Percutian ni dah lama, lebih setahun yang lalu, tapi baru nak update hari ni. Kami pergi 8 orang semuanya, 6 dewasa dan 2 kanak2 bawah 12 tahun.
Antara tempat yang kami tuju di Bandung adalah Tangkuban Parahu sejam dari Kota Bandung. Suhu nyaman masa kmai ke sini, cuaca cerah dan tak berkabus, alhamdulillah nampak semua dari bahagian sebelah atas gunung. Kena menapak beberapa anak tangga. Nenek berehat di pondok penjual jagung sambil makan jagung bakar dan minum air panas. Jangan tertipu dengan penjual strawberi sebab semuanya dah direndam dalam air gula. Kami yg dah biasa diet kurang gula memang rasa macam makan gula, bukan makan buah.
Kawah Putih 2 jam dari Kota Bandung. Kena bertolak awal pagi kalau tak nak terperangkap dalam macet dalam kota yang boleh jadi berjam2 lamanya. Di sini kita boleh pergi sehingga ke gigi air di dalam kawah dan boleh pegang belerang. Tangan berbau sulfur la lepas tu. Di sini best sebab tak ada penjual yang paksa2 kita beli. Ada banyak pondok yang jual buah2an termasuk strawberi di pintu masuk sebelum naik trak yang membawa kita ke kawah. Kami singgah di warung minum air coklat dan teh panas di situ.
Pasar Terapung atau Pasar Lembang paling seronok sekali. Bermacam makanan Indonesia kita boleh cuba termasuk pecal, pisang coklat keju, sate kelinci, air jahe dan banyak lagi. Ada pemandangan perkampungan comel dan sawah padi mini. Kami sangat2 berpuas hati dan puas makan di situ, ada bermacam jenis dan harga berpatutan. Tiada pelancung dari Malaysia ketika tu, kebanyakan pelancung dari Jakarta. Mungkin ramai rakyat Malaysia tak tahu tempat ni, sebab tu makanan masih murah lagi ......
Kami juga pergi ke Muzeum Geologi dan tengok model mukabumi pulau Jawa yang penuh gunung berapi. Di dalam tu juga dipamerkan sulfur berbagai saiz dan warna dari berbagai kawah. Sulfur dari kawah Ijen berbentuk ketulan besar dan berwarna kuning yang sangat terang.
Bagi ummi, makanan di Bandung sangat mahal!!!! Memang cekik darah dan cekik pelancung. Ada guide (supir) pun sama je, dia yg pilih restoren untuk kami bersarapan. Entah berapa dia dapat komisen agaknya. Ada ke sarapan nasi goreng dan mee goreng untuk 8 orang pun seratus ringgit, sejak hari tu kami beli roti dan jem buat sarapan di apartment.
Kami pergi ke Pasar Baru untuk makan dan membeli belah. Tapi pasar tu (mall sebenarnya) terlalu sesak dan tak selesa terutama bagi nenek sebab nak jalan pun terpaksa berhimpit2. Kena tarik pula tu dengan peminta sedekah dan penjual2 jalanan. Makan tengahari di Pasar Baru pula sehingga dua ratus ringgit. Setakat nasi ayam penyet dan mee ntah apa2. Jangan makan di situ lagi! Tapi buah salak yang di jual di situ sangat manis. Nenek beli banyak sebab dah dipesan oleh kawan2nya.
Kami tidur di Bandung 3 malam, kemudian kami bertolak ke Jakarta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan