Isnin, 28 September 2009

Aktiviti Raya - Segamat, Melaka, Singapura

18 - 20 Sept - Segamat
20 - 22 Sept - Melaka
23 Sept - Singapura
24 - 28 Sept - rehat kat rumah
28 Sept - Pasir Gudang

Sempat buat ketupat masa kat Segamat. Bawak sambal bali dari rumah. Beli lemang kat tepi jalan. Nenek dah masak berjenis rendang dan sambal kacang.

Pagi raya, lepas ziarah kubur atuk, kami ke Melaka. Rumah ummi, jumpa Cik Tom sekeluarga.   Kemudian ke rumah mak long, pak lang, dan akhirnya ke rumah paksu. Kat situ jumpa nenek, anjang dan makngah sekeluarga.

Selasa, sempat naik Eyes of Malaysia yg diletak kat pinggir sungai Melaka. Balik ke JB.

Petang tu semua keluarga dari Segamat datang. Hari Rabu ummi dgn Hf ikut they all ke Singapura. Ternaik bas berenti-renti no 709 or 790. Berenti kat setiap bus stop yg jaraknya macam 1 km je from each other. Pukul 2 ptg baru sampai rumah pak long. Jumpa Nana dan Raihan serta anak2. Kemudian ke rumah Raihan. Malam baru balik JB.

Semasa di dalam bas, ada sekeluarga pelancong Cina dari Indonesia.   Apa yang umi kagum ialah, mereka berbahasa Indonesia sesama sendiri walaupun berbangsa Cina.  Mula2 ingatkan mungkin bukan cina, tetapi mereka ada juga berbual dalam bahasa Cina, cuma sekejap aje.  Ini sesuatu yang Malaysia tiada.  Rakyat Indonesia tak kira bangsa, berbual malah menulis blog pun dalam bahasa Indonesia.

Sekolah di tengah-tengah kawasan flat

Singapura pula, umi kagum melihat kawasan perumahannya yang tersusun rapi, dan sekolah dibina di tengah2 kawasan perumahan bertingkat tersebut.   Semua kanak2 boleh berjalan kaki ke sekolah tanpa risau dilanggar kereta atau dicolek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan