Rabu, 7 Oktober 2009

HF 3 tahun hari ni ....

Selamat harijadi Hf, semoga jadi anak yang soleh. 

Semalam Hf ikut pegi masa jaga students ambik exam.  Masa dah bosan tu, dia cakap nak susu ummi kuat2.  Pehh nasib baik student tak faham kot, diaorang ingat susu botol agaknya.

Malam tadi ummi cuba nak berentikan dia nenen.  Waaaa dia melalak tak berenti-renti.  Cuba nak ganti dengan susu botol pun dia tak nak.  Ummi terlalu ngantuk, siap tertidur dulu masa dia tengah melalak.  Pastu terbangun, dia masih melalak lagi.  Dekat 2 jam, dia masih tegar, berenti cuma sesekali je nak ambik nafas agaknya.

Pastu sebab ummi dah tak tahan sebab tak bole tidur, finally mengalah jugak.  Pehh dia dapat, terus tak lepas sampai pagi.  Beberapa kali ummi mimpi kena cekik dan tak boleh bernafas, rupanya sebab dia baring atas ummi, atau tangan dia landing atas leher ummi.

Hf, anak ummi  paling nakal....

      
Hf dan anak sulung ibu, Aiman


3 hari lepas tu buat jamuan raya dan harijadi Hf untuk keluarga kami dan keluarga ibu aje.  Semua ada kecuali Rayyan.  Hf tidur lagi masa diaorang datang.  Pukul 6 petang, ummi kejutkan Hf dan dukung ke depan.  Mula-mula dia terpisat-pisat lagi.  Lepas tersedar, wahhh bergegas dia berlari peluk si Akif dan Along.  Wuhh manja betul Hf dengan anak-anak lelaki ibu.  Semua makan rendang daging dan nasi impit, dan kek chocolate moist.

Sekarang kami bayar ibu RM220 sebab tinggal Hf sorang aje duduk dengan ibu.

update:  Hf ni akal panjang, ada je idea nak get around rules yang ummi buat.  Lepas hujan hari tu, ada lopak air sikit kat depan, dia minta nak main air.   Ummi bagi dengan syarat tak boleh kotorkan baju dan seluar.  Cuba tengok apa dia buat



Toy seperti motor tanpa bateri ini boleh bergerak ke mana2 arah menggunakan pergerakan handle tangan sahaja, kami belikan untuk harijadi kedua Hf.  Ada 3 roda kecil tapi tebal dibawahnya.  Toy ni sangat tahan lasak dan boleh digunakan orang dewasa macam ummi.   Letak kusyen sebab nak tinggikan dan dekatkan Hf pada tempat letak kaki, kalau tak jauh dan rendah sangat seat dia.



2 ulasan:

  1. hahhaha. Habel tak berenti susu lagi ye. Habel tak minum susu tepung ke sebelum ni. kat taska minum susu apa?

    BalasPadam
  2. Kat rumah nanny pandai aje minum botol. Tapi nampak aje ummi, terus lupa semua.

    BalasPadam