Sabtu, 26 Disember 2009

Wet World Theme Park, Batu Pahat

Pergi sini masa cuti krismas 25 Dis 09.  Masa ni anak2 umi kecik lagi, Rayyan 13 tahun dan yang paling kecik Hf 3 tahun.  3 jam main air, semua muka dah rentung.



Tempat ni kira macam tempat main air untuk rakyat marhain la.  Tiketnya tak mahal, RM15 untuk dewasa.   Manusia selamba je makan sambil berkelah kat situ walaupun di pintu masuk ada pemeriksaan.  Pakaian pun boleh pakai apa saja.  Kalau tempat mahal macam the Mines atau Tambun Hot Spring memang kena berbaju mandi aje.

Kami tak tau tak boleh bawa makanan, jadi bekal makanan memang bawa plastik beg dengan tuppaware besar gedabak penuh rendang dan ketupat + lain2 makanan  di dalamnya.  Ha ha ha ha ha. Itu yang kena rampas tu. Tapi mereka letak di para dan minta kami ambil semula semasa nak balik. Pekerja tu siap bagi tips lagi lain kali nak bawa sorok2 bukan terang2 macam ni, sebab mereka tak geledah beg kita.


Pantai buatan dan gelongsor air

Dari segi kebersihan, airnya tak berapa nak bersih.  Balik rumah dah rasa gatal2 kaki. Sebabnya ialah beberapa tempat antara kolam2 tu ada tanah dan rumput.  Jadi kanak2 yang dah basah lencun pijak tanah2 untuk short cut ke kolam lain dan bawa sekali segala kotoran dan sampah di telapak kaki ke dalam air.   Pengurusan Wet World kena buat sesuatu supaya tempat ni bersih dengan maintenance yang minimum.    Umi letak video dalam youtube dan orang luar bagi komen pasal air kolam yang kotor, bukan ke memalukan Malaysia?  Gambar-gambar ni tak jelas sangat sebab ambil screenshot dari video.

 Gelongsor air


Sebab ada anak kecil yang perlu pengawasan ketika tu, tak dapatlah umi nak rehat2 di bawah tempat teduh. Terpaksa temankan Hf ke mana2 dalam keadaan panas dan lembap.  Anak2 lain sewa tube dan seronok turun dari gelongsor air guna tube tu.   Ada ombak dan pantai buatan juga.  Yang bahayanya terlalu ramai kanak2 di tepi pantai tu, sehinggakan tube yang penuh berisi anak umi terlanggar mereka semasa dilambung ombak.



Tube dilambung ombak




Jumaat, 18 Disember 2009

Berenang di Punggai Bayu Beach Resort, Kota Tinggi

Student ayah dari IMGLAD buat gathering perpisahan di Punggai Bayu Beach Resort, Kota Tinggi Johor.  Mereka jemput kami sekeluarga bersama dengan mereka malam nanti.  Resort ni terletak di daerah Kota Tinggi,  agak jauh ke selatan Johor.  Pandangan laut lepasnya mengarah ke perairan   Indonesia, betul2 di hadapan Pulau Bintan.



Di sini ada kolam renang yang bersih dan cantik. Selalunya ummi tengok je budak2 ni berenang.  Tapi hari tu ramai pulak kaum dewasa berenang, pakai baju lengkap tu.  Kolam mandi ni pun tak nampak formal sangat (nama je resort, tapi nampak macam chalet je).   Tak malu la kalau orang2 kampung macam ummi nak terjun dalam kolam tu.  Kalau kat hotel2 besar, kolam penuh dengan orang pakai swimsuit, tak berani ummi nak join.

Ayah sorang je berdiri tepi kolam dok arah2 Aisyah, Sarah dan Basel berlatih berenang, sambil dijaga oleh Rayyan.  Ummi jaga Hf kat kolam kanak2.  Nama je kolam kanak2, tapi dalam dekat bahu Hf, jadi kena sentiasa berpelampung dan diawas.

Mula2 ummi dok rendam badan je, tak berani nak cuba berenang sebab belajar 3 tahun dulu pun tak abis, tak pandai berenang pun.  Pastu masa cuba2 masukkan kepala dalam air, tak sengaja mata ummi terbukak dan ehhh ok jek, tak sakit pun.  Lepas tu ummi terus dengan maranya berenang style superman sambil buka mata dalam air.  Tapi berenang kat kolam budak2 je, ayah tak bagi ummi pergi tempat kolam dalam (ciss, anak2 boleh pulak pergi situ).  Pantang si Aisyah dan Sarah lepa nak main je kat kolam kanak2, ayah panggil suruh berenang kat kolam dalam.



Pastu ayah bosan kot, dia pergi jalan2 ke tepi pantai cari students dia.  Apa lagi semua budak2 tu terus masuk kolam kanak2 main dengan ummi.  Paling best sekali kami race berenang sapa paling cepat sampai.  Sebab kecik je kolam tu, dalam 20 kaki lebar, tak perlu ambik nafas, ummi la yang menang.  Kalau jauh lagi, ummi confirm kalah sebab tak reti ambik nafas lagi.

Malam tu kami buat barbecue tepi laut dengan pelajar IMGLAD ayah.