Isnin, 28 September 2009

Aktiviti Raya - Segamat, Melaka, Singapura

18 - 20 Sept - Segamat
20 - 22 Sept - Melaka
23 Sept - Singapura
24 - 28 Sept - rehat kat rumah
28 Sept - Pasir Gudang

Sempat buat ketupat masa kat Segamat. Bawak sambal bali dari rumah. Beli lemang kat tepi jalan. Nenek dah masak berjenis rendang dan sambal kacang.

Pagi raya, lepas ziarah kubur atuk, kami ke Melaka. Rumah ummi, jumpa Cik Tom sekeluarga.   Kemudian ke rumah mak long, pak lang, dan akhirnya ke rumah paksu. Kat situ jumpa nenek, anjang dan makngah sekeluarga.

Selasa, sempat naik Eyes of Malaysia yg diletak kat pinggir sungai Melaka. Balik ke JB.

Petang tu semua keluarga dari Segamat datang. Hari Rabu ummi dgn Hf ikut they all ke Singapura. Ternaik bas berenti-renti no 709 or 790. Berenti kat setiap bus stop yg jaraknya macam 1 km je from each other. Pukul 2 ptg baru sampai rumah pak long. Jumpa Nana dan Raihan serta anak2. Kemudian ke rumah Raihan. Malam baru balik JB.

Semasa di dalam bas, ada sekeluarga pelancong Cina dari Indonesia.   Apa yang umi kagum ialah, mereka berbahasa Indonesia sesama sendiri walaupun berbangsa Cina.  Mula2 ingatkan mungkin bukan cina, tetapi mereka ada juga berbual dalam bahasa Cina, cuma sekejap aje.  Ini sesuatu yang Malaysia tiada.  Rakyat Indonesia tak kira bangsa, berbual malah menulis blog pun dalam bahasa Indonesia.

Sekolah di tengah-tengah kawasan flat

Singapura pula, umi kagum melihat kawasan perumahannya yang tersusun rapi, dan sekolah dibina di tengah2 kawasan perumahan bertingkat tersebut.   Semua kanak2 boleh berjalan kaki ke sekolah tanpa risau dilanggar kereta atau dicolek.

Jumaat, 4 September 2009

Ayah Terlalu Sibuk: Kemboja, Indonesia, China

Ayah pergi Jumaat - Isnin, meninjau tempat untuk lawatan/korban kumpulan pelajar KTDI sempena Aidiladha.

Ummi teringin sangat balik Segamat jumpa mak ummi tapi ayah tak benarkan. Katanya baru aje balik 2 minggu lepas. Waaa.... kesiannya nenek, sorang2 buka puasa ....

Kalau ikutkan hati, memang dah balik senyap2. Mak ... tabahkan hati. Ampunkan anakmu.


update 18/11/09 - ayah dah berangkat ke Kemboja sempena majlis korban nanti.  Ayah uruskan dulu hal2 berkaitan, tapi lepas tu dia balik sini.  Then baru students KTDI menyusul sehingga hari korban pada 27/11 nanti.  


update 2/12/09
Ayah ke Kemboja lagi sempena Raya Aidil Adha, balik rumah hari Sabtu, hari Ahad tu pergi Indon pulak selama seminggu.  Balik sini 2 hari je, pastu pagi tadi dah pergi China pulak seminggu lagi.  Kesian Hf, rindu sangat kat ayah agaknya, semalam ambik Iqra nak baca depan ayah.  Ayah kata tak yah mengaji sebab ayah penat.  Ummi pujuk Hf suruh abang ajar.  Hf nak ayah jugak.  Last2 ayah duduk jugak ajar.

Hf bukannya pandai mengaji lagi, dia seronok suka ikut apa yang abang2 dan kakak2 buat.


update 8/12/09

Ayah baru balik dari China pagi tadi, beli beg sekolah dan mainan untuk budak2, cuma Hf sorang je tak dapat apa-apa.   Beli Ferraro Roche, ummi pesan.  Sebab selama ni asyik beli coklat yg pekat2 coklat dia sampai semua dah loya nak makan.  Yg ni kejap aje dah nak abis.

Hf dah demam panas 3 hari, rupanya gusi dia bengkak dan mulut pecah2, panas sangat agaknya, kesian dia.   Semalam dia terlalu lapar sampai asyik cakap nak burger yang ada sayur dalamnya.

Nanti Hf dah baik, ummi belikan ye.