Walaupun kami sudah menutup bisnes Tour Sydney ini setelah ayah tiada, ruangan ini tetap dikekalkan sebagai kenang-kenangan kerjaya ayah sebelum allahyarham pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya
DAILY TOURS -SYDNEY, WOLLONGONG, PORT STEPHENS, JERVIS BAY & CANBERRA
All prices per pax (group prices), include vehicle, fuel, toll, driver-cum-guide, parking, car-seat & stroller, door-to-door service; NOT include accommodation, entry fee & meal.
1D City Tour - Old Historic Sydney at The Rocks, Opera House, Harbour Bridge, Mrs Macquarie's Chair, Paddy's Market, World's 3rd Largest Sydney Fish Market, AUD449 for 1-5 pax, AUD754 for 6-11 pax.
1D Blue Mountains Tour- Three Sisters at Echo Point, Scenic World* which includes World's Steepest Railway, Homemade Chocolate Factory, Featherdale Wildlife Park*, Gallipoli Turkish Mosque (240-km return)-AUD579 for 1-5 pax, AUD884 for 6-11 pax.
1D Scenic Ocean View Tour - Bondi Beach, Watsons Bay & The Gap, Macquarie Lighthouse (Oldest in Australia), Bare Island at La Perouse (shooting site of movie Mission Impossible II in 2000), Capital City of Muslim Australia at Lakemba for Perfume & Health Products Shopping- AUD449 for 1-5 pax, AUD754 for 6-11 pax.
1D Canberra Tour- Panoramic view of Southern Tablelands, 'Big Merino' Museum & Wool Products, Fedra Olive Plantation, Lake George, Mount Ainslie, War Memorial, Canberra Mosque, New Parliament House, National Capital Exhibition by Lake Burly Griffin, Tulip Festival Canberra (Mid-Sep -Mid Oct)(560- km return), AUD754 for 1-5 pax, AUD1,053 for 6-11 pax.
1D Shopping Tour- DFO Birkenhead Point and/or DFO Homebush, Sydney Olympic Park, Flemington Sunday Market (open Sunday only), AUD449 for 1-5 pax, AUD754 for 6-11 pax
1D Wollongong Tour- Sublime Point Lookout, Bald Hill Lookout, Sea Cliff Bridge & Scenic Grand Pacific Drive, Breakwater Lighthouse, World Largest Blowhole at Kiama, Mt Kiera Lookout (240 km return)- AUD598 for 1-5 pax, AUD884 for 6-11 pax.
1D Dolphin Watching Jervis Bay Tour- 1.5 Hour Dolphin Watching Cruise* at Jervis Bay, Hyams Beach- the Whitest Sand in the World, Kiama- Largest Blowhole in the World (340 km return), AUD735 for 1-5 pax, AUD975 for 6-11 pax.
1D Dolphin Watching Port Stephens-Tour- 1.5 hour Cruise Ship, Gan Gan Lookout, 20-min Camel Riding Experience* at Sand Dunes of 32 kms of Stockton Beach in Anna Bay, the Largest Moving Coastal Sand Mass in the Southern Hemisphere (446 km return), AUD735 for 1-5 pax, AUD975 for 6-11 pax.
1D Guided City Tour on Public Transport - Train ride to Circular Quay, 25 min Ferry ride to Pyrmont Bay passing under Harbour Bridge, Sightseeing in Darling Harbour/Pyrmont Bridge, Light Rail to Paddy's Market & Chinatown, AUD234 for 1-5 pax, AUD325 for 6-11 pax.
2D1N Snowy Mountains Tour (Mid June to Mid Oct)- Canberra City Tour, accommodation in or near Canberra, Kosciuszko National Park (976 km return), AUD2,340 for 1-5 pax, AUD3,250 for 6-11 pax.
