Isnin, 24 Disember 2012

Legoland Johor

Kami pergi ke Legoland pada hari Khamis 20 Disember 2012.  Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi melalui jalan Ulu Choh-Kota Iskandar sejauh 20 km.

Legoland di buka pukul 10 pagi dan kami terus ke FactorX, roller coaster berbentuk kereta   4 tempat duduk sahaja. Ayah seorang yang tak ikut sebab trauma selepas menaiki roller coaster extreme di Korea.   Seterusnya ke the Dragon, traknya lebih panjang tapi agak rendah berbanding yang tadi.  Hf dan ummi pula tak naik sebab .... ;).  Hf teringin nak naik pula, jadi sambung ke The Dragon Apprentice, roller coaster yang lebih kecil dan lebih sesuai untuk kanak2 macam Hf.

Yang paling ummi suka ialah 4D movie.  Anak2 suka Mindstorm, jadi mereka naik lagi sekali sebelum balik pukul 4.30 petang tu.  Cuaca baik hari tu, tapi hujan renyai2 sebaik kami beredar keluar.  Ayah suka Mini World dan ambik banyak foto di situ.  Hf  suka tengok bot dan lori2 kecil yang bergerak di situ.

Paling tak best ialah harga makanan dan minuman yang mahal.  Jadi sebaik-baiknya bawa banyak air mineral sebab ummi minum berbotol2 air hari tu.







Untuk ke Legoland, dari KL dan Singapura paling mudah ikut 2nd Link, kemudian exit Nusajaya  Dari JB, dari arah Danga Bay menuju Nusajaya/Kota Iskandar.  Dari Pontian dan sekitar, ikut Ulu Choh menuju Kota Iskandar.





Isnin, 10 Disember 2012

Sekeluarga Berbasikal di Hutan Bandar Kulai

Alhamdulillah semalam, Ahad, kami sekeluarga keluar 7.30 pagi ke Hutan Bandar Kulai.   Letaknya di hujung jalan Bandar Putra Kulai.  Belum habis lagi projeknya, masih ada laluan yang baru dibina, dan tak ramai orang.  Pokok2 pun masih kecil lagi.

Mula-mula kami berjalan kaki ke seluruh kawasan tasik, dan melihat ikan2 koi, dan kaloi yang besar2 di dalamnya.  Ada juga beberapa ekor ikan keli. 

Kemudian ummi dan ayah naik turun tangga sebanyak 10 kali.  Anak-anak dah pasti lebih sebab mereka berlari.

Kemudian kami sewa basikal, satu basikal 3 tempat duduk Rm8, dan 4 basikal single 4RM setiap satu.  Tapi semuanya RM20.  Semasa berbasikal tu, terjumpa basikal2 lain seperti basikal yang ada tempat duduk baby di depan, dan basikal beca (boleh bawa 2 anak kecil).  Kreatif mereka ni, dan memang sesuai buat di sini sebab banyak laluan yang landai, serta tak ramai orang berjogging seperti di Hutan Bandar Mutiara Rini. 

Hutan Bandar JB pula langsung tak sesuai berbasikal sekeluarga sebab banyak laluan curam, licin  dan terlalu dekat dengan tasik.

Kerana cuaca yang redup dan berangin, kami habiskan masa 2 jam di situ, tak sedar pun.  Balik tu kami ikut jalan melalui airport Senai, dan ayah bawa kami berjalan2 di  situ. Masyallah lamanya ummi tak pernah datang ke airport, sebab dah berubah habis.  Dulu cuma ada sebiji kedai aje, sekarang dah ada macam2 kedai di situ.

Kami rasa sangat gembira dan segar selepas berbasikal, memang seronok sangat.  Balik tu, anak2 ummi masing2 makan 2 keping roti canai/telur di gerai Sri Pulai.

Tengahari tu ummi timbang, wah 55 kg.  Tapi malangnya lepas makan malam dah naik 59 kg.   Salah baca ke tengahari tadi?

Update:  Cuti Mac 2013 kami pergi lagi ke sini.  Kali ni semua naik basikal sorangsatu sebab Hf dah cekap berbasikal tanpa roda kecil.

 Laluan tepi tasik

Laluan ATV