Memaparkan catatan dengan label Basel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Basel. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2015

Sekolah di Australia

Basel mula bersekolah di Kagorah High School, Sdyney, pada hari pertama Ramadhan, iaitu pada 17 Jun 2015.  Yuran Basel sebagai PR adalah $150 untuk penggal pertama, dan $25 untuk penggal seterusnya.  Sekiranya Basel mendaftar sebagai pelajar antarabangsa, yurannya adalah $14,000 per year.

Basel baru berusia 12 tahun, masih darjah 6 lagi.  Tapi di Australia, 12 tahun dah masuk High School.  Oleh kerana Basel datang dari negara yang bahasa pertamanya bukan English, dia dimasukkan ke kelas Intensif English.  Basel ambil ujian kelayakan dahulu, dan dari situ dia dimasukkan  ke dalam kelas intermediate, atau level 2.   Maksudnya pelajar2 dalam kelas ini dianggap sudah memahami bahasa Inggeris tetapi belum cekap lagi.

Ramai pelajar yang masuk ke kelas basic, ada di antaranya baru nak mengenal huruf ABC kerana tulisan di negara asal mereka berbeza.  Ada hampir 50 bangsa dari seluruh dunia bersekolah di situ.  Dalam kelas intensif ini, pelajarnya sedikit sahaja, kurang dari 20 orang.  Semuanya baru datang ke Australia, dan majoriti dari negara Cina.   Umur mereka tidak sama, ramai yang lebih tua dari Basel.  Pelajar2 Cina terkejut bila tahu Basel boleh berbahasa Mandarin. 


Rakan baik Basel dalam kelas ini ialah Philip yang berasal dari Filipina.  Philip tiba di Sydney seminggu lebih awal dari Basel.  Bahasa Inggeris Philip lebih baik dari Basel, jadi  mudah-mudahan dia boleh cepat belajar dari perbualan harian mereka di sekolah.

Selain English, mereka juga masuk kelas lain seperti Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Drama, Computer,  Lukisan dan Sukan.

Perbezaan paling besar ialah berat beg yang dibawa ke sekolah setiap hari.  Di sekolah lama Basel, SJKC Pulai, beg sangat berat macam bawa batu giling.  Subjek bahasa Cina sahaja ada 6 buah buku yang perlu dibawa setiap hari.  Belum masuk subjek lain seperti Matematik, BM, English dan Sains.  Di Sekolah Basel, satu hari antara 4 - 6 subjek.  Buku teks maths sahaja yang Basel bawa balik, yang lain guna dalam kelas sahaja. Buku teks yang bawa balik ada cagaran $50. Kalau pulangkan masa akhir tahun baru dapat semula $50 tu. Di rumah mereka pakai versi pdf.

Kelas Basel bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir 2.45 petang.  Ada waktu rehat setengah jam pukul 11 pagi dan 1.15 tengahari.  Basel dibenarkan solat Zohor tetapi tak dapat bersolat Jumaat kerana belum ada masjid di Kogarah. Penduduk muslim di situ mungkin bersolat Jumaat di Arncliffe atau pekan lain yang berdekatan.

Oleh kerana bulan Ramadhan, Basel tak bawa bekal makanan.  Tetapi pelajar lain boleh bawa bekal atau beli dari kantin sekolah.  Kami diberikan senarai makanan halal dan  tidak halal oleh pihak sekolah.

Basel boleh pilih untuk masuk satu kelas agama, malangnya kelas agama Islam adalah dalam bentuk ajaran Syiah, kerana majoriti Arab Labenon di sini berfahaman Syiah.   Jadi kami pilih kelas Ethics, supaya dia lebih memahami budaya dan cara kerja orang2 tempatan.


Hari pertama Hf dan Basel ke sekolah


Hf pula kami daftarkan di Arncliffe Public School.  Walaupun sudah berusia 9 tahun dan berada dalam darjah 3 di Malaysia, dia masih dianggap 8 tahun di Australia kerana lahir bulan Oktober.

Di sini, umur pelajar grade 1 ialah   6 tahun yang dikira pada bulan Julai tahun sebelumnya.   Oleh kerana Hf baru berusia 8 tahun, dia masuk grade 3.  Guru kelas Hf ialah cikgu Olsen.  Ummi hantar Hf pada hari pertama sekolahnya, dan tengok dia berdiri bersama pelajar lain semasa perhimpunan.  Ummi nampak seorang pelajar perempuan cuba menegur dan bercakap dengan Hf tapi dia cuma tegak berdiri pandang ke depan kerana terlalu nervous agaknya.

update Jun 2015:  selepas seminggu, masih tiada jadual waktu atau buku dalam beg Hf.  Bila ummi tanya pihak sekolah, memang mereka tiada jadual waktu dan semua kerja2 sekolah disiapkan di sekolah.  Kerja mereka hanya menulis, mengira dan mewarna yang asas. Jadi tiada buku untuk dibawa pulang.

Satu hari, Hf bawa balik lukisan dan model sistem suria ke rumah.  Katanya hari itu, aktiviti mereka ialah melukis, buat model sistem suria di makmal sains, dan main game pendidikan di ipad.  

Sistem pembelajaran sekolah rendah mereka seperti di tadika yang lebihkan bermain, aktiviti sosial dan fizikal.  Mereka juga diajar keyakinan diri  dan  research yang asas dengan selalu buat presentation atau speech di hadapan kelas. Tajuknya berbentuk pengalaman,  imaginasi, atau pendapat, seperti "Rekaan teknologi yang saya impikan di masa akan datang".

Kelas Hf  nampak seperti ini.


Sekarang musim sejuk untuk hemisfera selatan.  Suhu siang ketika ini sekitar 15-18 celcius, dan malam pula antara 5-10 Celcius.  Rumah kami sangat sejuk sebab terlindung matahari tapi di luar agak suam jika matahari terang menderang.  Tapi ketika sport atau pendidikan jasmani, budak2 sekolah di sini tetap berseluar pendek aje.   Syukurlah seluar pendek tu agak besar bagi Hf dan Basel, dan tutup lutut mereka.


Update 20 Ogos 2015
Tiga minggu lepas, Basel dinaikkan ke level 3 selepas sebulan berada di level 2, kerana cikgu2 berpendapat level 2 sudah terlalu mudah untuk dia.   Kami pergi ke sekolah Basel sebab ada perjumpaan ibubapa dan guru2.   Ada 8 matapelajaran semuanya, dan kena jumpa setiap guru untuk subjek tu kalau nak tahu pencapaian anak kita, bukan guru kelas seperti di Malaysia.  

Waktu singkat, dan ibubapa pun ramai.  Kami pilih kelas English dan Matematik sebab itu kelas yang Basel nampak struggle.  Kelas matematik ada barisan ibubapa yang sangat panjang.   Jadi kami jumpa cikgu English yang merupakan cikgu kelas Basel juga.   Alhamdulillah Basel dapat tempat ke 2 dalam kelas, dan markah English 88%, walaupun masuk pada pertengahan penggal.  

Selepas berjumpa dengan cikgu2 English, Matematik, Sejarah, Drama, dan Geografi, semuanya bagi komen yang sama.  Basel sangat konfiden dalam kelas, selalu bertanya soalan, banyak bercakap, dan ingat fakta2 yang sudah diajar.  Semua cikgu2 ni sukakan Basel dan kata Basel sangat cepat belajar.  

Sehingga kami pergi ke cikgu Sains.  Cikgu Cina dari negara China yang Englishnya tak fasih sangat, macam level kami juga.  Cikgu ini tiada yang positif tentang Basel, sedangkan Sainslah subjek yang paling Basel minat dari dulu.  Katanya Basel sangat slow.  Kami terkejut.  Ok Basel memang slow kalau buat benda fizikal, contoh ikat tali kasut dan tolong ambil barang.  Tiada istilah hurry up untuk Basel.  Tapi tidak dalam akademik.

Kami tak faham dan minta cikgu jelaskan.  Cikgu Sains terus ambil poster manila cardboard yang Basel buat.  Poster tu penuh dengan tulisan tangan Basel (yang cantik dan boleh dibaca)  dan lukisan dalam perut manusia.  Cikgu kata Basel sangat slow masa buat poster tu.  Masa budak2 lain dah siap buat, dia baru nak mewarna lukisan. Cikgu bagi contoh lain, kalau cikgu tulis nota untuk disalin oleh murid2, Basel tak pernah dapat habiskan sebab dia sangat slow menulis. 


Baru ummi faham.  Sebenarnya inilah masalah Basel masa sekolah di Malaysia.  Kalau dapat cikgu yang jenis mengajar tulis segala-galanya di whiteboard, dan murid2 salin dalam buku, Basel memang bermasalah.  Ini kerana tulisan tangan dia sangat teruk dan tak boleh dibaca kalau ditulis dengan cepat.  Kalau dia nak baca semula dan faham, dia kena tulis berhati2 dan perlahan-lahan.  

Ini bukan cara pengajaran yang berkesan pun, dan cikgu2 lain tak buat macam ni.   Kecuali cikgu Sains ini, baru datang dari negara Cina kah?  Sepatutnya kelas Sainslah yang paling fun dan menarik, kalau cikgu pandai pelbagaikan cara pengajaran.

Sebab itu semasa di Malaysia, Basel agak tenggelam.  Dia cuma menyerlah masa exam je, sebab dapat markah tinggi. Melainkan essay, sebab tulisan teruk.  Tapi dalam kelas, dia ketinggalan, kerana cara pengajaran cikgu tulis, murid salin ini.  

Semasa sekolah tadika di Malaysia dulu, pernah nampak dalam buku Basel, dia tulis, MAYA NAKAM AKUS AYAS. ayat itu dia salin dari nota cikgu.  Rupa-rupanya dia maksudkan "Saya suka makan ayam."  Huruf2 yang tak simetri macam B, D, P, C dan G pun selalu tunggang langgang terbalik dia tulis.  

Hf pun sebenarnya ada masalah yang sama, tulisan tangan sangat teruk kalau ditulis dengan cepat.  Sebenarnya ini masalah kanak2 disleksia, kerana mereka ada masalah direction susun atur abjad  menjadi perkataan.  Anak2 ummi selalu kena potong markah untuk spelling sebab masalah macam ni.

Hf rupa-rupanya pandai melukis, kami langsung tak sangka.  Sebab dia kanak2 disleksia yang agak teruk, umur 5 tahun masih belum pandai pegang pensil.  Tulisan pun, tak pernah ummi nampak cantik dan kemas, tunggang langgang dan hampir tak boleh dibaca. Tapi semalam, Hf dan seorang rakan sekelas dipilih masuk kelas lukisan, semasa rakan2 mereka bersenam.  Bila ummi tengok lukisan Hf  macam tengok lukisan orang lain.

Hf semasa akhir tahun.  Kebanyakan pelajar di Arncliffe adalah Arab Labenon.


Update Jun 2018:
Hf seorang yang aktif dan dikenali ramai.  Semasa berada di tahun 5, dia terpilih sebagai Vice Captain untuk pasukan rumah dia, dan semasa tahun 6, dia terpilih sebagai Captain.  Jawatan tu itu dipilih oleh kawan2 sekolah atas undi popular.   Dia juga terpilih dalam pasukan robotik sekolah dan matematik Olimpiad.  

Mula2 kami tak tahu Hf pandai matematik sebab semasa darjah 1 -3, dia agak lemah.  Rupanya sebab dileksia menyebabkan dia lambat dari segi tumpuan dan pemahaman berbanding rakan2 sebaya,  tapi bila dah betul2  faham, markah dia sentiasa tertinggi dalam kelas. 

Hf sudah mendaftar untuk masuk James Cook Technology High School mulai tahun depan.

Rabu, 6 Oktober 2010

Basel dan Kembarnya

Semasa Basel baru lahir dulu, ummi ada beli buah kelapa yg baru bertunas macam kat nurseri bawah ni,


Kelapa semasa berusia 4 tahun

Kelapa yang ummi beli adalah kelapa kampung, bukan gading atau  pandan.  Ummi tanam di belakang rumah Taman Pulai Indah.  Selepas 7 tahun, kelapa tu dah tinggi tapi  masih tak berbuah.  Kami pun dah 3 tahun tak duduk di Pulai Indah, jadi memang tak terjaga lagi.  Ahad lepas, ummi tiba2 teringin nak jenguk situ semula.  Alhamdulillah, dah berputik pun. 



Mayang pertama dah ada 4 putik kelapa, mayang kedua baru nak
 keluar putik bunga, dan mayang terakhir belum terbukak lagi.


Update:  20 Feb 2011
  - ummi tengok 4 biji buah kelapa dah besar, saiz dah sama macam yg selalu jual kat kedai.  Kalau dikira, dah 4 bulan umurnya.  Tiga darinya yang baru jadi putik ada dalam gambar atas.  Ummi pun ambik semua bawak balik rumah nak makan.  Mula2 keluarkan airnya, banyak jugak dapat lebihkurang 1 liter, tapi air still tak manis lagi.  Lepas tu belah dua buah nak ambik isi.  Malangnya semua buah belum ada isi ....!!!! padan muka haaaa kan.  Tak buat research, tak tanya-tanya umur berapa buah kelapa dah ada isi.
Baru tau buah kelapa muda boleh dimakan masa umur 7 - 8 bulan, dan matang selepas 12 bulan.  Tunggu bulan 8 nantilah baru petik buah seterusnya.

Update Ogos 2011:
Ramadhan jatuh pada bulan Ogos tahun ni, ummi pun petiklah mayang buah tertua di pokok tu, isinya dah keras, dah sesuai untuk dijadikan kelapa parut.  Masa tengok 6 bulan lepas, masih lagi putik kecil.   Mayang yang muda sikit pun ummi petik, dah ada banyak air, tapi langsung belum berisi.  Yang ini masih dalam bentuk mayang bunga 6 bulan lepas.  Selepas ini kalau nampak putik kecil tu keluar, kena petik 5 bulan kemudian untuk dapatkan isi yg lembut.


Basel dan pokok kelapa berusia lebih 7 tahun


Pokok kelapa yang lebih rendah kat belakang tu, ummi ambik dari atok.  Berusia setahun lebih muda.  Mungkin kelapa gading sebab pelepahnya berwarna kuning.
Update Disember 2011
Dah 4 bulan tak jenguk kebun Pulai Indah, akhirnya pergi jugak sebab nak bersihkan rumah.  Banyaknya buah kelapa.  Ada satu mayang dah nampak matang, ummi bagi kat jiran.  Ummi ambik mayang kedua, ada  6 biji  semuanya, lebih dari satu jug besar 2 liter.  Dan isinya masyaallah, manis dan dah betul2 sesuai untuk dimakan, sama macam yang jual dikedai.  Jug pun tak nampak jernih, sebab penuh dengan isi.  Puas ummi satu keluarga makan kebetulan Rayyan dan Aisyah pun dah balik bercuti.  Ummi letak sikit gula merah untuk perisakan sikit rasa air.  Rumah kami tak beli gula pasir ...percaya tak?
Ada satu lagi mayang yang lebih muda kami baru ambik semalam.  Ummi belum belah lagi.  Ambil gambar Basel dengan kembarnya umur 8 tahun pula.
Mayang ke 7  sesuai petik sebulan lagi.

Rabu, 21 April 2010

Kerja rumah bahasa Cina

Tangguh-tangguh nak cari tutor, akhirnya tak cari jugak.  Basel ada spelling Cina tiap-tiap hari.  Tak masuk lagi homework2 lain.  Macam tu juga dengan si Sarah.  Dulu-dulu ummi cuma boleh tolong Basel hafal untuk spelling aje.  Malam semalam, ummi dah tolong lebih sikit sebab Sarah tengah moody baru lepas gaduh dengan Basel.

Basel ada hw kena matchkan perkataan2 Cina yang sama sebutan tapi tak sama makna. Nasib baik dia tau hw tu tentang apa.   Kalau ada bagi gambar ke makna bahasa melayu ke senang sikit... ini langsung takde clue.  Masa tadika dulu ok lagi, sebab semua perkataan dikenalkan bersama gambar. 

Bertungkus-lumus ummi cari cemana nak sebut huruf2 Cina tu dan cari maknanya sampai baca kamus Melayu-Cina dari kulit ke kulit.   Rasa nak terbakar otak.  Habis2 dah 12 tengah malam.  Ada hw kena buat ayat Cina, ummi suruh dia tanya cikgu.  Masa Sarah dan Rayyan darjah 1 sampai sekarang, ummi memang tak pernah tolong, sebab budak berdua tu jenis independent, langsung tak minta tolong kita.  Kalau dia tak tau, dia tinggalkan aja dan tanya cikgu atau kekawan esoknya (ajaran ummi la tu).

Malam tu ummi langsung tak tidur.  Sebab lepas tu kena siapkan marking kertas jawapan final student pulak.  Ratus2 lai tu... tertidur 5 minit terus mimpi tengah marking, terkejut jaga. Lepas subuh pun tak bole tidur lagi, sebab kena hantar budak2 tu pegi sekolah, ayah takde.  Penat...penat.

Ahad, 1 November 2009

Basel di majlis penyampaian sijil Tadika

Ahad 1 Nov 2009
Tadika Cina.  Basel ambik sijil dan hadiah masa hari konsert.  Macam tak percaya, lepas 2 bulan bercuti sebab patah kaki, Basel dapat no 1di  tadika cina.  Markah bahasa Cinanya 100%.  Dalam konsert tu, Basel masuk 2 acara, tapi dia macam ikut je, mungkin sebab dia tak sempat ikut reherseal selalu sebab kaki dia baru aje baik.  Hampir semua budak tadika masuk konsert, paling kiut budak2 tadika yg umur 3-4 tahun, comel semua pakai jumper terlompat2 atas pentas.  Acara bermula lewat petang dan habis awal malam.  Masa maghrib, ummi keluar kejap bawa budak2 solat kat masjid Kg Melayu Kangkar Pulai.


Ahad 8 Nov 2009
Malam tadi konsert dan penyampaian hadiah untuk tadika Didik Insan.  Basel dapat sijil untuk kelas fardhu ain.  Dia tak ambik bahagian dalam apa2 acara konsert pun.  Konset dan penyampaian sijil ni  buat lepas maghrib.  Benda yg paling tak best ialah terlalu banyak ucapan.  Ada 3 orang yg berucap, dan setiap ucapan aka ceramah tu dah makan masa lebih 1/2 jam.    Satu setengah jam masa untuk ucapan sahaja.   Tolonglah limit 10 minit seorang sahaja.


Selain jemputan khas, ada ke family yg datang malam tu tak bawa anak kecik?  Sapa nak dengar ucapan berjela-jela tu, dengan anak2 kecik yg tengah rimas, meraung atau berlari sana-sini.  Pukul 10 malam baru nak sampaikan sijil.  Kesian budak2 tadika yg dah lama bersiap dan beratur kat belakang.

Umi pun dah mengantuk sangat.  Orang tumpu perhatian bila acara konsert aje.  Patut itu yg ditekankan.   Ustazah Jamiah kena belajar lagi banyak ni dari tadika Cina.

Isnin, 19 Oktober 2009

Hari Keluarga KTDI di Mersing

Kami ke Mersing 2 hari sempena cuti Deepavali, untuk sambut hari keluarga Kolej Tun Dr Ismail.  Hari pertama, anak-anak puas mandi kolam.  Dah terlalu lama diaorang tak berenang.  Alhamdulillah Aisyah dan Sarah masih ingat skill masing-masing, cuma Sarah nampak tak smooth masa cuba kuak lentang.  

Basel pulak mula2 main kat tempat kanak-kanak je.  Lepas tu peluk leher Aisyah dari belakang, belajar semula nak kayuh kaki.  Bila dah confident kaki dia dah kuat, ummi bagi board untuk dia berpaut sambil berenang.  Tak lama lepas tu dia dah berani berenang macam biasa.  Tp kelakar tengok style dia berenang.  Lepas 3 kali merentas lebar kolam, dia terus cakap penat. 




Hf  main kat kolam kanak-kanak je dengan budak2 lain.  Hf bukan main nakal masa kat Mersing.  Pantang nampak budak perempuan yang dia suka, terus nak tarik perhatian budak tu. 

Hari kedua ada game.  Mula2 budak2 kecik, pastu lelaki dan perempuan dewasa. Penat tapi seronok.

Rabu, 19 Ogos 2009

Basel Patah Kaki

Ahad 9 Ogos 2009, kami pergi ke Hutan Bandar di Tmn Mutiara Rini untuk sambut hari keluarga fellow UTM. Lambat sangat nak mula, budak2 pun pergi main kat playground berdekatan. Ummi layan Hf jalan2 tepi rumah rehat.

Tiba2 ternampak kecoh2 kat playground, Basel tengah menangis sambil pegang kaki. Ayah dukung dan dudukkan bawah pondok. Sorang staf klinik UTM balut kaki Basel dengan bandage. Duduklah Basel kat situ sampai habis acara, kesian dia tak dapat masuk satu game pun.

Pergi klinik, bagi ubat tahan sakit je. Petang tu ayah outstation. Malam tu Basel demam. Isnin ummi bawa Basel pergi X-ray. Ramainya pesakit kat klinik UTM, lepas 2 jam baru sampai no giliran. Tulang besar kaki Basel patah menyerong kat tengah2 antara lutut dan bukulali. Ambulan bawa Basel dan ummi ke Hospital Sultanah Aminah.

