Khamis, 8 Oktober 2020

Sekolah dan Kehidupan Musim Covid 19 di Sydney

Pekerjaan utama ayah di sini ialah sebagai Tour Guide membawa pelancong2 dari Malaysia atau Singapura melawat Sydney.  Ayah akan singgah di masjid2 tertentu untuk solat jamak sepanjang Tour dari pagi hingga lewat petang. 

Bisnes kami terjejas teruk semasa musim kebakaran 2019, dan langsung terhenti semasa musim covid-19 bermula awal 2020. 

Insyaallah, kami akan bangkit semula bermula April 2022 ini bila sempadan Australia dibuka semula untuk pelancung dari luar negara terutama  warga Malaysia.  Selain bawa tour, kami juga sediakan service airport transfer dan homestay. Homestay ini kepunyaan masjid Darul Imaan yang terletak di Arncliffe, ada 3 bilik dengan harga Aud $350 semalam



Sila klik

Sydney Tour

Homestay Melayu Sydney.


Mac 2020 - Mac 2022

Lockdown pertama di Australia bermula pada 20 Mac 2020, hanya 2 hari selepas lockdown di Malaysia. Semua pelajar sekolah dan universiti mesti belajar dari rumah, cuma anak2 frontliners sahaja yang boleh berada di sekolah.

Lepas sebulan dilanda covid,  Australia sudah lebih 6000 kes dan hampir 100 kematian. Malaysia ketika ini juga lebihkurang 6000 kes tetapi lebih dari 100 kematian. USA tertinggi, sudah melebihi sejuta kes atau 1/3 kes dunia, dan lebih 70,000 kematian.

Buat pertama kali dalam hidup kami dan seluruh penduduk dunia agaknya, masjid ditutup sepenuhnya. Sepanjang Ramadhan, kami bersolat terawih berjemaah di rumah.  Dan ayah seperti ayah2 lain di dunia juga,  membaca ucapan kutbah sempena solat sunat Aidilfitri di rumah juga. 

Sejujurnya, umi lebih suka solat sunat tarawih di rumah bersama semua ahli keluarga.  Dah pasti bacaan ayah tak sesedap dan sepanjang  bacaan imam2 terawih setiap tahun, tetapi lebih terasa penghayatan dan lebih kuat ikatannya. 

Tetapi apabila masjid dibuka semula nanti, kami akan ikut apa yang sudah diamalkan, lelaki berjemaah terawih di masjid.  Perempuan  boleh pilih samada mahu ke masjid atau di rumah.


Alhamdulillah lockdown sudah dilonggarkan dan boleh keluar  satu keluarga.  Tetapi indoor gathering @ tetamu dihadkan kepada 5 orang sahaja.  Sebab itu masjid masih ditutup lagi kecuali untuk para petugas.


Disember 2020
Kerajaan negeri  terpaksa keluarkan voucher dine and discovery untuk digunakan di restoren dan tempat2 bercuti seperti zoo, muzium dan aquarium.  Semuanya untuk menghidupkan semula bisnes yang mulai mati sejak lockdown. Tetapi kebanyakan tiket masuk ke tempat lawatan terlalu mahal, sekitar $40-$50 seorang sedangkan voucher setakat $25.  Tiket masuk pawagam sahaja yang rendah dari nilai voucher.


12 Mei 2021. Hari ini hari terakhir Ramadhan 1442H. Tahun kedua hariraya pada musim covid-19. 

Alhamdulillah Sydney tiada kes covid tempatan hari ini, tapi kami kena pakai mask di kenderaan awam dan tempat2 tertentu seperti klinik dan hospital.  Masjid sudah dibuka, tetapi solat dalam jarak 1.5 meter antara satu sama lain.  

Anak2 yang masih sekolah pun akan terus ke sekolah selepas solat Raya. Tapi sempat lagi pakai baju kurta @ jubah di luar uniform, sebab kali ini  boleh bersolat raya di masjid.  Sekolah bermula 8.45 am.  Tak mengapalah lambat sedikit sampai setahun sekali.

Praktikal Rayyan di sekolah tamat hari Jumaat, hari kedua Aidilfitri. Oleh kerana perayaan Christmas dan Easter sahaja yang dikira public holiday, terpaksalah Rayyan pergi kerja juga pada hari Raya pertama dan kedua. 





Jamuan hariraya sekeluarga, selepas anak2 balik sekolah, buat dibelakang rumah sahaja.  Satay tempah dari jiran kami Abang Sam.

Syukurlah ketika ini lockdown dilonggarkan dan kami boleh keluar beramai2 di kawasan terbuka. Hariraya ketiga, kami beraya di ladang persimmon.




Umi ingat ketika ini lockdown sangat ketat di Malaysia bila covid sudah masuk ke kampung2 dibawa dari bandar semasa awal Ramadhan.

Mulai 15 Mei, Australia akan tempatkan penumpang kapalterbang dari India ke satu tempat khas di Howard Spring, Darwin.  Sebelum ni, semua penumpang termasuk dari India mesti kuarantin 2 minggu di hotel2 dalam bandar.   Tapi sejak beberapa kes positif dapat dari hotel itu sendiri, kerajaan putuskan varian virus dari India, varian Delta, sangat mudah dijangkiti dan hotel sedia ada tak dapat melindunginya dari merebak.


Mulai akhir Jun 2021, seluruh Sydney lockdown kerana varian Delta yang sudah merebak dengan pantas dan ada di antara mereka yang meninggal dunia masih sangat  muda tanpa penyakit lain. Kami cuma dibenarkan keluar ke kedai barang harian, farmasi dan klinik, serta berjogging, hanya 2 orang satu rumah. 

Seorang lelaki dan isterinya telah positif covid minggu lepas.  Lelaki itu pemandu  van airport yang membawa pilot dari airport ke hotel.  Rupa-rupanya dia tidak mengambil vaksin dan tidak memakai mask semasa bekerja.  Dia telah dijangkiti Varian Delta yang dah meragut banyak nyawa di India. 

Barulah kami semua tahu, arahan memakai mask dan mengambil vaksin ini bukan wajib mengikut undang2, setakat arahan mulut dan slogan sahaja, selepas lelaki itu tidak dapat didakwa kerana sengaja melanggarnya. 



Kami sempat je ladang mandarin sebelum lockdown ketat pada penghujung Jun.  Kasihan ladang2 yang pendapatan utamanya ialah pengunjung pick-your-own fruit, yang kini sudah terkurung di rumah masing2.   Ladang itu terpaksa mengiklankan  dan menghantar berlori2 mandarin ke kedai2 runcit seluruh Sydney dengan harga yang murah, kerana takut rosak jika disimpan lama.

Apabila kawasan kami termasuk dalam red zone,  cuma seorang sahaja boleh masuk ke kedai runcit, klinik atau farmasi. Kedai lain semua ditutup. Mujurlah masih boleh keluar exercise seperti berjogging tetapi semua aktiviti termasuk ke kedai tidak boleh lebih 5km dari rumah.  Aisyah yang sedang bekerja di hotel di Sutherland terpaksa berhenti akhirnya kerana tidak boleh ke sana lagi.

Ketika ini, halaman belakang rumah jadi penyelamat kerana di situlah ummi berkebun, dan anak2 mengambil angin setelah bosan belajar online.  Kasihannya mereka yang tinggal di rumah apartment lebih2 lagi jika hanya 2 bilik dengan anak2 yang ramai.  Paling kasihan mereka yang bekerja gaji hari, tiada kerja tiada gaji.  

Restoren lah yang paling banyak ditutup terus kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pekerja selepas beberapa siri lockdown.  Memasak dan menjual makanan dari rumah  mungkin akan jadi amalan baru mulai hari ini.  Mujurlah penghantar makanan dan barang antara pekerjaan yang masih dibenarkan beroperasi.

September 2021. Semasa tunggu nak solat berjemaah, budak 2 orang ni sempat berjemur di luar sebab dalam rumah masih sejuk. 

Syukur Rayyan sudah menamatkan pengajian Master in Education dan sudah boleh mengajar sebagai guru selepas ini. Semua proses pengajaran dibuat secara online. Rayyan beruntung kerana kursusnya tak perlu ujikaji di makmal universiti atau ke tempat2 tertentu seperti kursus2 teknikal.

Yang paling terkesan adalah Sarah kerana lockdown pertama bermula semasa dia baru mendaftar masuk ke universiti, belum sempat mengenali kehidupan dan pembelajaran di kampus,  tiba2 kena belajar secara online.

Basel dapat keputusan baik dalam hsc walau 2 tahun terakhir di sekolah dia lebih banyak belajar online.  Mungkin kerana silibus hsc itu masih boleh diikuti walau terpaksa berdisplin untuk belajar sendiri tanpa pengawasan guru. 


Nov 2021 Akhirnya kedua2 negara Malaysia dan Australia membuka sempadan untuk warganya pulang ke negara masing2.  Umi, ayah, Rayyan dan Habel ambil kesempatan pulang ke Malaysia dan bercuti sepuasnya. Tetap kena kuarantin di hotel atau di rumah selama seminggu sebaik tiba.  

Kami sudah download apps mysejahtera sejak di Sydney lagi.  Apps ini lagi 'berat' dari apps Service NSW yang kami gunakan untuk check in di Sydney. Kami mesti tunjuk apps mysejahtera dalam hp, sijil vaksin², sijil negatif covid, dan kebenaran untuk kuarantin di rumah/hotel di Malaysia.   Umi tengok tak sampai 20 orang beratur, tapi dekat 2 jam barulah kami dapat boarding pass.


Dalam flight, hanya seorang penumpang untuk sebaris tempat duduk.  Semasa di Malaysia, kami mesti swap covid sebaik tiba di airport dan selepas 5 hari kuarantin.

Habel yang paling puas bercuti mengenali negara dan saudara-mara sendiri setelah 6 tahun di negara orang.  Semasa meninggalkan Malaysia dulu, dia baru berusia 9 tahun. Mujurlah masih boleh buat kad pengenalan tanpa didenda sebab masih berusia 15 tahun.  Suka betul Habel, barula dia merasa seperti anak Malaysia.

Melaka

Habel dan Rayyan memancing ikan di tepi sawah

Kampung umi di Sungai Besar Selangor


Januari 2022

Untuk pulang ke Sydney, kena tunjuk sijil vaksin,  sijil negatif covid, dan isi borang travel declaration dalamasa 7 hari sebelum tarikh flight.  Mujurlah kami cuma perlu kuarantin di rumah dan boleh buat self test dalamasa 3 hari selepas tiba.  Mereka yang masuk Australia 2020-2021 kena kuarantin di hotel selama dua minggu, dengan bayaran $300 sehari.

Umi dan ayah ambil vaksin covid  ke 3, kerana bimbang dijangkiti Omicron yang sedang merebak dengan cepatnya. Aisyah sudah divaksin akhir tahun lepas kerana bekerja di airport. Rayyan pula wajib vaksin juga lagi kerana bekerja sebagai guru.  Saran dan Basel sudah dijangkiti jadi tidak mengambil vaksin.  Habel belum boleh kerana vaksin keduanya belum melepasi 6 bulan lagi.

Rayyan akan mula mengajar di Auburn Girls High School. Jadi Rayyan akan berpindah ke Sydney pula, tetapi tak tinggal bersama kami kerana agak jauh dari sekolahnya. Rayyan tinggal bersama rakannya dan anak ke 4 kami Basel, yang akan mula belajar di Western Sydney University di Parramatta. 

Universiti Basel masih mengamalkan online lecture, tetapi mereka dibantu oleh kelas2 tutorial dan makmal secara bersemuka di universiti.  Mudah-mudahan Basel bermotivasi belajar dan berjaya dalam bidangnya.

Alhamdulillah kali ini tiada lockdown, anak2 boleh ke sekolah seperti biasa. Tahun lepas, Sarah sudah keluar dari universiti kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan  suasana online learning, sedangkan secara lazim, kursusnya perlu banyak ke makmal dan berbincang dengan rakan2 untuk menyelesaikan tugasan.

Awal tahun ini, dia mendaftar Tafe dalam jurusan Art and Design. Nampaknya dia sangat suka dengan kursus barunya.  Kursus ini banyak praktikal dan kerja berkumpulan di studio, mujurlah tiada lockdown lagi di Sydney.  Tafe berbeza dari universiti, dimana objektif utamanya untuk membantu graduan mencari kerja. Jadi mereka sangat banyak kelas2 praktikal yang berjalan selari sengan kelas2 teori.


Feb 2022, semua ahli keluarga kami juga sudah dijangkiti, kecuali ayah. Walaupun ujian covidnya negatif, tapi umi syak dia pun pernah positif kerana tiba2 batuk2 berpanjangan serentak dengan umi walau tak pernah demam atau simptom lain.  Agak lama juga, hampir 2 bulan selepas positif pun umi masih terasa seperti ada sesuatu yang melekat kuat di tekak. Umi mendapat jangkitan dari Habel, yang mendapatnya dari rakan sekolah. 

Umi dapati anak2 dan umi yang demam teruk selepas dicucuk vaksin, juga demam teruk semasa dijangkiti.  Bagi umi,  simptom terbesar covid ialah demam yang sangat panas dan sakit kepala hingga tak boleh tidur sepanjang malam, walau sudah telan pil penahan sakit.  Kemudian sakit tekak hanya sehari, terus batuk berpanjangan tanpa kena selsema atau runny nose.  Batuk kering dan langsung tiada kahak.

Mana2 anak  yang tiada atau kurang simptom selepas divaksin, juga sama semasa dijangkiti.  Mujurlah kami semua dijangkiti varian Omicron sahaja yang kurang bahaya berbanding Delta.  

Aisyah yang paling kuat imun sistem dan langsung tiada simptom selepas vaksin dan semasa dijangkiti.  Sebelum covid masuk, Aisyah bekerja sebagai cleaner di Airport.  Berhenti semasa lockdown Mac 2020 dan kerja semula bila sempadan di buka akhir 2021.  Antara kerjanya terpaksa bersihkan muntah pesakit covid dalam flight. 

Memang ada penumpang yang telah positif di dalam flight walaupun semasa swab test sebelum itu mereka masih negatif.   Swab test tak dapat kesan jika virus dalam  badan masih dalam peringkat incubation yang boleh  ambil masa hingga 14 hari.  Ketika ini, pesakit pun tak tahu dia positif.

Selepas cuti kerana positif covid, Aisyah terus berhenti kerana tidak tahan dengan kerja yang semakin banyak, kadang2 sehingga pukul 2 pagi baru pulang ke rumah. Airport sangat sibuk ketika ini kerana ramai yang mula masuk ke Australia selepa l

Walau tidak wajib lagi, Umi, ayah dan anak2 perempuan masih pakai facemask ke kedai.  Macam tak lengkap berpakaian pula kalau buka.  Lagipun facemask ini untuk menghindari penyakit lain juga seperti flu dan alahan debunga.

Kami sempat  ke ladang epal,  dan terjumpa ladang fig di Bilpin.  Malangnya ladang fig masih ditutup ketika kami datang, cuma boleh beli buah di kedai.  Akan dibuka bermula  akhir Feb sehingga April kelak.  Hujan hampir berterusan sepanjang Feb hingga April menyebabkan kami tak dapat ke sana lagi.





Sekolah2 di Sydney sekarang kekurangan guru kerana ramai yang bersilih ganti bercuti akibat jangkitan Omicron sehingga pernah  lebih 20,000 sehari. Jumlah jangkitan di Australia lebih sikit dari Malaysia setakat April 2022, iaitu lebih 6 juta orang.  Tetapi kematian di Australia  antara yang terendah iaitu 6000 orang, di Malaysia sudah lebih 30,000 orang. 


Mei 2022

Syawal 1443 yang jatuh pada 2 Mei sudah berada di luar musim covid.  Boleh bersolat sunat hariraya seperti biasa.  Anak2 terus ke kelas selepas itu, tinggal 3 orang yang cuma ada kelas online dan sedang bercuti.  Syawal ke 7, pergi ke ladang persimmon pula.   Untuk merapatkan hubungan keluarga dan berkumpul, sebelum masing2 dewasa dan ada jalan hidup sendiri.



Lockdown sudah tiada dan facemask tak wajib lagi, kes flu pun turut naik.

Rayyan seperti guru2 lain, akan menerima suntikan flu di sekolah. Jangkitan flu semasa musim sejuk telah banyak meragut nyawa warga emas di Australia sebelum musim covid 19 melanda.  

Rayyan sudah belikan insuran kesihatan untuk  sekeluarga yang meliputi pembayaran  flu vaksin. Kalau tidak, kena bayar antara $15 hingga $25 seorang, bergantung pada farmasi. 

Pada hari kami ke farmasi untuk suntikan vaksin, kerajaan umumkan suntikan flu tahun ini percuma. 

Bulan Jun 2022, kerajaan Australia menjangkakan covid19 versi Omicron.B5 akan merebak dengan cepat sama seperti pada bulan Januari. 

2023. Alhamdulillah keadaan semakin pulih, kini covid dianggap sebahagian dari flu yang akan muncul setiap tahun.