Nenek ajak kami buat umrah tahun ni. Ummi dan ayah cuma boleh bercuti masa budak cuti sekolah, dan semasa student UTM cuti. Jadi kami bercadang nak pergi bulan Jun. Belum daftar mana2 pakej lagi, tengah mencari yang paling sesuai. Sekarang ni tengah baca2 cerita dari orang lain. Mudah-mudahan Allah izinkan kami pergi tahun ni, insyaallah.
update: 12/2/2010
Dah confirm nak pegi dengan Andalusia Travel sebab susah sangat yg lain2 (pakej umrah kecil yang menunggu 40 orang baru confirm pergi). Web Andalusia sangat customer friendly, semua tarikh dan harga sudah dirancang sejak awal, serta semua tempahan boleh dibuat secara online. Tempahan bayar RM300 sorang. Pergi 8 Jun, semasa cuti sekolah, balik 22 Jun, dah naik sekolah sebenarnya.
update: 10/5/2010
Ayah masih kat Borneo ada kembara dengan staff dan student UTM sampai 13 hb nanti. Pastu dari 15 - 20 Mei dia nak pergi Padang pulak. Nenek dah risau sebab hampir sangat nak tarikh umrah, ayah masih sibuk lagi. Visa yg patutnya buat awal bulan ni pun tak buat lagi sebab ayah tak boleh bagi lagi passport dia kat agensi. Ummi dengan nenek dan buat suntikan meningitis, ayah je yg belum. Ya Allah mudahkanlah urusan kami, aminnnn.