Basel masuk wad kanak2. Kesiannya tengok ramai baby dan budak2 kecik sakit kat situ. Hari Selasa kaki Basel disimen dari peha ke pangkal jari kaki. Petang tu dah boleh balik rumah. Ummi letak Basel dalam stroller, alhamdulillah boleh muat dan selesa.

Update  31 Ogos 2009
Hari Isnin 31 Ogos, ummi dgn ayah bukak simen kat kaki Basel, pehh usaha sungguh2 kami buat, pakai gergaji, gunting dan air sejuk. Kesian Basel, menitis air mata tahan sakit. Pastu ayah suruh dia cuba berdiri. Tapi Basel kata kaki dia masih sakit. Ummi sempat mandikan Basel tanpa simen 2 kali, dapatlah bersihkan kaki dia tu.

1 September ayah bawak Basel pergi x-ray kaki, rupanya tulang kaki dia masih belum sembuh. Bawak pergi hospital swasta pula, balut lagi kaki tapi kali ni ayah kata dengan fiber glass. Lagi ringan dan selesa. Rm2000+, claim insuran.


Update 16 Sept 2009
Kaki Basel masih belum sembuh. Tapi doktor buka balutan dan buat balutan baru yg tak cover lutut dan peha lagi. Basel dah boleh bengkok kaki. Nak uruskan kat toilet pun dah senang sikit.


Update 7 Oktober 2009
Doktor buka balutan pada kaki Basel. Ayah beli tongkat untuk Basel latih berjalan. Susah sikit sebab lantai rumah yg licin, tak boleh ada air. Basel dah tergelincir masa 1st day pakai. Terus tak berani pakai sehari suntuk.

Lepas tu baru dia berani sikit-sikit. Ummi latih dia ke bilik air dan sandarkan tongkat ke dinding. Manalah tau, nanti dia emergency nak pergi bilik air tapi takde sapa boleh tolong.

Isnin depan kami nak sekolahkan dia semula, kesian dah hampir 2 bulan tak pergi sekolah. Kelas dia kat tingkat 2, nak minta izin cikgu untuk letak dia kat bawah. Basel dah boleh baca Melayu dan English, nak praktikkan Cina aje. Biarlah tak seadvanced budak2 lain, asalkan bahasa Cina dia boleh bawak.

2 hari lepas tu  Basel dah berani jejakkan kaki dia ke lantai, tapi katanya masih sakit lagi. 3 hari kemudian,  Basel dah cuba berjalan tanpa tongkat.   Tapi dia masih berhati-hati, belum kuat sangat.


Update 5 Oktober 2009
Selepas bercuti hampir 2 bulan, hari ni Basel dah ke sekolah.  Ala sian dia, cik pong cik pong pakai tongkat masuk kelas.  Kat tadika Cina, cikgu terus dukung naik kelas kat atas.  Basel kata cikgu yg mandikan dan pakaikan baju lepas habis kelas.

Kat tadika Jamiah, they all biar je dia kat luar kelas (bawah bumbung) belajar sorang2 dengan satu abang.  Masa ummi ambik, diaper dah penuh, hampir nak pecah.  Basel kata dia tak sempat nak pegi bilik air sebab jauh sangat.  Sapa la nak tolong kalau dia nak terbuang air besar .... risau pulak.

update Rabu:  Basel dah dapat gambar graduation tadika cina.  Tecit2 dah ada gambar graduation ....


Update 6 November 2009
Tak sangka betul.  Lepas patah kaki dan bercuti 2 bulan dari sekolah, kami ingat Basel akan buat teruk masa exam tadika.  (Kecik-kecik dah exam, ummi dulu umur 6 tahun, ABC pun belum belajar lagi).

Rupa-rupanya dia dapat 100 markah untuk subjek BM, English, Sains dan Moral.  Cuma Bahasa Cina dan Matematik dia dapat 97.  Average = 99, tertinggi dalam kelas.  Memang kami salute kat cikgu yang berusaha ajar dia sampai dapat catch up semua yg tertinggal masa dia bercuti tu.  BM, English dan Matematik dia tak de masalah sangat, tp bahasa Cina tu memang amazing dia boleh dapat almost everything yg diajar.

Kemahiran dan kebolehan semua dapat A, kecuali 'Singing and Dancing' dia dapat B.  Cikgu cakap dia langsung tak mau praktis untuk konsert.  Patutla masa konsert tengok dia masam aje dan mulut aje komat-kamit tapi suara tak keluar.  Pergerakan tari pun tiru kawan2.