Segamat banjir dan terputus hubungan dengan bandar2 lain pada hari Isnin 31 Jan 2011, hari yang sepatutnya ummi dan anak2 balik kampung. Ummi tunggu sampai hari Rabu, dan tiba di Segamat pada pukul 2 pm.
Masa bawak nenek jalan2 dari simpang jalan Kuantan ke Gemereh, kami berada di antara 2 jalan banjir. Ke arah Muar, di km 8 banjir dan jambatan runtuh, ke arah Segamat di Batu Badak banjir jugak rupanya. Jambatan ke kebun abah tenggelam terus, penduduk di situ kena naik bot nak ke jalan besar. Ingatkan nak balik rumah terus, rupanya kena patah balik ke simpang Kuantan sebab kereta tak boleh lalu.
Tengah malam tu, baru makngah sekeluarga datang dari Melaka. Diaorang dah sampai Tangkak, kena patah balik sebab rupanya jalan di km 18 dekat UiTM berlubang dan banjir tinggi 5 kaki. Patah balik ke lebuhraya arah ke selatan, masuk melalui Yong Peng. 3 jam baru sampai Segamat.
Hari Khamis, ummi dan makngah sekeluarga pergi melawat jalan banjir di Batu Badak, jalan atas air dan tengok orang tangguk ikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan