Isnin, 17 Mei 2010

Persediaan Umrah ... Fizikal dan Mental

Doa yang selalu dibaca sepanjang perjalanan umrah kami.



Selepas berniat umrah, sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, kami melaungkan kalimah talbiyah beramai2, dan semangat umrah itu mulai hidup dan sangat  terasa ketika itu.

Dengarkan Kalimah Talbiyah yang dirakam ketika musim haji,  syahdu mendengarnya:



Ahad 23 Mei 2010.  Ummi, ayah dan nenek pergi kursus umrah ustaz Daud Che Ngah di Taman Maluri, Kg Pandan.  Stay kat umah makngah di Denai Alam, Shah Alam. 

Ustaz Daud banyak bagi tips untuk perempuan2 yg bermasalah  masa mengerjakan umrah, terutama ketika haid.  Rukun2 umrah dan wajib umrah.  Umrah kali pertama adalah wajib, dan selepas itu sunat.
Umrah Jun 2010

Antara tips yang ummi sempat cedok dan dari pengalaman ummi semasa umrah:

Niat umrah - Kalau ada niat sebab nak berniaga, bershopping, nak berjalan2 macam tourist, maka apa aja yg kita niatkan, itulah yang akan kita dapat.  Biarlah benda2 tu jadi sampingan aje, kalau tak sempat buat pun, tak mengapa.  Jangan sampai bergaduh suami isteri sebab shopping tak habis lagi.

1. Sekiranya haid, tunggu hingga 24 jam selepas kering baru buat tawaf. Sebab ditakuti jika terus buat tawaf, tiba2 masih ada baki darah yang keluar, maka tawaf tu tak sah dan kita masih dikira dalam ihram.   Ummi ikut arahan ustaz ni dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


2.  Pil/injection  untuk tahan haid tu berjaya 50% aje, maknanya dari 10 orang yg ambik, 5 je yg berjaya.  Dan dari pengalaman ummi semasa mengerjakan umrah, ada 3 orang wanita dari kumpulan kami yg ambil pil tu, yg berjaya cuma sorang.  Lagi sorang haid datang macam biasa.  Lagi sorang, haid bertambah buruk, lebih panjang dan banyak dari biasa.  Ummi tak ambil pil atau injection sebab pengalaman nenek yg mengerikan.  Nenek kena pendarahan yg banyak sepanjang umrah sehingga menyusahkan dirinya, walaupun dah ambil pil ikut arahan doktor.  Pil itu cuma serasi dengan sesetengah orang aje.   Nak tau serasi, mungkin boleh cuba dulu sebelum umrah.


3.  Bawa botol spray air untuk memudahkan mengambil wuduk sekiranya terbatal semasa di dalam masjid.  Sebab tandas/tempat ambil wuduk terletak jauh di luar masjid.  Tapi kalau dah jenis selalu nak buang air, kenalah pilih tempat bersolat yg senang nak keluar tanpa mengganggu orang2 yg sedang bersolat.


4.  Bawa tuala kecil untuk keringkan peluh, terutama jika bertawaf ketika panas terik.


5.  Bawa botol kosong untuk diisi dengan air zam zam semasa nak balik ke bilik.  Bekal untuk  hilangkan dahaga.  Semasa di dalam masjid, jangan risau boleh minum dengan cawan yg sentiasa disediakan.


6.  Kalau bermula dari Madinah, belilah kacang2 dan kurma di sini, sebab kurmanya segar dan banyak pilihan, murah pula tu.  Beli di Pasar Kurma berdekatan masjid Nabi, boleh jalan kaki aje.  Kalau berjalan kaki, kena menyeberang jalanraya besar, orang tua dan berkerusi roda tak sesuai sebab kereta laju2 tak nak bagi laluan.  Masa kami pergi dulu, dah masuk dalam agenda lawatan.

Kebanyakan driver akan bawa kita ke kebun kurma (ada sebuah kedai sahaja) dan berhenti dengan lama sehingga akhirnya kita yang tak nak beli pun akan beli juga. Boleh la beli tapi mahal sikit.   Kalau datang pada musim yang betul (Mei - Ogos), pokok kurma sedang berbuah.

Di Mekah, tak banyak pilihan, dah lisut, dan mahal.  Tapi di Mekah ada banyak cookie yg dibuat dari kurma dan kekacang, beli yg itu bolehlah.


7. Barang toiletories (berus, ubat gigi, lotion dll) elok bawa dari Malaysia sebab kat sini semuanya mahal.  Ummi tertinggal berus gigi di Jordan, dan ketika di Madinah bibir ummi kering.  Beli berus gigi dan krim bibir je dah 30 riyal!!! (lebihkurang 30 ringgit).  Tempat tukar matawang ada banyak di sana, jangan risau.


8. Bawa selipar dari Malaysia.  Ayah bawak kasut je.  Beli selipar kat sana, tak de pilihan, sama je bentuknya dengan beribu2 selipar jemaah lain.  Yg penting, bekas selipar mesti dikenali, bawa beg plastik khas dan letak di petak kasut yg disediakan.  Semua petak kasut di sana bernombor, begitu juga semua pintu masuk masjid, macam gate di airport.   Tempah baju atau jubah berpoket dalam dan tersorok supaya senang simpan dompet duit atau barang berharga.  Duit nenek di dalam beg tangan senang2 je diseluk semasa berhimpit2 di luar masjid.


9. Jaga hati dan percakapan semasa di sana.  Banyakkan bersabar, latih diri untuk bersabar dari sekarang lagi.  Sebab di sana kita akan jumpa macam2 orang dan perkara yg mungkin tak selesa atau serasi di hati kita.    Semua itu ujian, kalau dapat tempuh ujian tu insyaallah bila balik dari umrah hati rasa gembira dan seronok, samalah rasanya macam kita dapat lepas ujian sebulan berpuasa atau lepas peperiksaan besar masa sekolah dulu.  Kalau balik umrah tak rasa apa-apa, atau rasa tak puas hati, hmmm tak lepas lagi la agaknya.

Semasa umrah, banyak sangat yg terdetik di hati ummi, tak sebut atau komplen pun, Allah jawab/respon di situ juga.  Contohnya, masa 5 hari pertama badan ummi sihat.  Ummi terdetik, apasal ramai orang yg pergi sini sakit2 tak sihat semua, ummi ok je?  Lepas tu, semasa sujud di masjid, angin panas bertiup ke muka ummi, debu dari lantai terus masuk ke hidung ummi, tak sempat elak.  Sejak hari tu, ummi terus dapat batuk2 kering sehingga balik dari umrah.  Pengajarannya, bersyukurla badan sihat dan sentiasa berdoa semoga badan sentiasa dalam keadaan sihat.  Jangan sesekali riak atau sombong, terutama semasa melihat jemaah2 miskin dari negara lain.

Semasa nak bersolat, jemaah2 Arab semua bergerak penuhkan saf di hadapan.  Ada sorang jemaah melayu ni tak nak bergerak, rela solat sorang sorang2 di barisannya sebab orang lain semua dah ke hadapan.  Hati ummi terdetik degil betul, tak belajar agama ke?  Sebenarnya ramai jemaah melayu/indon yg macamni sebab taknak tinggalkan barang2 mereka yg banyak di atas sejadah.   Esoknya ummi solat bersama nenek dan kawan yg baru dikenali.  Nenek dan kawannya bawak sekali sejadah masing2, sebab kapet di masjid biasanya berdebu dan   agak kotor.  Tiba waktu solat semua jemaah arab bergerak jauh ke depan.  Ummi ajak nenek dan kawannya, tp diaorang taknak, sebab nak solat di sejadah masing2.   Takkan ummi nak tinggalkan nenek, maka masuklah ummi ke dalam statistik mereka yg 'tak belajar agama' itu.

Satu lagi, semasa lawatan bersama ahli rombongan, sorang jemaah lambat naik ke bas, kerana lama bersolat dan berdoa di masjid.  Ummi dan beberapa ahli rombongan mengomel sebab ada banyak lagi acara lain hari tu.  Esoknya, ummi dan nenek pula yg terlambat dan terakhir naik bas kerana terlalu lama menunggu giliran ke toilet di lapangan terbang Jeddah.  Malu gila masa nak naik bas tu bila semua jemaah pandang je kat kami.  Sebab tu mulut dan hati kena jaga, kena faham masalah orang lain, dan banyak-banyak bersabar.


10. Yang paling penting dan utama tentulah ilmu tentang ibadah umrah tu sendiri. Wajib tahu rukun umrah, niat, tempat dan waktunya.  Apa itu dam.   Banyak baca buku persediaan umrah, kepentingan setiap ibadah seperti tawaf dan saei, sejarah dan hikmah, kenapa mesti buat dan sebagainya.   Bacaan2 di dalam setiap ibadah tu adalah sunat, tetapi jika kita tahu apa yg elok dibaca ketika itu, tentulah lagi baik.
      

Link perjalanan umrah kami di sini:  http://umrahjun2010.blogspot.com


Update:
Tahun 2013 kami telah selamat menunaikan haji.  Pengalaman  Haji 1434 H..