  bermula dari ketinggian 7000m telah membunuh 18 orang di kawasan Everest Base Camp (EBC).  Petikan kata2 Azim dari thestar.com.my:   

“InsyaAllah, if there is an opportunity, the UTM flag will fly here another year. The climbers have not given up. This journey home is not a failure, but a mission that is not yet complete,” said the 27-year-old.


Avalanche menimpa EBC (gambar Azim Afif)

Namchee Base Camp, Everest Base Camp


Update 23 Mei 2016:
Akhirnya misi menakluk Gunung Everest berjaya juga.   Azim Afif dan   Mohd FarulAdib berjaya sampai ke puncak melalui laluan Tibet.    Walaupun ayah  sudah tiada di UTM untuk meraikan mereka,  ummi pasti ayah bangga sebab dah bersama mereka dari awal lagi, semasa mereka mula2 berlatih mendaki bukit2 dan gunung2 di dalam negara kita.


sumber:  UTM

Tahniah Azim dan Farul !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan