Sabtu, 1 September 2012

Air Garam Perawat Mulut

Hampir 20 tahun usia perkahwinan ummi, listerin adalah salah satu barang yang tak boleh tinggal dalam list groceries setiap bulan.


Waktu muda memang nampak cantik je gigi.  Tapi setiap kali mengandung dan rosak barulah nampak kekurangan dan kerapuhan gigi ummi.  Sebab tu listerin dan floss memang tak tinggal, sentiasa ada.  Terlalu banyak gigi yg dah berlubang, ditampal dan akhirnya kena root canal, sampaikan ummi kena budget, setahun satu gigi je sebab dekat beribu dah habis kat doktor gigi.  Jadi sementara nak tunggu bajet tahun depan, bertahan ajelah dengan lubang2 yang ada.

Dulu2, kalau mulut bau tak sedap aje ummi kumur dengan listerin.   Tapi bulan ramadhan baru2 ni, sebab ada satu lubang tu sentiasa ada makanan terselit kat lubang yang sangat sempit, maka bau susah nak hilang.  Kumur dengan listerin berkali2 pun tak hilang.  Takkan puasa waktu siang nak berkumur2 je kat billik air.  Batal puasa kang.  Sudahlah listerin tu ada rasa manis2 sikit.   Ummi cuba jalan akhir, guna air garam.  Lepas sahur, ummi terus berkumur dengan segelas air garam Segar je bau mulut ummi lepas tu, hilang langsung bau yang menghantui beberapa hari sebelum tu!!!!   Sekali tu je ummi berkumur, alhamdulillah.

Beberapa hari kemudian, tekak ummi pula rasa sakit macam nak kena demam selsema.  Biasanya waktu tekak gatal2 macam tu, ummi kumur dengan listerin.  Beberapa kali juga kena kumur baru ok.  Itupun cuma legakan tekak je, bukan sembuhkan.  Kena juga ambik antibiotik dan ubat demam selsema ikut aturan.

Bulan puasa ummi cuba elakkan makan ubat berjadual.  Jadi ummi bertawakkal berkumur dengan air garam lagi.  Mudah-mudahan sembuh.  Masyaallah, sekali je ummi kumur.  Selepas tu tekak ummi terus hilang gatal.  Nampak gaya sebotol listerin yang dibeli sebelum ramadhan akan bertahan beberapa bulan lagi!

Kepercayaan ummi pada khasiat air garam memang dah 90% waktu ni.

Hari raya tiba, anak2 ummi dari asrama pun dah balik.  Beraya sakan 6 hari di kampung, Aisyah pula sakit mulut.  Katanya sakit sangat bila dia makan makanan pedas macam rendang dan kuah-muah di hari raya.   Oh masa tu ummi terlupa pasal air garam, sebab benda baru jumpa kan.  Ummi cuma teringatkan listerin yang tertinggal di rumah.  Jadi ummi minta Aisyah bersabar sampai balik rumah.

Sampai di rumah, putih2 kat mulut Aisyah dah besar dan macam luka bernanah.  Kesiannya dia.   Masa ummi nak capai botol listerin tu, barulah ummi teringat tentang air garam yang berkhasiat dan berjasa pada mulut ummi.   Ummi terus bancuhkan segelas air campur sesudu garam untuk Aisyah..   Malam tu Aisyah kumur sikit2 sampai habis segelas.  Ummi suruh dia kumur sekali lagi subuh esok, dan kumur lagi bila2 dia masih rasa sakit.

Esoknya pagi2 lagi Aisyah terus bagitau, ummi dah tak payah kumur lagi.   Kenapa?  Sebab mulut Aisyah dah baik.   Wah miraclenya!!!!!   Ummi masih ingat rupa luka bernanah kat mulut Aisyah tu, tapi dah kering dan sembuh dengan segelas air garam je?? Macam tak percaya!!!!


Update 1 Okt 2012:

Gusi ummi berdekatan geraham bungsu sakit dan pecah2.  Agaknya sebab cuaca panas dan ummi kurang minum air.  Ummi terus berkumur dengan air garam beberapa kali sehari.  Lepas sehari, masih tak  baik tapi dah kurang sakitnya.  Pelik jugak, kenapa lambat baik sebab Aisyah dulu kumur sekali je.  Tapi mungkin sebab pecah gusi ummi kat belakang sekali, tempat tersorok, sedangkan Aisyah kat gusi depan.

Hari ni hari kedua, alhamdulillah dah tak rasa sakit langsung.  Nak tengok tak dapat sebab tersorok kat belakang, tapi ummi yakin tentu dah kering dan sembuh lukanya sebab dah tak rasa apa-apa.

Ummi risau jugak nak kumur air garam ni sebab baru disahkan ada darah tinggi beberapa hari lepas.  Doktor dah suruh kurangkan garam.  Jadi masa kumur tu memang bersungguh-sungguh ummi  luakkan air garam yg tersisat di mulut.  Kemudian kumur last sekali dengan air bersih.


Update 15 Feb 2018:

Lama tak update.   Ummi tinggal di Australia sekarang, dimana kos pergigian macam nak pergi melancong.   Budak2 sekolah rawatan free, kerajaan bayarkan, tapi kami dapat bill dari doktor.  Pergi kali pertama, x-ray  check dan cleaning aje dah  Aud $400 seorang.  Mahalnya.  Dua tahun ummi kat sini, 2 tahun la tak pergi jumpa dentist.   Kat sini buat root cannal kosnya Aud $3000, kat Malaysia dulu ummi buat kena RM200 je kat klinik swasta.  Ummi pernah tampal gigi kat klinik kerajaan di Malaysia, bayar RM1 je.  Tak de tanya pendapatan berapa. 

Kat OZ tak dapat la nak pergi klinik gigi kerajaan melainkan kita tergolong dalam kumpulan fakir miskin (homeless/jobless).  Ada kad khas untuk layak dapat rawatan kerajaan percuma tu.   

Kalau sewa rumah aje dah hampir Aud $3000 sebulan (lebihkurang RM9000),  takkan nak claim homeless/jobless pula.  Duit sebanyak ni ummi boleh hidup selesa dudukla mana2 kampung kat Malaysia.  Kami dah terlajak tinggal di Sydney cuba bertahan selagi boleh.

Padahal, hidup bercatu2 sebab utamakan bayar sewa rumah  dan bill2.  Ye, ummi letak figure RM tu sebab dah selalu kami terpaksa keluarkan saving dari Malaysia bila pelanggan homestay dan tour kurang dan duit bulan tu tak cukup. 

Kenapa ummi melalut pasal sewa rumah ni?   Ye lah bila kos  sewa rumah dan kos dental tinggi sangat, terpaksalah ummi bergantung dengan air garam je untuk rawatan sendiri2 kat rumah.  Ummi dah sakit gigi dan sakit gusi banyak kali,  umur dah tua, gigi banyak dah haus.  Lubang kat geraham dah makin besar.  Berkumur dengan air garam je lah ikhtiar  pertama dan terakhir ummi.  

Semalam masa gusi tepi geraham  rasa nyilu mencucuk-cucuk sangat, ummi kumur air garam beberapa kali sehingga malam tadi.  Alhamdulillah hari ni dah hilang nyilu tu.  Terimakasih ya Allah kerana kurniakan garam kepada kami, selain boleh sedapkan makanan, boleh juga jadikan ubat.

Tak sangka link ini pun cerita tentang kebaikan air garam untuk mulut..Poster di sebelah ambil dari link ini: /salt-water-gargle-benefits/ 


Update:10 June 2018

Bulan Ramadhan, lagi seminggu nak raya. Alhamdulillah gigi dan mulut ummi ok takde masalah sepanjang bulan puasa ni, sehinggalah semalam.  Tiba2 mulut ummi kering,  ada mata ikan dan gusi pecah, sebelah kiri dan kanan mulut ummi serentak sakit,   Adakah sebab minum air bergas di majlis buka puasa yang sekolah anak2 anjurkan sebelum tu?    

Jadi beberapa kali  waktu malam  dan subuh tadi, ummi berkumur dengan air garam.  Alhamdullillah pagi ni dah rasa lega.  Mata ikan yang baru nak muncul pun dah hilang, dan gusi pecah tu pun dah tak nampak.  Oh ya kali ni ummi berkumur pakai air garam bukit, sebab ayah dah larang ummi beli garam laut sebab terlalu banyak pencemaran  plastik di laut sekarang sehingga garamnya  pun ada trace mikroplastik.  Dah ada banyak berita pasal ni:  Microplastic in Ocean.


Sekiranya saudara  suka dengan  tulisan di atas ni, mohon support ummi dengan klik pada iklan di bawah.  Sekiranya tak suka iklan tersebut, klik pada x sahaja dan pilih sebab, insyaallah iklan sepertinya tak kan muncul lagi.   Kalau tak nak buat apa2 pun boleh, biar sahaja iklan itu duduk disitu.

-------------------------------------------------------------
More on  Diet Garam dan Gula  di rumah kami.