Memaparkan catatan dengan label Ummi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummi. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

1 Ogos 2014: Surirumah Sepenuh Masa

September 1992: Ummi mula bekerja di UTM KL, kemudian pindah UTM Skudai.   September 1997 - Mac 2002:  Bercuti tanpa gaji.   Ogos 2014: Bersara awal.  Secara puratanya ummi dah bekerja 17 tahun di sini.  Kalau skim pencen, memang tak dapatlah pencen separuh gaji sebab kerja kurang 20 tahun.  Tapi ummi skim KWSP, yang boleh keluar separuh je semasa usia 50 tahun nanti. 

Sebelum tu ummi dah kerja part time macam2 dari zaman belajar lagi, jual kuih depan rumah, library assistant, computer lab assistant, kilang baju, kilang sarung tangan, dan  sempat 4 bulan di TNB.

Sebab berhenti  cukuplah cakap hati ummi memang kat rumah je, bukan di tempat kerja.  Mohon bersara tak sampai 3 bulan lepas, alhamdulillah dipermudahkan urusan dan diluluskan.

Apa yang ummi nak buat selepas ni?  Ummi rasa nak belajar menjahit.  Pernah menjahit, tapi belajar sendiri2  tanpa kemahiran asas.

Uumi dah selesaikan bayaran rumah, dah ketepikan duit untuk bayaran kereta sehingga Disember, lepas tu samada nak jual atau minta ayah pula tolong bayar.

Uumi tak boleh tidur malam ni sebab terlalu excited agaknya, baru je pagi tadi dapat surat kelulusan tu.  Dah bagitau ayah, alhamduliillah ayah redha je walaupun ayah lebih suka ummi kerja.

Rabu, 19 Oktober 2011

Ummi Accident

Kereta ummi beli May 2002, tahun depan cukup 10 tahun umurnya.  Sebulan lepas ummi accident teruk, ummi keluar simpang terus masuk laluan laju.  Ummi tak nampak ada kereta tengah laju, terus kena langgar. Pintu kereta sebelah ummi kemek kena langgar, alhamdulillah ummi dan Hf tak cedera.  Pemandu kereta tu perempuan, terhantuk strering kereta dia dan kereta dia langgar pembahagi jalan selepas langgar kereta ummi.

Oleh sebab ummi yang salah, kami buat report polis di Nusa Jaya, dan ummi kena bayar 300 ringgit.  Sejak hari tu, ummi dah macam patah kaki.  Tiap kali nak buat pasar atau beli barang,  minta ayah tolong hantar, kemudian balik naik teksi.  Semua urusan pun kena minta tolong ayah.

Dah sebulan, kereta ummi masih belum siap di bengkel, ayah baru pergi tengok tadi, katanya Sabtu ni mungkin siap.

Tapi hikmah juga semua ni.  Ummi dapat rehat sebulan dari keluar ulang alik ambik dan hantar anak ke sekolah. Semua ayah yg buat, dari 6.30 pagi sampai  7 malam.  Tiap-tiap malam ayah terlepek keletihan.  Tapi tak pernah sekali ayah komplen, mungkin dia sedar ummi dah buat semua ini semasa dia takde, ditambah dengan kerja2 rumah lagi.

update;  cukup sebulan kereta dah siap dibaiki.  Ummi pergi sekali lagi ke tempat kemalangan untuk tengok dengan teliti kenapa boleh jadi accident.  Ummi drive betul2 macam apa yg ummi buat pada hari kemalangan tu.  Sampai di simpang 3, tempat kereta ummi keluar dan terus dilanggar kereta dari belakang, ummi berhenti di belakang stop sign dan tengok ke kanan.  Patutpun, di sebelah kanan ada satu sign board tak tau untuk apa sebab dah penuh dengan nombor along.  Sign board tu terletak betul2 di paras mata pemandu kereta, dan semasa berhenti, sign board tu melindungi sebahagian jalan yang jauh di kanan.

Mungkin masa tu, kereta yg melanggar ummi tu betul2 berada di belakang sign board, dan sebab ummi tengok sekejap aje, ummi tak sempat tengok kereta tu bergerak kedepan dari sign board.  Jadi pengajarannya, kalau nak keluar dari simpang, tengok dengan agak lama, sebab kita tak tau kalau2 ada blind spot yg disebabkan oleh cermin kereta kita sendiri, atau benda2 asing di tepi jalan.

Jumaat, 7 Januari 2011

HF Meraung Hari Pertama Sekolah Tadika

Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk.   Mana taknya, budak-budak mula sekolah serentak dengan UTM mula semester baru.  Ayah pulak dah 3 hari ke luar negara.

Hari pertama sekolah, Sarah masuk 7 am, Basel 7.15 am, dan Hf tadika 8 am. 

Walaupun mata ummi mengantuk sangat sebab tak cukup tidur, ummi pastikan pukul 5 am dah terjaga.  Kejut Sarah dan Basel, semua terus mandi, pakai baju  dan solat.  Ummi cuba bakar roti pakai microwave + oven yang baru dibeli dengan harga RM500 tu.

Pukul 6 pagi, semua dah siap. Awal lagi, ummi tidur dulu, pesan kat budak2 6.30 am kang kejut.  Lena betul ummi tidur, masa nak bawak budak2 pergi tu macam mamai2 je.  Si Hf dah lama terjaga dan ikut sama pakai baju tidur dia tu.

Pukul 6.45 am sampai sekolah Sarah di SJKC Kangkar Pulai.  Patah balik arah Skudai untuk hantar Basel ke sekolah agama UTM.  Jem yang teramat sangat, pukul 7.12 am baru sampai sekolah Basel ... sempat-sempat je.   Balik rumah, nak mandikan Hf.  Hf langsung tak nak bergerak, tak nak pergi sekolah.  Dia lah satu-satunya anak kami yang tak nak pergi sekolah.  Apasal tah.

Kena dukung ke bilik air.  mandikan, gosokkan gigi.  Dukung lagi ke atas katil.  Dia betul2 batukan diri.  Tak mau pakai baju sekolah. Cikgunya dah pesan pakai je baju biasa.  Sebabnya masa register hari tu, dia ikut sekali.  Masa cikgu keluarkan baju sekolah, dia menjerit cakap tak nak pakai baju tu.  Ummi bawak Hf ke sekolah, kena dukung dia masuk kelas sebab dia batukan diri lagi.

Dia menangis2 masa ummi dukung ke kelas. Lama jugak pujuk, tetap tak jalan.  Lepas setengah jam,  ummi kena pergi.  Dia tarik baju dan tudung ummi, sambil dua2 kaki kepit rapat badan ummi, suara dia menjerit masa tu boleh bergegar anak telinga.  Cikgu Angeline yang berbadan besar pun gigih usaha nak ambik dia dari ummi.  Isssh malu betul tengok budak2 lain semua elok je duduk tunggu nak belajar.

Lepas 3 hari, alhamdulillah dia dah suka nak ke sekolah, dah nak pakai baju, tiap kali ummi ambik, dia asyik senyum aje.  Ummi tanya apasal, katanya ada budak perempuan.  Hf suka bila dia buat funny faces, ada budak perempuan yang tergelak.

Ummi pula, ya Allah, penat sangat.  Hari pertama di ofis, sibuk dengan pelajar yang lambat register, sibuk uruskan hal makmal diaorang.  Kelas hari Isnin ummi dah termiss.  Harap budak2 tu faham.  Pukul 9 am, kena ambik Basel dari sekolah, 12 pm ambik Hf pulak, 1.30 pm hantar Basel ke SJKC, terus ambik Sarah balik rumah.  Pukul 2 pm hantar Sarah sekolah agama, 3.30 pm ambik Sarah dari sekolah agama.  5 pm ambik Hf dari baby sitter, 6.30 pm ambik Basel dari sekolah.  Lepas Maghrib ummi collapsed, terus tertidur.  Pesan kat budak2 tu mesti tidur pukul 9 pm.  Tak sure malam tu kami makan apa ... pandai2 la budak2 cari sendiri agaknya. 

Ummi bangun 4.30 am esoknya, siapkan kerja ofis yang masih banyak lagi. 5.30 am kejutkan budak2 bangun dan ulang aktiviti di atas untuk hari kedua.  Notebook ummi jem, entah student mana yang tekan sana sini, habis  jem dah tak nak bergerak.  Hari ke 3 banyak urusan tertangguh sebab tak dapat access dokumen dalam notebook.  Student dah berlonggok kat depan ofis ummi.  Ummi usaha belajar balik camne guna arahan keyboard untuk gerakkan komputer.

Hari Rabu, hari ketiga minggu ni, adalah hari yang paling stress bagi ummi. Sampai ummi menangis sepuasnya dalam kereta masa nak ambik Hf dari sekolah.  Ummi bangun 4.30 am solat hajat, mintak bantuan dari Allah cemana nak selesaikan masalah ummi.  Alhamdulillah hari ni idea datang mencurah2 nak selesaikan masalah, dan malam ni ummi dah free, sebab semua urusan dah selesai.  Walau notebook ummi masih jem, tapi ummi dah berjaya pindahkan semua dokumen penting ke komputer lain dan dapat sambung kerja dengan teratur.