Pergi sini masa cuti krismas 25 Dis 09. Masa ni anak2 umi kecik lagi, Rayyan 13 tahun dan yang paling kecik Hf 3 tahun. 3 jam main air, semua muka dah rentung.
Tempat ni kira macam tempat main air untuk rakyat marhain la. Tiketnya tak mahal, RM15 untuk dewasa. Manusia selamba je makan sambil berkelah kat situ walaupun di pintu masuk ada pemeriksaan. Pakaian pun boleh pakai apa saja. Kalau tempat mahal macam the Mines atau Tambun Hot Spring memang kena berbaju mandi aje.
Kami tak tau tak boleh bawa makanan, jadi bekal makanan memang bawa plastik beg dengan tuppaware besar gedabak penuh rendang dan ketupat + lain2 makanan di dalamnya. Ha ha ha ha ha. Itu yang kena rampas tu. Tapi mereka letak di para dan minta kami ambil semula semasa nak balik. Pekerja tu siap bagi tips lagi lain kali nak bawa sorok2 bukan terang2 macam ni, sebab mereka tak geledah beg kita.
Dari segi kebersihan, airnya tak berapa nak bersih. Balik rumah dah rasa gatal2 kaki. Sebabnya ialah beberapa tempat antara kolam2 tu ada tanah dan rumput. Jadi kanak2 yang dah basah lencun pijak tanah2 untuk short cut ke kolam lain dan bawa sekali segala kotoran dan sampah di telapak kaki ke dalam air. Pengurusan Wet World kena buat sesuatu supaya tempat ni bersih dengan maintenance yang minimum. Umi letak video dalam youtube dan orang luar bagi komen pasal air kolam yang kotor, bukan ke memalukan Malaysia? Gambar-gambar ni tak jelas sangat sebab ambil screenshot dari video.
Sebab ada anak kecil yang perlu pengawasan ketika tu, tak dapatlah umi nak rehat2 di bawah tempat teduh. Terpaksa temankan Hf ke mana2 dalam keadaan panas dan lembap. Anak2 lain sewa tube dan seronok turun dari gelongsor air guna tube tu. Ada ombak dan pantai buatan juga. Yang bahayanya terlalu ramai kanak2 di tepi pantai tu, sehinggakan tube yang penuh berisi anak umi terlanggar mereka semasa dilambung ombak.

Pantai buatan dan gelongsor air

Gelongsor air
Sebab ada anak kecil yang perlu pengawasan ketika tu, tak dapatlah umi nak rehat2 di bawah tempat teduh. Terpaksa temankan Hf ke mana2 dalam keadaan panas dan lembap. Anak2 lain sewa tube dan seronok turun dari gelongsor air guna tube tu. Ada ombak dan pantai buatan juga. Yang bahayanya terlalu ramai kanak2 di tepi pantai tu, sehinggakan tube yang penuh berisi anak umi terlanggar mereka semasa dilambung ombak.
Tube dilambung ombak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan