Tarikh UPSR: 21- 23 September 2010. Aisyah mungkin bersedia dalam BM dan BI, boleh la dalam Sains, tapi sangat2 lemah dalam Matematik. Penilaian terbaru, markah math dia 16/100 aje.
Baru-baru ni pergi kem motivasi, balik2 tu sama je, takde perubahan langsung.
update: 21/9/2010
Hari ni hari pertama periksa UPSR - BM 1, BM2, dan Matematik 2. Hari kedua Matematik 1 dan English. Hari ketiga Sains. Mudah-mudahan Aisyah boleh jawab dengan tenang. Sebelum raya hari tu adalah dia buat latihan sikit2, itupun lepas puas ummi suruh, pujuk, dan bagi galakan. Siap buatkan exercixe dlm bentuk powerpoint beranimasi, untuk tumbuhkan minat dia dalam matematik. Masa ujian penilaian terakhir, dapatlah naik markah matematik kepada 30/100. Alhamdulillah satu kemajuan yg ketara. Kemudian rehat seminggu masa raya 10 Sept lepas. Lepas raya barulah nampak dia ada usaha buat latihan tanpa disuruh.
update lepas UPSR: Aisyah ikut lawatan ke Melaka, dan ada aktiviti pertandingan memasak kat sekolah. Bagus jugak aktiviti tu, sebab tiba2 dia berminat nak tengok dapur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan