Ahad, 29 Ogos 2010

Anak Kucing dari Pasar (2010) vs Anak Kucing dalam Kebun (2022)

Semalam masa pergi pasar, ternampak sekor anak kucing comel bulu meremang, tapi duduk diam2 kat tengah jalan.  Pastu masa nak balik namapk anak kucing ikut je.  Comel tapi badan terketar2 kesejukan agaknya.

Kitaorang ambik bawak balik, anak kucing tu asyik mengiau aje.  Sempat minum susu fresh campur susu manis sikit.  Cuma nak makan kerang rebus dan udang.  Pastu nak rehat  atas riba je. 

Letak dalam bakul. Lapik kertas suratkhabar dan tuala, barula dia oleh tertidur.  Bangun tidur mengiau2, bagi makan tak nak, rupanya nak baring atas riba lagi.



Hari ni masa tengah sibuk nak berbuka, sorang pun tak dengar ummi suruh letak kucing dalam bakul.  Semua buat dek aje.  Kucing tu dah jalan goyang2 ke sana sini.  Ummi pun apa lagi kata kalau macam ni esok letak balik kat pasar.  Sorang pun tak cuba nak pertahan, nak minta peluang kedua, untuk bela kucing tu.  Maknanya memang semua dah penat la tu.  Diaorang nak main je, tapi bela tak nak. 

Akhirnya terpaksa pulang balik ke pasar bila anak kucing terceret di depan TV dan takde siapa pun nak cuci najisnya.  Umi lah juga yang cuci. Sapa yang beria nak bela tu?


Update Mei 2022

Kami dah migrate Sydney. Umi setiap hari je kebun di belakang rumah. Minggu lepas semasa nak ke kebun, ternampak seekor binatang sebesar tikus mondok berlari laju di celah2 semak.  Umi cuba kejar tapi hilang, licik betul.  Umi ternampak bukan rupa tikus, tapi anak kucing!  Budak2 kata umi berhalusinasi.

2 hari lepas umi ternampak seekor kucing dewasa tompok putih hitam, duduk diam mengadap 3 beg sampah organik di kebun.  Mungkin dia tengah tunggu tikus keluar, umi biarkan je.  Baguslah ada kucing liar, takut sikit tikus nak datang.

Semalam Sarah pula ternampak 4 ekor anak kucing sedang bermain di kebun.  2 ekor terus hilang tak tau pergi mana, tinggal 2 ekor menyusup belakang beg sampah organik.  Kami sempat ambil gambar. Sarah pula sediakan seketul ikan mackerel dalam tin dan susu suam.  Cepat betul anak2 kucing makan.

Sekarang Sarah dah sediakan ikan dan susu setiap pagi dan petang.  Tapi anak2 kucing tetap liar tak mahu dekat kalau kami ada.  Rupa-rupanya belakang beg sampah tu tempat mereka menyorok.







Ahad, 15 Ogos 2010

Kura-kura Lari dari Kolam

Kura-kura tu baru je dibeli.  Hari-hari budak2 ni minta dinaikkan dari kolam sebab nak main.  Diaorang suka tengok kura2 tu jalan perlahan2 ke arah kolam sebeblum terjun masuk.


Beberapa hari lepas, Hf tak tahan tengok air kolam hampir kering sebab ummi baru bersihkan.  Dia minta nak masuk.  Ummi bagi sebab tengok dia pun belum mandi dan comot.  Seronok betul dia main. 



Malangnya, sehari lepas tu, dua-dua kura2 kami hilang, usaha agaknya panjat dinding kolam yang berbatu2 dan lari jauh dari situ.

Selasa, 10 Ogos 2010

Aisyah dan UPSR

Tarikh UPSR: 21- 23 September 2010.  Aisyah mungkin bersedia dalam BM dan BI, boleh la dalam Sains, tapi sangat2 lemah dalam Matematik.  Penilaian terbaru, markah math dia 16/100 aje. 

Baru-baru ni pergi kem motivasi, balik2 tu sama je, takde perubahan langsung.

update:  21/9/2010

Hari ni hari pertama periksa UPSR -  BM 1, BM2, dan Matematik 2.  Hari kedua Matematik 1 dan English.  Hari ketiga Sains.  Mudah-mudahan Aisyah boleh jawab dengan tenang.  Sebelum raya hari tu adalah dia buat latihan sikit2, itupun lepas puas ummi suruh, pujuk, dan bagi galakan.  Siap buatkan exercixe dlm bentuk powerpoint beranimasi, untuk tumbuhkan minat dia dalam matematik.   Masa ujian penilaian terakhir, dapatlah naik markah matematik kepada 30/100.   Alhamdulillah satu kemajuan yg ketara.  Kemudian rehat seminggu masa raya 10 Sept lepas.  Lepas raya barulah nampak dia ada usaha buat latihan tanpa disuruh.

update lepas UPSR:  Aisyah ikut lawatan ke Melaka, dan ada aktiviti pertandingan memasak kat sekolah. Bagus jugak aktiviti tu, sebab tiba2 dia berminat nak tengok dapur!