Homestay 3 bilik kepunyaan masjid Darul Imaan, Arncliffe ini sesuai untuk keluarga sehingga 10 orang. Homestay ini terletak sepelaung je dengan masjid. Boleh solat setiap waktu di masjid kalau nak. Berjalan tak sampai 5 minit ke stesen keretapi, dan ada beberapa kedai halal di pekan Arncliffe, berdekatan stesen. Harga Aud 350 je semalam.
wasap: Firdausi +61 469 934 934 @ pengurus homestay Tn Hj Abdul Razak +61 421 223 986.
More info from Facebook: Homestay Melayu Sydney
Tolong jangan tanya di blog ini sebab saya masuk sini sebulan hingga 6 bulan sekali. Takut lambat dapat jawapan.
Homestay ini boleh disewa satu rumah, atau sewa secara individu. Sewa untuk sebuah rumah ialah aud350 semalam, ada 3 buah bilik tidur, 9 katil, 1 sofa bed, dan 2 katil lipat tambahan ($30/katil).
Kalau cuaca dah sejuk antara Mei dan Oktober kena tidur atas katil, gigil satu badan kalau tidur atas lantai. Kalau datang masa panas antara November dan April, bolehlah nak terdampar atas lantai pun.
Kalau cuaca dah sejuk antara Mei dan Oktober kena tidur atas katil, gigil satu badan kalau tidur atas lantai. Kalau datang masa panas antara November dan April, bolehlah nak terdampar atas lantai pun.
Boleh sewa secara individu, bayaran seorang ialah aud50 semalam. Satu bilik ada 3 katil. Kalau anda datang menyewa seorang, kenalah bertoleransi berkongsi bilik dengan 2 pelancong lain sekiranya ada.
Ada 3 bilik semuanya, 2 bilik lagi
1 katil bujang +1 double decker
Homestay Masjid Darul Imaan -
Firdausi +61 469 934 934
Selain homestay, kami menawarkan pakej melancung di Sydney dan kawasan sekitar termasuk bermain salji di Snowy Mountains., boleh lihat lebih lanjut di Pakej Melancung ke Sydney
untuk tahun 2019 dan seterusnya, sudah tidak sewakan lagi kerana bilik semua dah penuh.
Rumah kami, private room
untuk tahun 2019 dan seterusnya, sudah tidak sewakan lagi kerana bilik semua dah penuh.
Tapi kami pernah sewakan bilik ini dari 2015 hingga 2018, dan rasa seronok dapat berkenalan dengan ramai orang dari satu dunia.
Anak kami Aisyah yang boleh berbahasa Jepun dengan pelancong dari Tokyo.
Pekan Arncliffe
Pekan Arncliffe berada 10-15 minit driving dari airport, dan 20 minit naik keretapi dari Central Station Sydney. Dari central, boleh naik light rail ke Paddy's Market dan Fish Market. Atau naik keretapi ke Circular Quay dimana Opera House dan Sydney Bridge terletak.
Pekan ni kecil sahaja, dari atas stesen dah nampak kedai gunting rambut dan farmasi. Depan farmasi ada mesin wang ATM. Berjalan ke kanannya, ada perpustakaan (free wifi, aircond), kedai serbaneka, dan klinik Zahrah. Bawah stesen, di sebelah kiri, ada warung piza kepunyaan suami isteri yang sudah berusia, berbangsa Arab.
Sepanjang jalan di pekan boleh jumpa pejabat POS, mini market IGA, kedai gunting rambut, 2 kedai daging halal, kedai runcit Arab, Thai restoren, Indian restoren (tiada cert halal), bakery (Cina), dan kedai serbaneka Cina (alat tulis, barang dapur, inner shirt, tools, semua ada) berdekatan kedai gunting rambut.
Kedai Kebab Naji. Boleh tapau ayam panggang seekor $14.50
Kalau rajin berjalan2 jauh sikit di pekan Arncliffe, di Wollonggong St ada beberapa lagi kedai bakeri dan restoren Arab Lebanese termasuk kedai ayam goreng.
manisan Lebanese
Muslim quarters: Lakemba
Lakemba terletak 11 km dari Arncliffe, 60% penduduknya Muslim, majoriti berbangsa Arab. Tempat ni jadi pilihan bagi pelancung2 berusia seperti ummi dan ayah.
Kalau pergi sana puas dapat masuk macam2 kedai makanan Arab dan kedai2 Asia lain termasuk Bangladesh, Nepal, Cina dan Jepun halal, Indonesia dan Melayu kepulauan Cocos. Cuma 20 minit berkereta dari rumah kami. Naik train pun boleh juga, tapi ambil masa lebih lama.
Kalau pergi sana puas dapat masuk macam2 kedai makanan Arab dan kedai2 Asia lain termasuk Bangladesh, Nepal, Cina dan Jepun halal, Indonesia dan Melayu kepulauan Cocos. Cuma 20 minit berkereta dari rumah kami. Naik train pun boleh juga, tapi ambil masa lebih lama.
Al Aseel Restoren
Di Paddy's Market pun ada kebab. Kebab ayam (ketulan ayam cucuk dengan lidi sate) cuma $3.00. Yang lain2 tu lengkap dengan salad dan nasi/kentang harga $10.00 ke atas. Kalau masuk kedai kebab atau piza pastikan ada tanda halal, sebab separuh Arab Lebanese di Australia beragama Kristian.
Salah satu lokasi wajib pengunjung ke Sydney ialah Fish Market. Biasanya kami akan bawa mereka makan tengahari di situ dalam pakej lawatan bandar Sydney.
Pelbagai pilihan makanan laut ada di Fish Market
Kedai Thai halal pun ada di Sydney. Time for Thai terletak di simpang George St dan Valentine St. Harga semangkuk tomyam ayam $10, daging $13 dan seafood $15. Ada surau di tingkat atasnya. Restoren Thai halal lain terletak di pekan di Arncliffe, Rockdale dan Randwick.
Time for Thai
Restoren Melayu Ikhwan Cafe Sydney terletak di Pyrmont, boleh berjalan kaki merentas jambatan dari Darling Harbour. Di belakang Maritime Museum. Atau boleh pergi menaiki light train yang sama untuk ke Paddy's Market dan Fish Market.
Semasa lockdown 2020-2021, sekumpulan pemuda Melayu di Sydney telah membuka kedai Malaysian Groceries yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan panas untuk takeaway.
Malaysia Groceries Punchbowl
Kalau nak berjimat, masak mamee instant pun boleh, di pasaraya Woolworth, ada jual ni. Dapur kami boleh guna untuk masak yang ringan2 dan panaskan makanan. Ada kedai Cina berdekatan Wolli Creek Train Station jual mee maggie dan beberapa makanan segera lain dari Malaysia termasuk roti canai dan capati yang disejukbeku.
mamee instant
Musim sejuk 2016, kami pergi ke Snowy Mountain berhampiran Canberra. Dapat merasa main salji yang memang tak de di Sydney. Boleh pergi ke sini melalui pakej kami, atau bas2 yang pergi balik hari dari Sydney ke Snowy Mountains.
Lihat gambar2 menarik di Sydney , sila ke facebook HomestayMelayuSydney atau instagram homestay_melayu_sydney.
Wasap Firdausi +61469934934 jika ada sebarang pertanyaan tentang tour atau homestay.