*Entry Rates (2022 update)
1. Featherdale Wildlife Park = AUD32/Adult, AUD17/Child 3-15 yo
2. Skyway-Cableway-Railway at Scenic World = AUD39/Adult, AUD21/Child 4-13 yo
3. Dolphin Watching Port at Nelson Bay = AUD24/Adult
4. Camel Riding at Anna Bay = AUD35/Adult, AUD30 under 15
5. Opal Card for Public Transportation (Train, Light Rail, Ferry) = Adult AUD16.30, Child 4-15 yo $8.15
Highights of the Seasons:
💖 Feb -April 2019: apple picking season (Saturday/Sunday only)
💖 May 2019: persimmon picking season
💖 June - Aug 2019: mandarin picking season
💖 June - early Oct 2018: Snowing Season (included in Package 9 Canberra/Snowy Mountains)
💖mid-end Aug 2019: Sydney Cherry Blossom Festival, Auburn Botanic Garden
💖 mid Sept - mid Oct 2019: Tulip Festival, Canberra (included in Package 4 Canberra )
💖 early-mid Nov 2019: Jacaranda Blossom Season
💖 Nov 2019 - May 2020: fruit picking seasons (Saturday/Sunday only)
Pekerjaan utama ayah di sini ialah sebagai Tour Guide membawa pelancong2 dari Malaysia atau Singapura melawat Sydney. Ayah akan singgah di masjid2 tertentu untuk solat jamak sepanjang Tour dari pagi hingga lewat petang.
Bisnes kami terjejas teruk semasa musim kebakaran 2019, dan langsung terhenti semasa musim covid-19 bermula awal 2020.
Insyaallah, kami akan bangkit semula bermula April 2022 ini bila sempadan Australia dibuka semula untuk pelancung dari luar negara terutama warga Malaysia. Selain bawa tour, kami juga sediakan service airport transfer dan homestay. Homestay ini kepunyaan masjid Darul Imaan yang terletak di Arncliffe, ada 3 bilik dengan harga Aud $350 semalam
Lockdown pertama di Australia bermula pada 20 Mac 2020, hanya 2 hari selepas lockdown di Malaysia. Semua pelajar sekolah dan universiti mesti belajar dari rumah, cuma anak2 frontliners sahaja yang boleh berada di sekolah.
Lepas sebulan dilanda covid, Australia sudah lebih 6000 kes dan hampir 100 kematian. Malaysia ketika ini juga lebihkurang 6000 kes tetapi lebih dari 100 kematian. USA tertinggi, sudah melebihi sejuta kes atau 1/3 kes dunia, dan lebih 70,000 kematian.
Buat pertama kali dalam hidup kami dan seluruh penduduk dunia agaknya, masjid ditutup sepenuhnya. Sepanjang Ramadhan, kami bersolat terawih berjemaah di rumah. Dan ayah seperti ayah2 lain di dunia juga, membaca ucapan kutbah sempena solat sunat Aidilfitri di rumah juga.
Sejujurnya, umi lebih suka solat sunat tarawih di rumah bersama semua ahli keluarga. Dah pasti bacaan ayah tak sesedap dan sepanjang bacaan imam2 terawih setiap tahun, tetapi lebih terasa penghayatan dan lebih kuat ikatannya.
Tetapi apabila masjid dibuka semula nanti, kami akan ikut apa yang sudah diamalkan, lelaki berjemaah terawih di masjid. Perempuan boleh pilih samada mahu ke masjid atau di rumah.
Alhamdulillah lockdown sudah dilonggarkan dan boleh keluar satu keluarga. Tetapi indoor gathering @ tetamu dihadkan kepada 5 orang sahaja. Sebab itu masjid masih ditutup lagi kecuali untuk para petugas.
Disember 2020
Kerajaan negeri terpaksa keluarkan voucher dine and discovery untuk digunakan di restoren dan tempat2 bercuti seperti zoo, muzium dan aquarium. Semuanya untuk menghidupkan semula bisnes yang mulai mati sejak lockdown. Tetapi kebanyakan tiket masuk ke tempat lawatan terlalu mahal, sekitar $40-$50 seorang sedangkan voucher setakat $25. Tiket masuk pawagam sahaja yang rendah dari nilai voucher.
12 Mei 2021. Hari ini hari terakhir Ramadhan 1442H. Tahun kedua hariraya pada musim covid-19.
Alhamdulillah Sydney tiada kes covid tempatan hari ini, tapi kami kena pakai mask di kenderaan awam dan tempat2 tertentu seperti klinik dan hospital. Masjid sudah dibuka, tetapi solat dalam jarak 1.5 meter antara satu sama lain.
Anak2 yang masih sekolah pun akan terus ke sekolah selepas solat Raya. Tapi sempat lagi pakai baju kurta @ jubah di luar uniform, sebab kali ini boleh bersolat raya di masjid. Sekolah bermula 8.45 am. Tak mengapalah lambat sedikit sampai setahun sekali.
Praktikal Rayyan di sekolah tamat hari Jumaat, hari kedua Aidilfitri. Oleh kerana perayaan Christmas dan Easter sahaja yang dikira public holiday, terpaksalah Rayyan pergi kerja juga pada hari Raya pertama dan kedua.
Jamuan hariraya sekeluarga, selepas anak2 balik sekolah, buat dibelakang rumah sahaja. Satay tempah dari jiran kami Abang Sam.
Syukurlah ketika ini lockdown dilonggarkan dan kami boleh keluar beramai2 di kawasan terbuka. Hariraya ketiga, kami beraya di ladang persimmon.
Umi ingat ketika ini lockdown sangat ketat di Malaysia bila covid sudah masuk ke kampung2 dibawa dari bandar semasa awal Ramadhan.
Mulai 15 Mei, Australia akan tempatkan penumpang kapalterbang dari India ke satu tempat khas di Howard Spring, Darwin. Sebelum ni, semua penumpang termasuk dari India mesti kuarantin 2 minggu di hotel2 dalam bandar. Tapi sejak beberapa kes positif dapat dari hotel itu sendiri, kerajaan putuskan varian virus dari India, varian Delta, sangat mudah dijangkiti dan hotel sedia ada tak dapat melindunginya dari merebak.
Mulai akhir Jun 2021, seluruh Sydney lockdown kerana varian Delta yang sudah merebak dengan pantas dan ada di antara mereka yang meninggal dunia masih sangat muda tanpa penyakit lain. Kami cuma dibenarkan keluar ke kedai barang harian, farmasi dan klinik, serta berjogging, hanya 2 orang satu rumah.
Seorang lelaki dan isterinya telah positif covid minggu lepas. Lelaki itu pemandu van airport yang membawa pilot dari airport ke hotel. Rupa-rupanya dia tidak mengambil vaksin dan tidak memakai mask semasa bekerja. Dia telah dijangkiti Varian Delta yang dah meragut banyak nyawa di India.
Barulah kami semua tahu, arahan memakai mask dan mengambil vaksin ini bukan wajib mengikut undang2, setakat arahan mulut dan slogan sahaja, selepas lelaki itu tidak dapat didakwa kerana sengaja melanggarnya.
Kami sempat je ladang mandarin sebelum lockdown ketat pada penghujung Jun. Kasihan ladang2 yang pendapatan utamanya ialah pengunjung pick-your-own fruit, yang kini sudah terkurung di rumah masing2. Ladang itu terpaksa mengiklankan dan menghantar berlori2 mandarin ke kedai2 runcit seluruh Sydney dengan harga yang murah, kerana takut rosak jika disimpan lama.
Apabila kawasan kami termasuk dalam red zone, cuma seorang sahaja boleh masuk ke kedai runcit, klinik atau farmasi. Kedai lain semua ditutup. Mujurlah masih boleh keluar exercise seperti berjogging tetapi semua aktiviti termasuk ke kedai tidak boleh lebih 5km dari rumah. Aisyah yang sedang bekerja di hotel di Sutherland terpaksa berhenti akhirnya kerana tidak boleh ke sana lagi.
Ketika ini, halaman belakang rumah jadi penyelamat kerana di situlah ummi berkebun, dan anak2 mengambil angin setelah bosan belajar online. Kasihannya mereka yang tinggal di rumah apartment lebih2 lagi jika hanya 2 bilik dengan anak2 yang ramai. Paling kasihan mereka yang bekerja gaji hari, tiada kerja tiada gaji.
Restoren lah yang paling banyak ditutup terus kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pekerja selepas beberapa siri lockdown. Memasak dan menjual makanan dari rumah mungkin akan jadi amalan baru mulai hari ini. Mujurlah penghantar makanan dan barang antara pekerjaan yang masih dibenarkan beroperasi.
September 2021. Semasa tunggu nak solat berjemaah, budak 2 orang ni sempat berjemur di luar sebab dalam rumah masih sejuk.
Syukur Rayyan sudah menamatkan pengajian Master in Education dan sudah boleh mengajar sebagai guru selepas ini. Semua proses pengajaran dibuat secara online. Rayyan beruntung kerana kursusnya tak perlu ujikaji di makmal universiti atau ke tempat2 tertentu seperti kursus2 teknikal.
Yang paling terkesan adalah Sarah kerana lockdown pertama bermula semasa dia baru mendaftar masuk ke universiti, belum sempat mengenali kehidupan dan pembelajaran di kampus, tiba2 kena belajar secara online.
Basel dapat keputusan baik dalam hsc walau 2 tahun terakhir di sekolah dia lebih banyak belajar online. Mungkin kerana silibus hsc itu masih boleh diikuti walau terpaksa berdisplin untuk belajar sendiri tanpa pengawasan guru.
Nov 2021 Akhirnya kedua2 negara Malaysia dan Australia membuka sempadan untuk warganya pulang ke negara masing2. Umi, ayah, Rayyan dan Habel ambil kesempatan pulang ke Malaysia dan bercuti sepuasnya. Tetap kena kuarantin di hotel atau di rumah selama seminggu sebaik tiba.
Kami sudah download apps mysejahtera sejak di Sydney lagi. Apps ini lagi 'berat' dari apps Service NSW yang kami gunakan untuk check in di Sydney. Kami mesti tunjuk apps mysejahtera dalam hp, sijil vaksin², sijil negatif covid, dan kebenaran untuk kuarantin di rumah/hotel di Malaysia. Umi tengok tak sampai 20 orang beratur, tapi dekat 2 jam barulah kami dapat boarding pass.
Dalam flight, hanya seorang penumpang untuk sebaris tempat duduk. Semasa di Malaysia, kami mesti swap covid sebaik tiba di airport dan selepas 5 hari kuarantin.
Habel yang paling puas bercuti mengenali negara dan saudara-mara sendiri setelah 6 tahun di negara orang. Semasa meninggalkan Malaysia dulu, dia baru berusia 9 tahun. Mujurlah masih boleh buat kad pengenalan tanpa didenda sebab masih berusia 15 tahun. Suka betul Habel, barula dia merasa seperti anak Malaysia.
Melaka
Habel dan Rayyan memancing ikan di tepi sawah
Kampung umi di Sungai Besar Selangor
Januari 2022
Untuk pulang ke Sydney, kena tunjuk sijil vaksin, sijil negatif covid, dan isi borang travel declaration dalamasa 7 hari sebelum tarikh flight. Mujurlah kami cuma perlu kuarantin di rumah dan boleh buat self test dalamasa 3 hari selepas tiba. Mereka yang masuk Australia 2020-2021 kena kuarantin di hotel selama dua minggu, dengan bayaran $300 sehari.
Umi dan ayah ambil vaksin covid ke 3, kerana bimbang dijangkiti Omicron yang sedang merebak dengan cepatnya. Aisyah sudah divaksin akhir tahun lepas kerana bekerja di airport. Rayyan pula wajib vaksin juga lagi kerana bekerja sebagai guru. Saran dan Basel sudah dijangkiti jadi tidak mengambil vaksin. Habel belum boleh kerana vaksin keduanya belum melepasi 6 bulan lagi.
Rayyan akan mula mengajar di Auburn Girls High School. Jadi Rayyan akan berpindah ke Sydney pula, tetapi tak tinggal bersama kami kerana agak jauh dari sekolahnya. Rayyan tinggal bersama rakannya dan anak ke 4 kami Basel, yang akan mula belajar di Western Sydney University di Parramatta.
Universiti Basel masih mengamalkan online lecture, tetapi mereka dibantu oleh kelas2 tutorial dan makmal secara bersemuka di universiti. Mudah-mudahan Basel bermotivasi belajar dan berjaya dalam bidangnya.
Alhamdulillah kali ini tiada lockdown, anak2 boleh ke sekolah seperti biasa. Tahun lepas, Sarah sudah keluar dari universiti kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana online learning, sedangkan secara lazim, kursusnya perlu banyak ke makmal dan berbincang dengan rakan2 untuk menyelesaikan tugasan.
Awal tahun ini, dia mendaftar Tafe dalam jurusan Art and Design. Nampaknya dia sangat suka dengan kursus barunya. Kursus ini banyak praktikal dan kerja berkumpulan di studio, mujurlah tiada lockdown lagi di Sydney. Tafe berbeza dari universiti, dimana objektif utamanya untuk membantu graduan mencari kerja. Jadi mereka sangat banyak kelas2 praktikal yang berjalan selari sengan kelas2 teori.
Feb 2022, semua ahli keluarga kami juga sudah dijangkiti, kecuali ayah. Walaupun ujian covidnya negatif, tapi umi syak dia pun pernah positif kerana tiba2 batuk2 berpanjangan serentak dengan umi walau tak pernah demam atau simptom lain. Agak lama juga, hampir 2 bulan selepas positif pun umi masih terasa seperti ada sesuatu yang melekat kuat di tekak. Umi mendapat jangkitan dari Habel, yang mendapatnya dari rakan sekolah.
Umi dapati anak2 dan umi yang demam teruk selepas dicucuk vaksin, juga demam teruk semasa dijangkiti. Bagi umi, simptom terbesar covid ialah demam yang sangat panas dan sakit kepala hingga tak boleh tidur sepanjang malam, walau sudah telan pil penahan sakit. Kemudian sakit tekak hanya sehari, terus batuk berpanjangan tanpa kena selsema atau runny nose. Batuk kering dan langsung tiada kahak.
Mana2 anak yang tiada atau kurang simptom selepas divaksin, juga sama semasa dijangkiti. Mujurlah kami semua dijangkiti varian Omicron sahaja yang kurang bahaya berbanding Delta.
Aisyah yang paling kuat imun sistem dan langsung tiada simptom selepas vaksin dan semasa dijangkiti. Sebelum covid masuk, Aisyah bekerja sebagai cleaner di Airport. Berhenti semasa lockdown Mac 2020 dan kerja semula bila sempadan di buka akhir 2021. Antara kerjanya terpaksa bersihkan muntah pesakit covid dalam flight.
Memang ada penumpang yang telah positif di dalam flight walaupun semasa swab test sebelum itu mereka masih negatif. Swab test tak dapat kesan jika virus dalam badan masih dalam peringkat incubation yang boleh ambil masa hingga 14 hari. Ketika ini, pesakit pun tak tahu dia positif.
Selepas cuti kerana positif covid, Aisyah terus berhenti kerana tidak tahan dengan kerja yang semakin banyak, kadang2 sehingga pukul 2 pagi baru pulang ke rumah. Airport sangat sibuk ketika ini kerana ramai yang mula masuk ke Australia selepa l
Walau tidak wajib lagi, Umi, ayah dan anak2 perempuan masih pakai facemask ke kedai. Macam tak lengkap berpakaian pula kalau buka. Lagipun facemask ini untuk menghindari penyakit lain juga seperti flu dan alahan debunga.
Kami sempat ke ladang epal, dan terjumpa ladang fig di Bilpin. Malangnya ladang fig masih ditutup ketika kami datang, cuma boleh beli buah di kedai. Akan dibuka bermula akhir Feb sehingga April kelak. Hujan hampir berterusan sepanjang Feb hingga April menyebabkan kami tak dapat ke sana lagi.
Sekolah2 di Sydney sekarang kekurangan guru kerana ramai yang bersilih ganti bercuti akibat jangkitan Omicron sehingga pernah lebih 20,000 sehari. Jumlah jangkitan di Australia lebih sikit dari Malaysia setakat April 2022, iaitu lebih 6 juta orang. Tetapi kematian di Australia antara yang terendah iaitu 6000 orang, di Malaysia sudah lebih 30,000 orang.
Mei 2022
Syawal 1443 yang jatuh pada 2 Mei sudah berada di luar musim covid. Boleh bersolat sunat hariraya seperti biasa. Anak2 terus ke kelas selepas itu, tinggal 3 orang yang cuma ada kelas online dan sedang bercuti. Syawal ke 7, pergi ke ladang persimmon pula. Untuk merapatkan hubungan keluarga dan berkumpul, sebelum masing2 dewasa dan ada jalan hidup sendiri.
Lockdown sudah tiada dan facemask tak wajib lagi, kes flu pun turut naik.
Rayyan seperti guru2 lain, akan menerima suntikan flu di sekolah. Jangkitan flu semasa musim sejuk telah banyak meragut nyawa warga emas di Australia sebelum musim covid 19 melanda.
Rayyan sudah belikan insuran kesihatan untuk sekeluarga yang meliputi pembayaran flu vaksin. Kalau tidak, kena bayar antara $15 hingga $25 seorang, bergantung pada farmasi.
Pada hari kami ke farmasi untuk suntikan vaksin, kerajaan umumkan suntikan flu tahun ini percuma.
Bulan Jun 2022, kerajaan Australia menjangkakan covid19 versi Omicron.B5 akan merebak dengan cepat sama seperti pada bulan Januari.
2023. Alhamdulillah keadaan semakin pulih, kini covid dianggap sebahagian dari flu yang akan muncul setiap tahun.
Homestay 3 bilik kepunyaan masjid Darul Imaan, Arncliffe ini sesuai untuk keluarga sehingga 10 orang. Homestay ini terletak sepelaung je dengan masjid. Boleh solat setiap waktu di masjid kalau nak. Berjalan tak sampai 5 minit ke stesen keretapi, dan ada beberapa kedai halal di pekan Arncliffe, berdekatan stesen. Harga A$ 350 je semalam.
Tolong jangan tanya di blog ini sebab saya masuk sini sebulan hingga 6 bulan sekali. Takut lambat dapat jawapan.
Homestay ini boleh disewa satu rumah, atau sewa secara individu. Sewa untuk sebuah rumah ialah aud350 semalam, ada 3 buah bilik tidur, 9 katil, 1 sofa bed, dan 2 katil lipat tambahan (A$30/katil).
Kalau cuaca dah sejuk antara Mei dan Oktober kena tidur atas katil, gigil satu badan kalau tidur atas lantai. Kalau datang masa panas antara November dan April, bolehlah nak terdampar atas lantai pun.
Boleh sewa secara individu, bayaran seorang ialah A$50 semalam. Satu bilik ada 3 katil. Kalau anda datang menyewa seorang, kenalah bertoleransi berkongsi bilik dengan 2 pelancong lain sekiranya ada. Saw
Ada 3 bilik semuanya, 2 bilik lagi
1 katil bujang +1 double decker
Homestay Masjid Darul Imaan -
Rumah kami, private room
Kami sudah pulang ke Malaysia pada Jan 2025.
Tapi kami pernah sewakan bilik tamu melalui Airbnb di rumah dari 2015 hingga 2018, dan rasa seronok dapat berkenalan dengan ramai orang dari satu dunia.
Anak kami Aisyah yang boleh berbahasa Jepun dengan pelancong dari Tokyo.
Pekan Arncliffe
Pekan Arncliffe berada 10-15 minit driving dari airport, dan 20 minit naik keretapi dari Central Station Sydney. Dari central, boleh naik light rail ke Paddy's Market dan Fish Market. Atau naik keretapi ke Circular Quay dimana Opera House dan Sydney Bridge terletak.
Pekan ini kecil sahaja, dari atas stesen dah nampak kedai gunting rambut dan farmasi. Depan farmasi ada mesin wang ATM. Berjalan ke kanannya, ada perpustakaan (free wifi, aircond), kedai serbaneka, dan klinik Zahrah. Bawah stesen, di sebelah kiri, ada warung piza kepunyaan suami isteri yang sudah berusia, berbangsa Arab.
Sepanjang jalan di pekan boleh jumpa pejabat POS, mini market IGA, kedai gunting rambut, 2 kedai daging halal, kedai runcit Arab, Thai restoren, Indian restoren (tiada cert halal), bakery (Cina), dan kedai serbaneka Cina (alat tulis, barang dapur, inner shirt, tools, semua ada) berdekatan kedai gunting rambut.
Kedai kebab dan ayam panggang di Arncliffe
Manisan Lebanese
Muslim quarters: Lakemba
Lakemba terletak 11 km dari Arncliffe, 60% penduduknya Muslim, majoriti berbangsa Arab. Tempat ni jadi pilihan bagi pelancung2 berusia seperti ummi dan ayah.
Kalau pergi sana puas dapat masuk macam2 kedai makanan Arab dan kedai2 Asia lain termasuk Bangladesh, Nepal, Cina dan Jepun halal, Indonesia dan Melayu kepulauan Cocos.
Cuma 20 minit berkereta dari rumah kami. Naik train pun boleh juga, tapi ambil masa lebih lama.
Al Aseel Restoren
Di Paddy's Market pun ada kebab. Kebab ayam (ketulan ayam cucuk dengan lidi sate) cuma A$3.00. Yang lain2 tu lengkap dengan salad dan nasi/kentang harga A$10.00 ke atas. Kalau masuk kedai kebab atau piza pastikan ada tanda halal, sebab separuh Arab Lebanese di Australia beragama Kristian.
Salah satu lokasi wajib pengunjung ke Sydney ialah Fish Market. Biasanya kami akan bawa mereka makan tengahari di situ dalam pakej lawatan bandar Sydney.
Pelbagai pilihan makanan laut ada di Fish Market
Kedai Thai halal pun ada di Sydney. Time for Thai terletak di simpang George St dan Valentine St. Harga semangkuk tomyam ayam A$10, daging A$13 dan seafood A$15. Ada surau di tingkat atasnya. Restoren Thai halal lain terletak di pekan di Arncliffe, Rockdale dan Randwick.
Time for Thai
Restoren Melayu Ikhwan Cafe Sydney terletak di Pyrmont, boleh berjalan kaki merentas jambatan dari Darling Harbour. Di belakang Maritime Museum. Atau boleh pergi menaiki light train yang sama untuk ke Paddy's Market dan Fish Market.
Ikhwan Cafe Sydney
Semasa lockdown 2020-2021, sekumpulan pemuda Melayu di Sydney telah membuka kedai Malaysian Groceries yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan panas untuk takeaway.
Malaysia Groceries Punchbowl
Kedai Asian berdekatan Wolli Creek Train Station jual mee maggie dan beberapa makanan segera lain dari Malaysia termasuk roti canai dan capati yang disejukbeku.
mamee chef instant
Ummi paling suka Sydney musim bunga yang bermula seawal bulan Ogos, tapi paling meriah dari September hingga November. Suhu ketika ni sekitar 15 - 25 Celcius, macam di Cameron Highland. Bila dah masuk musim panas December - Mac, boleh naik sampai naik sampai 48 Celcius!
Musim sejuk 2016, kami pergi ke Snowy Mountain berhampiran Canberra. Dapat merasa main salji yang memang tak de di Sydney. Boleh pergi ke sini melalui pakej kami, atau bas2 yang pergi balik hari dari Sydney ke Snowy Mountains.