Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk. Mana taknya, budak-budak mula sekolah serentak dengan UTM mula semester baru. Ayah pulak dah 3 hari ke luar negara.
Hari pertama sekolah, Sarah masuk 7 am, Basel 7.15 am, dan Hf tadika 8 am.
Walaupun mata ummi mengantuk sangat sebab tak cukup tidur, ummi pastikan pukul 5 am dah terjaga. Kejut Sarah dan Basel, semua terus mandi, pakai baju dan solat. Ummi cuba bakar roti pakai microwave + oven yang baru dibeli dengan harga RM500 tu.
Pukul 6 pagi, semua dah siap. Awal lagi, ummi tidur dulu, pesan kat budak2 6.30 am kang kejut. Lena betul ummi tidur, masa nak bawak budak2 pergi tu macam mamai2 je. Si Hf dah lama terjaga dan ikut sama pakai baju tidur dia tu.
Pukul 6.45 am sampai sekolah Sarah di SJKC Kangkar Pulai. Patah balik arah Skudai untuk hantar Basel ke sekolah agama UTM. Jem yang teramat sangat, pukul 7.12 am baru sampai sekolah Basel ... sempat-sempat je. Balik rumah, nak mandikan Hf. Hf langsung tak nak bergerak, tak nak pergi sekolah. Dia lah satu-satunya anak kami yang tak nak pergi sekolah. Apasal tah.
Kena dukung ke bilik air. mandikan, gosokkan gigi. Dukung lagi ke atas katil. Dia betul2 batukan diri. Tak mau pakai baju sekolah. Cikgunya dah pesan pakai je baju biasa. Sebabnya masa register hari tu, dia ikut sekali. Masa cikgu keluarkan baju sekolah, dia menjerit cakap tak nak pakai baju tu. Ummi bawak Hf ke sekolah, kena dukung dia masuk kelas sebab dia batukan diri lagi.
Dia menangis2 masa ummi dukung ke kelas. Lama jugak pujuk, tetap tak jalan. Lepas setengah jam, ummi kena pergi. Dia tarik baju dan tudung ummi, sambil dua2 kaki kepit rapat badan ummi, suara dia menjerit masa tu boleh bergegar anak telinga. Cikgu Angeline yang berbadan besar pun gigih usaha nak ambik dia dari ummi. Isssh malu betul tengok budak2 lain semua elok je duduk tunggu nak belajar.
Lepas 3 hari, alhamdulillah dia dah suka nak ke sekolah, dah nak pakai baju, tiap kali ummi ambik, dia asyik senyum aje. Ummi tanya apasal, katanya ada budak perempuan. Hf suka bila dia buat funny faces, ada budak perempuan yang tergelak.
Ummi pula, ya Allah, penat sangat. Hari pertama di ofis, sibuk dengan pelajar yang lambat register, sibuk uruskan hal makmal diaorang. Kelas hari Isnin ummi dah termiss. Harap budak2 tu faham. Pukul 9 am, kena ambik Basel dari sekolah, 12 pm ambik Hf pulak, 1.30 pm hantar Basel ke SJKC, terus ambik Sarah balik rumah. Pukul 2 pm hantar Sarah sekolah agama, 3.30 pm ambik Sarah dari sekolah agama. 5 pm ambik Hf dari baby sitter, 6.30 pm ambik Basel dari sekolah. Lepas Maghrib ummi collapsed, terus tertidur. Pesan kat budak2 tu mesti tidur pukul 9 pm. Tak sure malam tu kami makan apa ... pandai2 la budak2 cari sendiri agaknya.
Ummi bangun 4.30 am esoknya, siapkan kerja ofis yang masih banyak lagi. 5.30 am kejutkan budak2 bangun dan ulang aktiviti di atas untuk hari kedua. Notebook ummi jem, entah student mana yang tekan sana sini, habis jem dah tak nak bergerak. Hari ke 3 banyak urusan tertangguh sebab tak dapat access dokumen dalam notebook. Student dah berlonggok kat depan ofis ummi. Ummi usaha belajar balik camne guna arahan keyboard untuk gerakkan komputer.
Hari Rabu, hari ketiga minggu ni, adalah hari yang paling stress bagi ummi. Sampai ummi menangis sepuasnya dalam kereta masa nak ambik Hf dari sekolah. Ummi bangun 4.30 am solat hajat, mintak bantuan dari Allah cemana nak selesaikan masalah ummi. Alhamdulillah hari ni idea datang mencurah2 nak selesaikan masalah, dan malam ni ummi dah free, sebab semua urusan dah selesai. Walau notebook ummi masih jem, tapi ummi dah berjaya pindahkan semua dokumen penting ke komputer lain dan dapat sambung kerja dengan teratur.
Rasanya Yong kena hire sorang driver....
BalasPadam