Isnin, 11 Jun 2018

Diet Gula, Garam, Roti dan Beras

Diet Gula
Keluarga ummi dah diet gula lama sebelum ikut kursus haji tahun 2013.  Ummi ubah diet sikit2,  kalau dulu 2 sudu teh gula putih @ 2 sudu  besar susu manis untuk satu mug besar kopi, sekarang dah guna satu sudu teh gula merah/raw sugar + susu fresh sahaja untuk  mug yang sama.

Pertama kali ummi sedar lidah ummi dah sensitif gula bila air kopi/teh/sirap yang disediakan penganjur  kursus haji  rasa teramat  manis, macam minum air gula.  Mujurlah air suam pun ada disediakan bersama2.

Begitu juga kalau ada makan2 masa meeting di ofis dulu, ummi tak boleh minum air yang dah siap dibancuh, samada yang O atau yang letak susu pekat manis,  Kalau ummi terminum, kepala terus weng (pening) macam dah minum secawan gula.  Ummi rasa lega kalau meeting atau majlis makan sediakan air panas, gula, susu dan kopi/teh berasingan seperti di hotel2.

Gula putih dan susu pekat manis adalah 2 makanan utama pertama dilarang di rumah kami.   Di Malaysia, kami beli gula merah  yang orang guna untuk buat kuih, sebagai ganti gula putih.   Kandungan sucrosenya kurang dari gula putih, tambah ada beberapa khasiat lain.  Susu fresh sebagai ganti susu pekat manis. 

Sebab utama kerana ayah ada family history diebetes.  Jadi kami mesti kawal gula untuk kurangkan risiko.


Di Sydney, ummi  ganti gula putih dengan raw sugar, ayah guna honey sahaja.   Ummi suka honey tapi mahal sangat.  Untuk ayah seorang pun kami berbelanja lebih $20 sebulan, bayangkan 6-7 orang yang guna.  Tapi ummi terbaca, raw sugar pun sama je kandungan sucrosenya dengan gula putih, cuma tak melalui proses bleaching sahaja.

Ummi tak suka rasa stevia walaupun bagus, dan pemanis tiruan yang banyak dalam minuman sekarang mengandungi aspartame, bahan kimia tak berkhasiat.   Petik dari Dr Zubaidi Hj Ahmad

Aspartame adalah sebatian yang dicipta dari produk petroliam dan tidak berkhasiat. Ia digunakan kebanyakan produk makanan yang dijual di hypermarket.  Ia adalah neurotoksin, yang memberi kesan buruk kepada otak. Pada individu yang sensitif kepada ini, sistem imun akan bertindak balas dan mencetuskan tindak balas keradangan.  

UPDATE: mulai 2019, ayah sudah mula diet dengan stevia menggantikan madu. Stevia lebih mahal, tetapi lebih mudah untuk uruskan sebab dah dibungkus dalam paket2 kecil sedia untuk dibancuh dalam minuman. Ummi pula dah mulakan instant kopi+susu tepung+susu segar tanpa gula. Sedikit demi sedikit, ummi nak minum kopi+susu segar sahaja. Lebihkan air suam.,

Air gas dilarang di rumah kami tapi ummi bagi kelonggaran semasa di rumah orang lain. Ramadhan 2018, kami pergi majlis berbuka puasa anjuran sekolah anak2 kami. Setiap tetamu diberi setin air gas. Orang Arab  memang hantu air gas, pernah lihat rakan ummi dalam pantang pun minum coke, hahaha. Anak2 ummi dah buntang2 mata dan senyum je sebab tahu ummi tak marah.

Apa yang terjadi lepas ummi minum seteguk air gas  yang disediakan di majlis berbuka puasa tu? Kepala ummi terus pening! Sudahlah kepala pening, gusi dan lidah terus pecah dan sakit keesokannya. Hairan anak2 dan ayah ok je, hmmm.

Ayah pula jadi ketagih no sugar coke sebab katanya perlu untuk drive jarak jauh. Ayah kerja bawa tour di Sydney. Katanya zero sugar dan zero kalori. Betulke dakwaan ayah tu? Ummi redha dan doa yang baik2 je untuk ayah. 

Kami tak  beli jus buah2an lagi, kerana hampir semua letak terlalu banyak gula, walaupun harganya murah di Australia. Jus tanpa gula terlalu mahal,  hampir 3 kali ganda harganya. Kalau nak rasa, buat sendiri, cari buah2 yang tengah musim sebab banyak dan murah.  Kalau nak sedap, campur susu fresh dan blend bersama buah2 manis macam kurma.


Ummi baru cuba, tambah secubit garam dalam satu jug  jus lemon (guna sebiji lemon untuk 1 jug air), terus jadi sedap macam minum air asam boy. Anak2 ummi tertipu, ingat ada asam boy di rumah. Jus lemon buat sekali sekala sahaja, sebab ada  tambahan gula dalam tu.

Untuk resepi kuih, kek atau muffin, ummi kurangkan jumlah gula separuh dari resepi asal. Rasa kuih lebih berlemak dan sedap.

Semalam ummi baru je buat biskut suji yang sedap dan gulanya sudah kurang separuh, tapi semua orang boleh terima.  Maknanya resepi asal itu terlalu manis.  Resepi suji simple perlu 3 benda sahaja, tepung gandum, minyak sapi, dan gula.  Ummi guna 2 cawan tepung, 1 cawan minyak sapi dan 1/2 cawan gula.  Resepi asal 1 cawan gula. 

Cara buat: Mula2 panaskan minyak sapi dan terus tuang pada tepung dan gula, uli sampai jadi doh.  Buat guli2 kecil dan leperkan di dulang pembakar.  Bakar 150 Celcius selama 20 minit atau sampai nampak biskut bertukar warna putih (asalnya warna kuning susu).


Yang paling ummi tak boleh lupa semasa mula2 ubah diet dulu, bila ada sedara-mara datang atau bermalam  ke rumah.  Bila nak bancuh air, kami takde gula putih  dan susu manis, dan mereka tak suka minum air panas dengan gula merah.  Semua air yang ummi bancuh tak sedap bagi mereka.  Akhirnya ummi belajar dari kesilapan, dan beli 3-1 nescafe, teh dan milo, khas simpan untuk tetamu2.

Ummi takde kencing manis, bacaan  gula normal 5 sahaja.     Walaupun ayah dah berusaha jaga diet, tapi takdir genetik dah tetapkan ayah  dapat juga penyakit tu semasa berusia 45,  jadi sekarang ni ayah ambil ubat serta diet sekali, dan alhamdulillah bacaan gula ayah sentiasa stabil.    Jadi ummi mesti kawal diet gula anak2 supaya risiko untuk dapat penyakit semakin kurang dan dapat ditangguhkan, walaupun mungkin tak boleh hilangkan.  Ummi tengok Aisyah yang paling berdisiplin sekarang, dia cuma minum air suam, teh hijau atau air susu sahaja.


Diet Garam
Ummi mulakan diet garam ni dari Malaysia lagi, sejak ummi kena sakit kepala yang menikam semasa mengajar.   Masa tu umur ummi belum pun 45.   Ketika mengajar,  kepala ummi rasa terlalu sakit hingga nak pitam tapi teruskan juga.  Ini bukan migrain seperti yang ummi selalu kena.

Jadi selepas kelas, ummi minta tolong seorang staf am hantar  ke klinik sebab  takut accident memandu seorang diri.  Doktor sahkan ummi ada darah tinggi, tapi doktor bagi ubat tahan sakit je.   Doktor tak bagi ubat darah tinggi sebab katanya ummi masih muda,  mungkin sebab tekanan kerja, jadi tak mahu bergantung pada ubat tu.

Sejak hari tu, ummi mulakan diet kurang garam dan kurangkan berat badan.  Barulah ummi sedar, di Malaysia kita ada banyak sos yang sudah dicampur dengan gula dan garam dalam jumlah yang sangat banyak. Jadi bila ummi gunakan sos untuk memasak, samada kicap, tomato, cili atau spagheti, ummi dah tak masukkan garam.  Kalau masak tanpa sos pun, ummi kurangkan jumlah garam dari resepi asal.   Mula2 memang masing2 komplen agak tawar, tapi lama2 semua dah biasa. 

Masalah yang sama juga bila sedara-mara datang ke rumah, sebab  lidah ummi dah immune dengan rasa kurang garam.   Ummi dapat lihat wajah2 kurang puas semasa makan hidangan yang ummi masak.  Sejak itu ummi lebih selesa bawa mereka makan di kedai, atau beli lauk kedai sahaja untuk mengelakkan makan tak sedap di rumah kami.   

Di Sydney ummi jadi lebih kreatif sebab makan luar di kedai sangat mahal.   Di atas meja makan, ummi dah sediakan set garam, lada hitam, sos cili, jeruk cili,  dan jeruk sayur, untuk sesiapa sahaja tambah dalam pinggan mereka kalau rasa masakan ummi tawar dan tak sedap. 

Umi dah lama buang rasa kecil hati bila tengok orang tambah garam atau sos dalam pinggan mereka.  Dah rupa meja makan kedai sahaja di rumah kami tu. Mulai 2020, umi sediakan meja kecil di sudut ruang makan untuk letak semua sos, garam dan jeruk. Taklah nampak semak lagi meja makan.



Diet Roti 
Sebenarnya semasa di Malaysia,  selepas diet gula dan garam, ada banyak lagi yang ummi  amalkan selain diet roti dan beras.  Ummi beli tepung gandum wholemeal organik, oats organik dan banyak lagi bahan2 kering dan sayuran berasaskan organik.   Kalau  makanan tu takde di tempat organik, baru ummi cari yang biasa.   Masa tu ummi boleh buat sebab masih bekerja dan mampu, kerana makanan organik ini masih kurang bilangannya jadi harga sangat mahal berbanding yang lain.

Semasa di Sydney, dengan pendapatan yang cukup2 untuk hidup sahaja, kami hadkan diet pada  gula, garam, beras dan roti sahaja.  Tiada lagi istilah organik.   Tapi ummi tanam banyak sayur-sayuran di belakang rumah seperti kangkung, bok choy, sawi, kailan, pudina,  cili, tomato, basil, dan hampir semua pokok2 rempah ratus seperti halia, kari, serai dll.  

Ummi juga lebihkan sayuran makan mentah berbanding dimasak.   Dan dalam bekal sekolah anak2, mesti sediakan satu buah2an.   Kalau tak ada buah, ummi gantikan dengan potongan karot, timun  atau seleri.

Roti kami beli roti wholemeal, multigrain atau apa sahaja asalkan bukan roti putih.  Selain lebih berkhasiat, roti ni lebih mengenyangkan sebab penuh dengan bijirin.  Jadi makan separuh hidangan berbanding roti putih, elok  sangat untuk kawal berat badan.


Anak2 memang tak suka roti bijirin ni, tapi bila ummi dah bekalkan dalam tuppaware sekolah, terpaksalah telan juga.   Cuma di rumah kadang2 ada roti putih tinggalan tetamu2 homestay.  Anak2 gembira sangat kalau dapat.  Ummi benarkan mereka makan sekali-sekala apa salahnya.  Kesian juga mereka kena makan makanan diet  berkhasiat ummi dan ayah.

Mulai 2019: ummi terpaksa belikan juga roti putih untuk anak2 sebab mereka dah besar dan masih tak nak makan roti penuh bijirin. Dulu bolehlah kawal sebab ummi yang sediakan sarapan. Sekarang masing2 dah pandai buat sarapan sendiri atau beli roti sendiri.




Diet Beras
Apa yang mesti dilihat oleh mereka  yang berdiet beras ialah glycemix index.  Lagi tinggi nilainya, lagi bahaya untuk pesakit diabetes.  Secara umumnya, lagi pendek saiz dan lagi berkanji beras tu, lagi tinggi GInya, seperti beras pulut.   Nak makan boleh, tapi sekali sekala sahaja.  Beras putih panjang lebih rendah GI dari beras putih pendek.  Beras perang panjang yang sudah diparaboil adalah yang terendah GInya.

Semasa mula2 nak tukar diet, kami  mulakan dengan beras perang.  Tapi beras perang ni kena pandai masak, kalau tak  pandai langsung tak sedap.  Nanti luarnya masih keras, tapi dalam dah pecah2.  Disebabkan ummi tak passed masak beras perang, dan  anak2 pun tak suka makan nasi dah,  ummi cuba beras lain termasuk  ponni dan basmati.  Alhamdulillah masa tu beras ponni dah masuk Malaysia jadi kami amalkan  beras ponni sehingga pindah ke Sydney.

Beza beras basmati dan ponni dari beras biasa/wangi ialah pada kanji.   Beras basmati dan ponni sangat sedikit kanji.  Kalau nak buat bubur, memang tak jadi.  Letak air banyak mana pun, tetap berderai macam biasa.  Kanji inilah yang cuba kami elakkan dari diet harian kami.  Cuma kalau anak2 rindu nak makan bubur, ummi beli beras biasa paket kecil, cukup untuk masak 2-3  kali sahaja.

Beras Herba Ponni Faiza  sudah tukar jadi Beras Herba Faiza, tapi masih beras yang sama.  Semasa di Malaysia tahun 2015, harga beras basmati dan ponni sekitar RM35 untuk 5 kg, dan beras biasa cuma RM13 sahaja untuk 5 kg.  Beras wangi siam yang sedap tu langsung tak boleh beli,  kalau nak rasa kat rumah orang lain je la.


Di Australia,  tak jumpa beras ponni, tapi ada banyak beras paraboil.  Tak pasti adakah beras yang sama.  Jadi kami beralih pada beras basmati, yang ada berbagai grade harga.  Dari yang sangat mahal sehingga yang murah sehingga harga  hampir sama dengan beras biasa. 

Beras putih biasa Australia, Sunrice  berharga $10  per 5 kg.   Beras basmati  termurah  berharga $12 per 5 kg.  Tapi beras ni susah nak jumpa dan ada di kedai tertentu sahaja.  Basmati mahal ada yang sehingga $30+ per 5 kg.  Ummi lihat beras basmati mahal ini hampir 2 kali panjang berasnya berbanding beras putih biasa.



Selalunya, kami  beli beras di kedai berdekatan iaitu Woolworth.  Kebetulan ada beras Basmati jenama kedai tu sendiri, berharga $14  per 5 kg.  Cuma ketika Covid-19 mula2 menyerang Australia, dan stay at home dikenakan mulai 20 Mac 2020,  beras basmati jenama Woolworth  sentiasa habis. Terpaksalah kami beli beras berharga $20 per 5 kg sehingga bekalan datang semula sekitar Mei.




Isnin, 9 April 2018

Rayyan... Self-Sponsored di Australia

Kami berhijrah ke Australia Jun 2015. Anak2 yang sedang belajar di sekolah menengah dan INTEC masih tinggal di Malaysia. Tahun 2016 barulah semuanya memulakan persekolahan di Sydney, dan Rayyan di Canberra.

Semasa  Rayyan memohon belajar ke Australia melalui INTEC tahun 2014-2015 dulu, JPA membekukan biasiswa dan pinjaman ke sana, jadi hampir semua rakan batch Rayyan  ditaja keluarga, kecuali sedikit yang dapat biasiswa dari penaja lain. 

Semester akhir, INTEC menjanjikan  satu biasiswa  untuk  seorang pelajar ke Australia yang mendapat markah tertinggi  semester itu. Tetapi Rayyan tak layak dapat kerana status pr Australia.  

Rayyan ke Australia National University, Canberra dalam bidang Accounting. 

Sejak itu dan sepanjang belajar di Australia, apa sahaja permohonan biasiswa dan pinjaman dari Malaysia, semuanya dia cuba - semuanya rejected.  Dia juga masih tak layak untuk memohon biasiswa @ pinjaman universiti  dari kerajaan Australia  sebab masih PR, citizen sahaja yang boleh memohon.

Tahun pertama semester 1 di ANU, Rayyan tinggal di asrama.   Tapi tak sangka asrama di sini bercampur lelaki perempuan, termasuk dapur dan bilik air.  Di common hall, ada pula bar menjual beer untuk pelajar.  Bayarannya juga mahal, A$450 seminggu atau A$1800 sebulan untuk seorang pelajar, sedangkan bilik kecil sahaja muat satu katil bujang dan meja belajar.  Kelebihannya tinggal di kawasan universiti.   

Rayyan keluar dari asrama pada cuti sebelum semester kedua bermula.  Belum ada bilik kosong di kalangan rakan2 Melayu. Ingat lagi dia mencuba semua iklan2 rumah kosong, tetapi hampir semua landlord tak mahu ambil pelajar lelaki sebagai penyewa mereka.  


Jadi dia menumpang dulu di rumah pelajar2 Melayu berdekatan universiti sementara mereka bercuti di Malaysia ketika itu.  Rumah warisan pelajar2 lelaki Malaysia sejak dulu.  Tuan rumah langsung tak pernah jenguk atau baiki, rumah itu ada banyak bocor dan udara dingin musim sejuk sentiasa terasa. 

Rayyan kata rumah itu terlalu sejuk, heater off walau suhu dah bawah beku kerana berjimat.  Mujurlah dekat univ, duduklah mereka di library belajar dan siapkan tugasan. Balik untuk tidur di dalam sleeping bag dan untuk makan sahaja. 

Akhirnya Rayyan dan rakan baiknya, Osman dari Yunan, China menyewa bilik di sebuah rumah Indonesia yang terletak jauh dari universiti.  Osman ada kereta, jadi setiap hari Rayyan pergi awal pagi dan pulang ke rumah waktu senja mengikut jadual Osman.  

Rayyan sempat bekerja di kedai roti Arab berdekatan rumahnya pada hari minggu, dengan bayaran $5 sejam.  Rayyan kata kerjanya penat, berdiri 8 jam, dan upah sedikit sangat sebab owner kata masih dalam percubaan.  

Masuk tahun kedua, Rayyan, Osman dan 2 lagi pelajar Melayu akhirnya dapat menyewa sebuah apartment 2 bilik, 5 minit berjalan kaki dari pusat bandar Canberra.  Bayaran  $2000 sebulan dikongsi 4 orang.  Semua pelajar di rumah itu ada biasiswa kecuali Rayyan.

Osman dapat biasiswa PhD dari kerajaan Australia dalam jurusan Fizik Nuklear.  Rayyan kata Osman genius, perkara yang sukar bagi orang lain, nampak mudah saja baginya.  Update 2021: Osman sudah tamatkan pengajian tetapi tidak mahu pulang ke China kerana takut dipergunakan oleh kerajaan. 

Sebenarnya agak mudah untuk dapat biasiswa PhD di sini, asalkan berhubung terus dengan supervisor yang diminati, dan pastikan supervisor itu ada peruntukan untuk pelajarnya. Malah ada universiti yang menawarkan visa PR untuk pelajar  dari luar negara, membuat PhD di sini. 

Rayyan terpaksa mencari pendapatan sendiri untuk hidup kerana kami ibubapanya pun dah kesempitan wang, sewa rumah kami ketika itu $2500 sebulan, sedangkan pendapatan tak sampai $4000 sebulan.  Selalunya kurang bergantung pada pelanggan yang kami dapat.  Kami masih boleh  bayarkan yuran universiti melalui pengeluaran KWSP di Malaysia.

Ketika itu ada iklan di akhbar tentang pemberian wang zakat Muslim Australia untuk pelajar, Rayyan cuba memohon, tetapi ditolak kerana wang itu untuk pelajar refugee sahaja.  Mereka menggalakkan Rayyan cari kerja part time seperti pelajar2 Australia lain.


Setelah kena scam ejen pekerjaan beberapa kali, akhirnya Rayyan dapat kerja sebagai cleaner setiap hari Jumaat dan Isnin, bermula pukul 7 pagi 2 jam sehari, di mall Canberra.   Mulanya Rayyan dapat $18 sejam, tetapi bila dia nak berhenti kerana nak bekerja di kedai kebab, mereka naikkan jadi $24 sejam sebab tak nak kehilangan Rayyan.  Rayyan bukan seorang yang curi tulang.  Dapatlah bekerja 4 jam seminggu di situ. 


Ketika ini juga, Rayyan baru tahu ada restoren2 termasuk kepunyaan warga Malaysia, yang beri gaji setakat $10-$14 sejam, sedangkan atas slip gaji ditulis $18 sejam iaitu gaji minimum Australia. 

Sebenarnya ada ramai tauke perniagaan terutama kepunyaan orang Asia yang mengamalkan kaedah seperti ini. Sebab tu jangan gembira sangat kalau dapat pekerjaan di Australia sedangkan visa tak sah, pasti akan mudah dieksploitasi sebab takut ditangkap dan dihantar pulang, atau duit sudah kehabisan dan masih berhutang dengan ejen pekerjaan yang membawa mereka masuk dari Malaysia.

Rayyan juga bekerja sebagai cleaner di kedai kebab sejam sehari, datang kerja pukul 5 pagi.  Bayarannya sama juga.  Kerjanya berat, cuci dapur, lantai dan mesin daging kebab yang kotor dan berminyak hasil jualan malam sebelumnya.  


Rayyan kata sejam tak dapat cuci bersih sepenuhnya, tapi owner takkan bayar lebih dari tu.  Umi sedih setiap kali teringat Rayyan berbasikal sebelum subuh, setiap hari dalam cuaca dingin, untuk mencari sesuap nasi.  Pukul 8 pagi dah berada di kelas pula.

Rayyan  berhenti dari kedai kebab bila dapat kerja delivery untuk Deliveroo dan Uber Eats pula.  Akhirnya Rayyan dapat kerja yang agak mudah berbanding sebelumnya.  Masa pun flexible, Rayyan boleh pilih masa yang sesuai dengan jadualnya


Rayyan beli basikal bermotor 2nd hand untuk memudahkan pergerakannya.  (Sept 2020:  Basikal elektrik itu sudah dijual kepada juniornya.  Setiap kali Ummi tengok budak2 berbasikal buat delivery, pasti teringatkan Rayyan.)

Rayyan akhirnya berjaya dalam permohonannya untuk menerima elaun pelajar dari kerajaan Australia.   Elaun ini untuk pelajar sepenuh masa yang tak pernah dapat apa2 bantuan sebelum ini.  Syaratnya mestilah citizen atau  selepas 2 tahun menjadi PR Australia.  


Tahun ketiga, tahun akhir Rayyan, barulah dia dapat bernafas lega, dan dapat fokus pada pengajiannya.  Walaupun sikit, sebab elaun untuk sara hidup je. Yuran pengajian tetap kena bayar sendiri.   Sekurang-kurangnya ringan sikit beban yang terpikul.  Rayyan berjanji akan menyimpan sebahagian elaun itu untuk membayar yuran pengajian semester akhirnya.

Ummi bangga sebab Rayyan tak pernah abaikan pelajarannya walau letih, sibuk dan suntuk masa yang tersisa.  Malah dia mengambil subjek option untuk pelajar postgrad yang memerlukan banyak research dan presentation. Classmates Rayyan yang majoriti dari China,  memang elakkan kelas2 banyak research dan menulis ni. 


Alhamdulillah, sudah 2 assignment untuk kelas tersebut, Rayyan dapat markah 100%. Kebanyakan pelajar postgrad datang dari negara Asia terutama China, ada kelemahan penguasaan bahasa walaupun idea mereka bagus.

Untuk kelas2 yang banyak gunakan angka dan pengiraan, susah untuk Rayyan score tertinggi dalam exam, sebab dileksia menyebabkan dia selalu tertulis angka yang salah atau terbalik dari apa yang difikirkan.  Rayyan kata subjek accounting kena detail dan tepat angkanya. 


Kalau assignment menulis, memang dia boleh sebab semua tulisan menggunakan keyboard sahaja.

Rayyan juga aktif persatuan pelajar, pernah dihantar ke conference di Melbourne dan Sydney sebagai wakil pelajar, dan tahun ini dia akan ke Jakarta pula. Pernah sekali dia ke Universiti Petronas di Perak, menghadiri conference pelajar di sana. Sambil menyelam minum air kan Rayyan.


Sept 2018 Temuduga:
Semester akhir, Rayyan dapat panggilan interview dari Malaysia.  Antara phone interview (fasa 1) yang Rayyan dapat dari PW, KWSP,  KPMG, Axiata, Intel,  Air Selangor, dan British American Tobacco. Rayyan  dipanggil interview kedua dengan KWSP, Hong Leong Bank dan Price Waterhouse. 

Hari ni dia temuduga oleh Hong Leong bank, terus dapat offer kerja.  Selepas berfikir halal haram, Rayyan tolak pula dan berharap dapat kwsp.    Rayyan tak pergi interview Price Waterhouse sebab ada halangan masa. 

Akhirnya Rayyan tak dapat kwsp, classmate Rayyan, one of top student accounting yang dapat. Budak melayu. Hanya mereka berdua calon accountant pada masa itu. Rayyan cuma dapat reserve, sekiranya calon yang berjaya  menolak.  Rakannya tu juga dapat offer dari Intel, tapi memilih kwsp.  

Pada masa yang sama, calon2 untuk jawatan lain di KWSP juga ditemuduga serentak.  Dari segi akademik semuanya telah layak, jadi mereka hanya disoal tentang isu semasa,  serta pandangan @ pendapat mereka sekiranya berdepan dengan sesuatu krisis dalam pekerjaan. Umi yakin soalan2 ini semuanya menguji kematangan mereka dalam membuat keputusan.


Update 10 Ogos 2019.  
Lama tak update. Yang atas tu semua cerita sebelum graduation. Sekarang Rayyan dah graduate  Dis 2018, tapi masih belum ada kerja tetap. Rayyan dah pindah duduk  Sydney bermula 1 Jun 2019.

Barulah dia merasa betapa susahnya nak dapat kerja walau delivery, sebab saingan dari immigrant  terlalu ramai. Di Canberra dia takde masalah ni. Kerja accountant memang tak dapatlah. Budaya kerja Oz pentingkan staf syarikat yang recommend  dan bawa kita masuk dalam syarikat tu. Iklan dan interview hanya formaliti sahaja.

Rayyan daftar kursus teacher's aide di Tafe Bankstown, dan akan mula buat praktikal 100 jam di Kogarah High School. Contoh kerja teacher's  aide ini ialah membantu pelajar kurang upaya atau lemah, ambil nota atau memahami pengajaran guru di dalam kelas.  Rayyan bercadang buat master in teaching bermula awal 2020. 

Ya Allah permudahkanlah urusan anakku Rayyan dan berilah dia rezeki yang halal dan diberkati.


Update 1 Oktober 2019
Syukur Rayyan dapat kerja casual di sekolah tempat dia praktikal, Kogarah High School. Dua hari seminggu. Kerja casual ini seperti kerja kontrak di Malaysia.  Gaji ikut jam bekerja. 

Kadang2 dia dapat panggilan kerja casual di Tempe High School. 

Kedua-duanya di dalam bandar Sydney atau inner city school.  Dua sekolah yang sangat berbeza dari segi pelajarnya.

Sekolah Kogarah  pendapatan purata ibubapa lebih rendah dari sekolah Tempe.    93 % pelajar datang dari keluarga dimana English adalah bahasa kedua.  Majoriti pelajar dari bangsa Arab Lebanese.  Ada lebih 50 bangsa di sini.   Prestasi sekolah di bawah dari prestasi nasional.   Tak hairanlah ada ramai pelajar bermasalah di sini samada dari segi bahasa atau tingkahlaku.  

Sekolah Tempe pula antara sekolah berprestasi tinggi atau dipanggil selective school.  73% menggunakan English sebagai bahasa kedua tetapi majoritinya pelajar Asia Timur seperti Cina.  Hari pertama Rayyan bekerja di situ, guru yang bertugas beritahu, pelajar paling bermasalah  tidak mendengar bila guru arahkan hp dimatikan semasa belajar.  

Kata Rayyan, itu perkara biasa di Kogarah.  Lebih teruk lagi ada, ada yang berbual dan  bermain, menjerit, melawan guru,  dan keluar masuk sesuka hati semasa guru mengajar.  Ada kes guru paling garang ditampar pelajar autistik berbadan besar, sehingga masuk hospital. Pelajar2 di Australia ramai yang berbadan besar tinggi melebihi 6 kaki.


Update 4 Mei 2020

Akibat jangkitan covid-19 sejak Mac lepas, hampir semua sekolah dan univ seluruh dunia ditutup,  atau dibuka sebahagian, dan pelajar belajar online dari rumah. Rayyan juga sudah mula kelas Master in Teaching di sebuah universiti di Sydney.

Australia sudah semakin kurang kes, dan pelajar akan mula ke sekolah seminggu sekali. Rayyan sudah mendapat tawaran kerja sementara, bukan casual lagi.  Tetapi tetap 2 hari seminggu.  Tetapi dia dapat banyak kerja tutor online untuk subjek accounting peringkat universiti.

Biasanya seorang pelajar akan tempah 2-4 jam dan sanggup bayar $40 sejam bantu tutorial  tugasan accounting yang agak susah bagi mereka. Ada juga yang sanggup bayar mahal sekiranya Rayyan siapkan terus tugasan tersebut, mujurlah Rayyan tak gelap mata dan tolak tawaran. 

Kebanyakan pelanggan Rayyan sudah bekerja dan belajar part time sahaja. Kerja seperti ini bersifat antarabangsa, kita boleh mengajar di Malaysia, dan pelajar berada di mana2 tempat di dunia. Syaratnya kita mahir dalam bidang tersebut dan peka  isu semasa yang berkaitan dengan tugasan. Australia pentingkan critical thinking dalam tugasan2 pelajarnya.

Kalau anda mahir quran, iqra, tajwid, semua ni boleh diiklankan untuk mengajar secara online mereka dari luar negara yang tiada ustaz atau masjid berdekatan. Malah apa sahaja bidang akademik sudah boleh tutor online dengan kemajuan teknologi hari ini.


Update Ogos 2020
Rayyan sudah mulakan praktikal kedua, mengajar matematik selama 10 minggu di sebuah sekolah persendirian Katolik di Hurtsville. Sekolah kerajaan kekurangan peruntukan untuk mengambil pelajar praktikal, kerana mereka mesti dibayar. Menurut Rayyan, sekolah ini jauh berbeza dari sekolah kerajaan tempat dia bekerja sebelum ini.  

Pelajar2nya anak orang berada, dan ramai yang mengambil kelas tusyen selepas habis kelas.  Mereka ada kelas khas untuk pelajar tahun 11 tetapi sudah mahu mengambil peperiksaan HSC dalam subjek Matematik Lanjutan. HSC biasanya diambil oleh pelajar tahun 12.


Update Disember 2020. 
Rayyan dapat offer mengajar matematik selama 4 hari seminggu di Kogarah High School bermula Jan 2021. Kerja secara kontrak selama 6 bulan.  Master Rayyan akan tamat 6 bulan lagi. Mudah-mudahan dia dapat sambung kontrak mengajar selepas itu.

Alhamdulillah Rayyan dah banyak pengalaman belajar dan mengajar di pelbagai jenis sekolah.  Dimulakan dengan tadika English selama setahun di Canada.  Tadika Kemas, Islam dan Cina di Malaysia. Semuanya sempat beberapa bulan sahaja dan ada yang diambil serentak.

Sekolah rendah SJKC dan Sekolah Agama Johor serentak sehingga UPSR.  Sekolah  menengah persendirian agama di Perlis sehingga SPM. Kemudian mengajar selama 3 bulan,  bahasa Melayu dan English di sekolah menengah agama persendirian di Thailand.


Update Mei 2021
Rayyan membuat praktikal ketiganya, mengajar selama 10 minggu di sebuah sekolah kerajaan di Georges River College, Oatley Senior Campus. Rayyan memilih untuk mengajar subjek Accounting, tapi sekolah ini cuma ada option subjek Bisnes Studies.  Praktikalnya tamat pada hari kedua Aidilfitri tahun ini. Tinggal di negara bukan Islam, terpaksalah pergi kerja pada hari pertama dan kedua raya.

Syukur Rayyan sudah menamatkan pengajian Master in Education dan sudah boleh mengajar sebagai guru selepas ini.


Update 9 Ogos 2021
Rayyan dapat mengajar sebagai guru ganti di Batemans Bay High school, 5 jam perjalanan dari Sydney.  Sekolah luar bandar, murid pun sikit. Rayyan akan mengajar berbagai subjek seperti Geografi, Sejarah dan English. Kiranya mana2 subjek yang tiada gurulah. Belum dapat jadi guru matematik atau accounting impiannya.

Sehari sebelum pindah, Rayyan buat swab test dan alhamdulillah negatif.  Oleh kerana kes covid varian Delta di Sydney sudah teruk dan sudah berjangkit ke kawasan pedalaman, Rayyan pun terpaksa mengajar online selepas seminggu pindah ke sana.

Rayyan register  lagi sebagai student baru semester ini dan ambil semua subjek  matematik untuk menambahkan ilmunya.  Rayyan beritahu umi, dia bukan nak grad, cuma nak ambil kelas dan dapatkan  slip result untuk satu semester sahaja. 

Mujurlah semua kelasnya online waktu malam, kerana Rayyan masih bekerja sebagai guru pada waktu siang. Cuma orang kuat semangat dan berdisplin sahaja yang boleh buat begini, umi pun belum tentu boleh. 

Walaupun tak dapat sijil apa2, subjek2 itu boleh dimasukkan dalam cv sebagai bonus point semasa mencari kerja sebagai guru matematik kelak.   


Update 6 April 2022. 

Rayyan sudah mengajar di Sydney semula, di Auburn Girl's High School.  Sebenarnya dia dapat banyak tawaran mengajar tetapi semua di sekolah persendirian. Sebagai ibu, umi cuma mahukan security, dan minta Rayyan terima satu-satunya tawaran dari sekolah kerajaan itu. 

Di Australia, kita memohon dan dapat tawaran mengajar terus dari sekolah. Berbeza dari Malaysia dimana guru diarahkan mengajar di sekolah yang ditetapkan. Kelemahan di Australia, sekolah ulu dan  pedalaman mengalami kekurangan guru yang serius kerana semua memilih tinggal di bandar.  Kerajaan terpaksa menawarkan biasiswa khas untuk pelajar universiti yang sanggup bekerja di pedalaman selama beberapa tahun selepas tamat pengajian.

Hari ini Rayyan convo pengajian Master.  Alhamdulillah sudah terbayar semua hasil penat lelahnya bekerja waktu siang, dan belajar waktu malam dan hujung minggu selama ini.







Rabu, 16 September 2015

Bercuti ke Jakarta Jun 2014

Kami bertolak dari Bandung sejak 8 pagi, dan sampai ke Taman Mini Indonesia   pukul 12 tengahari, padahal perjalanan setakat 145 km sahaja, kalau ikut google map 2 jam setengah  tanpa macet.  Itu ikut jalan tol sepenuhnya.  Kalau kat Malaysia, 145 km boleh sampai kurang 2 jam.

Dah sampai, terus naik kereta kabel.  Rendah je kabel tu, takat tinggi pokok kelapa.  Dapat tengok dari atas model perkampungan dan rumah2 di semua pulau2 utama Indonesia.   Belum puas, kami pergi lawat rumah2 tu berjalan kaki, singgah dari rumah ke rumah. Kesian nenek, penat sangat ikut anak cucu berjalan.   Kami tengok rumah Palembang, Sumatera yang paling sama bentuknya dengan rumah2 Melaka sekarang.  Logiklah sebab Parameswara pun berasal dari Palembang, tentulah design rumah dari sana yang dibawa ke sini.


Rumah yang paling cantik dan berseni pastilah rumah Minang dari Sumatera Barat.  Memang samalah dengan rumah2 orang besar di Negeri Sembilan.


Oleh kerana susur galur ummi adalah kaum Banjar dari Kalimantan Selatan, memang kami teringin sangat nak tengok rumah dari sana.  Tapi  uhmmm kenapa lain sangat dengan rumah2 kat kampung kami di Sabak Bernam dan Bagan Datoh?  Orang2 Banjar langsung tak bawa design rumah mereka ke Tanah Melayu ketika berhijrah beramai2 sekitar 1800an, semasa berlaku perang di Kalimantan Selatan dengan campurtangan Belanda. 


Semasa kami singgah ke rumah2 dari Sulawesi, barulah nampak persamaan dengan rumah2 di Selangor.  Rupanya design rumah2 di kampung kami mengambil design rumah Bugis.  Yang peliknya, di kampung kami tu tiada seorang Bugis pun. Mungkin kerana mereka yang berkuasa di Selangor dan menjadi raja, semua design rumah pun ikut tempat mereka.  Bahagian tepi rumah memang hampir2 sama dengan rumah arwah nenek ummi di Sungai Besar, dimana anjung dan dapur dipisahkan oleh ruang kecil dan sempit dan di situ juga ada tangga untuk ke luar rumah.





Selepas menghabiskan masa 2 jam di situ, kami bertolak ke penginapan kami di Kota Tua Jakarta.  Sengaja kami pilih tempat tu sebab masa kami pendek sahaja, dan ayah nak lawat Kota Tua sahaja.  Kami tak nak masuk ke dalam bandaraya Jakarta.  Lagipun ummi dan ayah dah pernah ke sana hampir 20 tahun yang lalu.
Kota tua ni tempat pemerintahan Belanda di Jakarta.  Bangunan2 Belanda di sini jauh lebih banyak dari di Melaka dan masih kukuh lagi.   Melaka betul2 jaga bandar mereka dan tarik ramai pelancung.   Bangunan2 Kota Tua nampak cantik dari depan sahaja,  sungai di bahagian belakangnya sangat kotor, busuk dan penuh sampah sarap.


Kami sempat merasa naik pengangkutan awam yang tiada di Malaysia.  Yang biru tuk tuk, dan kenderaan oren di bawah ialah bajaj.  Tuk tuk sudah dihentikan servisnya, yang tinggal sekarang ni bajaj je.



Kami bertolak ke Lapangan Terbang Sukarno-Hatta keesokannya.  Twins Hotel  kami tinggal tu sangat best, kami ambil 2 family room, dan sarapan disediakan.  Kota Tua juga agak dekat dengan airport, tak perlu merempuh macet kota Jakarta yang teruk semata2 nak balik Malaysia.  Jaraknya dalam peta 22 km sahaja, tapi lebihkurang sejam jugakla kami merangkak baru sampai.


Selasa, 1 September 2015

Bercuti ke Bandung Jun 2014

Percutian ni dah lama, lebih setahun yang lalu, tapi baru nak update hari ni.  Kami pergi 8 orang semuanya, 6 dewasa dan 2 kanak2 bawah 12 tahun.


Antara tempat yang kami tuju di Bandung adalah Tangkuban Parahu sejam dari Kota Bandung.  Suhu nyaman masa kmai ke sini, cuaca cerah dan tak berkabus, alhamdulillah nampak semua dari bahagian sebelah atas gunung.   Kena menapak beberapa anak tangga.  Nenek berehat di pondok penjual jagung sambil makan jagung bakar dan minum air panas.   Jangan tertipu dengan penjual strawberi sebab semuanya dah direndam dalam air gula.  Kami yg dah biasa diet kurang gula memang rasa macam makan gula, bukan makan buah.





 

 



Kawah Putih 2 jam dari Kota Bandung.  Kena bertolak awal pagi kalau tak nak terperangkap dalam macet dalam kota yang boleh jadi berjam2 lamanya.   Di sini kita boleh pergi sehingga ke gigi air di dalam kawah dan boleh pegang belerang.   Tangan berbau sulfur la lepas tu.  Di sini best sebab tak ada penjual yang paksa2 kita beli.   Ada banyak pondok yang jual buah2an termasuk strawberi di pintu masuk sebelum naik trak yang membawa kita ke kawah.   Kami singgah di warung minum air coklat dan teh panas di situ.



 

Pasar Terapung  atau Pasar Lembang paling seronok sekali.  Bermacam makanan Indonesia kita boleh cuba termasuk pecal, pisang coklat keju, sate kelinci, air jahe dan banyak lagi.    Ada pemandangan perkampungan comel dan sawah padi mini.   Kami sangat2 berpuas hati dan puas makan di situ, ada bermacam jenis dan harga berpatutan.  Tiada pelancung dari Malaysia ketika tu, kebanyakan pelancung  dari Jakarta.  Mungkin ramai rakyat Malaysia tak tahu tempat ni, sebab tu makanan masih murah lagi ......





Kami juga pergi ke Muzeum Geologi dan tengok model mukabumi pulau Jawa yang penuh gunung berapi.   Di dalam tu juga dipamerkan sulfur berbagai saiz dan warna dari berbagai kawah.  Sulfur dari kawah Ijen berbentuk ketulan besar dan berwarna kuning yang sangat terang.

Bagi ummi, makanan di Bandung sangat mahal!!!! Memang cekik darah dan cekik pelancung.   Ada guide (supir) pun sama je, dia yg pilih restoren untuk kami bersarapan.   Entah berapa dia dapat komisen agaknya.  Ada ke sarapan nasi goreng dan mee goreng untuk 8 orang pun seratus ringgit, sejak hari tu kami beli roti dan jem buat sarapan di apartment. 

Kami pergi ke Pasar Baru untuk makan dan membeli belah.  Tapi pasar tu (mall sebenarnya) terlalu sesak dan tak selesa terutama bagi nenek sebab nak jalan pun terpaksa berhimpit2.   Kena tarik pula tu dengan peminta sedekah dan penjual2 jalanan.    Makan tengahari di Pasar Baru pula sehingga dua ratus ringgit. Setakat nasi ayam penyet  dan mee ntah apa2.  Jangan makan di situ lagi!  Tapi buah salak yang di jual di situ sangat manis.  Nenek beli banyak sebab dah dipesan oleh kawan2nya.

Kami tidur di Bandung 3 malam, kemudian kami bertolak ke Jakarta.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Finally!!! Glorious Day in Sydney ... Saturday 22/8/15

Tajuk je English, isi bahasa Melayu.  Malam tadi ummi terjaga pukul 3 pagi sebab kepanasan.  Maklumla tidur pakai selimut tebal dua lapis, sebab biasanya  subuh  sejuk sehingga 5 Celcius.  Tengok kat jangkasuhu, 20 Celcius!!!   Pukul 3 pagi, macam tak masuk akal.   Lepas buka stokin, buang satu selimut, barulah selesa nak tidur balik.

Setelah 2 bulan tidur dalam suhu kurang dari  10 Celcius ...( kami tak pernah buka heater masa tidur sebab nak jimat bil ), akhirnya hari yang ditunggu2 datang juga.  Spring ... musim bunga!!!

Sepanjang hari ni ummi berada di luar rumah.  Lepas sarapan je, terus keluar ke laman belakang.  Cabut rumput yang banyak menjalar semenjak rumah ni kosong sebelum kami masuk.  Sebelum ni tak mampu nak tarik rumput sebab tangan sakit bila paksa2 kerja kuat dalam cuaca sejuk.  Tak habis cabut rumpur, pergi tengok semaian benih bunga matahari yang dah sebulan bertapa. 

Benih yang ummi semai dalam pasu besar dah mula tumbuh beberapa hari lepas.   Benih yang baru je disemai kemudian dalam bekas telur, baru nak tumbuh hari ni.  Ummi pindahkan anak2 benih dalam bekas telur ke dalam pasu kecil.  Kalau dah besar sikit nanti, nak tanam di halaman depan rumah.  Mudah-mudahan pokok ummi dah berbunga masa nenek datang sebulan lagi.

Masa basuh baju, semua air sabun yang keluar dari mesin ummi tadah dalam besen besar dan siram pokok2 yang ada.  Tengok keratan ros dalam satu pasu macam makin hitam dan tiada tanda2 nak hidup.  Bila ummi cabut dan selongkar tanah, patutlah.  Ewwwww, tanah tu menakung air, dan dah berbau busuk sebab lubang pasu cuma ada satu di tengah2, mungkin dah tersumbat.  Tanah tu ummi tukar ke pasu besar yang ada banyak lubang.  Wah ada 3 ekor cacing tanah gemuk2, ummi terus pindahkan cacing ke pasu strawberi.  Strawberi ni baru nak keluar daun2, mudah-mudahan tak lama lagi berbunga dan berbuah pula.

Ummi masuk rumah nak mandi, masak dan solat.  Kemudian ummi dan ayah keluar ambil Basel dan Hf di masjid.  Mereka ada kelas agama dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang.  Ada pokok sedang berbunga indah di sebelah masjid.  Pokok apa agaknya, ceri, plum, pear atau epal?  Bunganya berwarna merah jambu.  Hf dan Basel seronok pergi kelas agama setiap Sabtu ni, hari ni dapat pula makan lagsania dan  aiskrim coklat.  Hamboi2.



Petang keluar lagi.  seronoknya hari ni, suhu siang 28 Celcius, dah macam Malaysia panasnya. Ummi buka luas2 semua pintu dan tingkap. Buat pertama kali, Hf dan Basel main kat luar rumah tanpa jaket.  Main sampai nak masuk maghrib, sebab  masih terang menderang.  Maghrib hari ni masuk 5.31 pm.  Sekarang waktu siang berubah dengan cepat.

Masa ummi datang 2 bulan lalu, pertengahan bulan Jun, waktu siang lebih pendek.  Kena masak lepas Zohor untuk berbuka.   Zohor ketika itu 12 pm, Asar 2.30 pm dan Maghrib 4.45 pm.  Lepas solat Asar, ummi kena ambil anak2 balik dari sekolah dan cuma sampai ke rumah pukul 3.30 pm.   Lega rasanya kalau dah masak, boleh la berkemas dan bersedia untuk maghrib.

Minggu lepas kami berjalan ke bandar Sydney, cuaca ok terang benderang tapi sangat berangin.  Ummi tak pakai jaket, tahan ajelah kesejukan.  Esok kami nak berjalan lagi, nak bawa jaket ke tak?  Ramalan cuaca 28 Celcius lagi, tak payah pakailah.

Update Selasa 25/8/15
Syukurlah tengok balik weather forecast, pagi hujan, tengahari tak hujan, petang hujan.  Tengok kat luar pun bukan main lebat hujan.  Jadi kami tunggu hujan reda sikit, tapi keluar juga pakai winter jaket!!!!   Sebab jaket ni je kalis air, kalau jaket biasa habis basah lencun nanti.  Lagipun sejuk dan berangin.   Kalau sejuk macam ni, sah2 la antara 15 - 20 Celcius je.  Kami pergi the Gap yang famous sebab cantik tapi jadi pilihan   mereka yang murung pergi bunuh diri.



Tengahari tu masa nak balik baru hujan renyai2 tadi berhenti.  Kami turun dari keretapi ke ruang parking kereta.  Sempat2 aje masuk, hujan turun semula dengan lebat.  Hujan tak berenti sampai malam.  Malah sampai hari ni pun, walaupun dah kurang hujan, masih lagi sejuk dan berangin.  Back to winter again, dapatlah merasa walau  sehari glorious day sejak datang ke Sydney.


update:  September 2015.  Gambar cherry blossom ni ambil di Royal Botanical Garden, Sydney.  Garden ni letaknya di sebelah Opera House je.  Kami tak sengaja  terjumpa cherry blossom ni masa bawa family dari Malaysia jalan2, memang bertuah masuk masa tengah musimnya sekali dengan tulip yang sedang berkembang.  Musim tulip dan cherry blossom ni tak sampai sebulan, lebih2 lagi kalau tiba2 hari panas terik atau hujan lebat, memang cepat layu dan gugur bunganya.


Ummi dengan Hf dan Basel




Makngah dan Nenek  datang melawat 



Update November 2015:
Bunga matahari baru nak berkembang, 3 bulan selepas semaian mula tumbuh akhir Ogos lepas. 




Update Mac 2016:
Sekitar Okt 2015, ummi semai biji bunga matahari lagi, tapi jenis bunga saiz kecil sedikit dan bercabang.  Bunganya berkembang antara Jan hingga Mac 2016. Bunga2 matahari ni menarik perhatian burung kakatua atau cockatoo, beramai2 datang nak curi bijinya yang sudah mula kelihatan.



Kakatua bernombor 087 ini bernama Comic.  Burung2 ini ditag oleh researcher di Royal Botanical Garden, Sydney. Mereka nak tengok pergerakan dan aktiviti burung2 di sini, dan meminta kita ambil gambar dan kirimkan  pada mereka beserta maklumat lain. Mujurlah burung ini benarkan ummi datang agak dekat untuk ambil gambarnya.

Umi suka berkebun di Sydney kerana musim bercucuk tanamnya lebih panjang.

Boleh masuk sini untuk lihat pokok2 di kebun ummi.  Kebun kecil Ummi

Ahad, 21 Jun 2015

Sekolah di Australia

Basel mula bersekolah di Kagorah High School, Sdyney, pada hari pertama Ramadhan, iaitu pada 17 Jun 2015.  Yuran Basel sebagai PR adalah $150 untuk penggal pertama, dan $25 untuk penggal seterusnya.  Sekiranya Basel mendaftar sebagai pelajar antarabangsa, yurannya adalah $14,000 per year.

Basel baru berusia 12 tahun, masih darjah 6 lagi.  Tapi di Australia, 12 tahun dah masuk High School.  Oleh kerana Basel datang dari negara yang bahasa pertamanya bukan English, dia dimasukkan ke kelas Intensif English.  Basel ambil ujian kelayakan dahulu, dan dari situ dia dimasukkan  ke dalam kelas intermediate, atau level 2.   Maksudnya pelajar2 dalam kelas ini dianggap sudah memahami bahasa Inggeris tetapi belum cekap lagi.

Ramai pelajar yang masuk ke kelas basic, ada di antaranya baru nak mengenal huruf ABC kerana tulisan di negara asal mereka berbeza.  Ada hampir 50 bangsa dari seluruh dunia bersekolah di situ.  Dalam kelas intensif ini, pelajarnya sedikit sahaja, kurang dari 20 orang.  Semuanya baru datang ke Australia, dan majoriti dari negara Cina.   Umur mereka tidak sama, ramai yang lebih tua dari Basel.  Pelajar2 Cina terkejut bila tahu Basel boleh berbahasa Mandarin. 


Rakan baik Basel dalam kelas ini ialah Philip yang berasal dari Filipina.  Philip tiba di Sydney seminggu lebih awal dari Basel.  Bahasa Inggeris Philip lebih baik dari Basel, jadi  mudah-mudahan dia boleh cepat belajar dari perbualan harian mereka di sekolah.

Selain English, mereka juga masuk kelas lain seperti Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Drama, Computer,  Lukisan dan Sukan.

Perbezaan paling besar ialah berat beg yang dibawa ke sekolah setiap hari.  Di sekolah lama Basel, SJKC Pulai, beg sangat berat macam bawa batu giling.  Subjek bahasa Cina sahaja ada 6 buah buku yang perlu dibawa setiap hari.  Belum masuk subjek lain seperti Matematik, BM, English dan Sains.  Di Sekolah Basel, satu hari antara 4 - 6 subjek.  Buku teks maths sahaja yang Basel bawa balik, yang lain guna dalam kelas sahaja. Buku teks yang bawa balik ada cagaran $50. Kalau pulangkan masa akhir tahun baru dapat semula $50 tu. Di rumah mereka pakai versi pdf.

Kelas Basel bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir 2.45 petang.  Ada waktu rehat setengah jam pukul 11 pagi dan 1.15 tengahari.  Basel dibenarkan solat Zohor tetapi tak dapat bersolat Jumaat kerana belum ada masjid di Kogarah. Penduduk muslim di situ mungkin bersolat Jumaat di Arncliffe atau pekan lain yang berdekatan.

Oleh kerana bulan Ramadhan, Basel tak bawa bekal makanan.  Tetapi pelajar lain boleh bawa bekal atau beli dari kantin sekolah.  Kami diberikan senarai makanan halal dan  tidak halal oleh pihak sekolah.

Basel boleh pilih untuk masuk satu kelas agama, malangnya kelas agama Islam adalah dalam bentuk ajaran Syiah, kerana majoriti Arab Labenon di sini berfahaman Syiah.   Jadi kami pilih kelas Ethics, supaya dia lebih memahami budaya dan cara kerja orang2 tempatan.


Hari pertama Hf dan Basel ke sekolah


Hf pula kami daftarkan di Arncliffe Public School.  Walaupun sudah berusia 9 tahun dan berada dalam darjah 3 di Malaysia, dia masih dianggap 8 tahun di Australia kerana lahir bulan Oktober.

Di sini, umur pelajar grade 1 ialah   6 tahun yang dikira pada bulan Julai tahun sebelumnya.   Oleh kerana Hf baru berusia 8 tahun, dia masuk grade 3.  Guru kelas Hf ialah cikgu Olsen.  Ummi hantar Hf pada hari pertama sekolahnya, dan tengok dia berdiri bersama pelajar lain semasa perhimpunan.  Ummi nampak seorang pelajar perempuan cuba menegur dan bercakap dengan Hf tapi dia cuma tegak berdiri pandang ke depan kerana terlalu nervous agaknya.

update Jun 2015:  selepas seminggu, masih tiada jadual waktu atau buku dalam beg Hf.  Bila ummi tanya pihak sekolah, memang mereka tiada jadual waktu dan semua kerja2 sekolah disiapkan di sekolah.  Kerja mereka hanya menulis, mengira dan mewarna yang asas. Jadi tiada buku untuk dibawa pulang.

Satu hari, Hf bawa balik lukisan dan model sistem suria ke rumah.  Katanya hari itu, aktiviti mereka ialah melukis, buat model sistem suria di makmal sains, dan main game pendidikan di ipad.  

Sistem pembelajaran sekolah rendah mereka seperti di tadika yang lebihkan bermain, aktiviti sosial dan fizikal.  Mereka juga diajar keyakinan diri  dan  research yang asas dengan selalu buat presentation atau speech di hadapan kelas. Tajuknya berbentuk pengalaman,  imaginasi, atau pendapat, seperti "Rekaan teknologi yang saya impikan di masa akan datang".

Kelas Hf  nampak seperti ini.


Sekarang musim sejuk untuk hemisfera selatan.  Suhu siang ketika ini sekitar 15-18 celcius, dan malam pula antara 5-10 Celcius.  Rumah kami sangat sejuk sebab terlindung matahari tapi di luar agak suam jika matahari terang menderang.  Tapi ketika sport atau pendidikan jasmani, budak2 sekolah di sini tetap berseluar pendek aje.   Syukurlah seluar pendek tu agak besar bagi Hf dan Basel, dan tutup lutut mereka.


Update 20 Ogos 2015
Tiga minggu lepas, Basel dinaikkan ke level 3 selepas sebulan berada di level 2, kerana cikgu2 berpendapat level 2 sudah terlalu mudah untuk dia.   Kami pergi ke sekolah Basel sebab ada perjumpaan ibubapa dan guru2.   Ada 8 matapelajaran semuanya, dan kena jumpa setiap guru untuk subjek tu kalau nak tahu pencapaian anak kita, bukan guru kelas seperti di Malaysia.  

Waktu singkat, dan ibubapa pun ramai.  Kami pilih kelas English dan Matematik sebab itu kelas yang Basel nampak struggle.  Kelas matematik ada barisan ibubapa yang sangat panjang.   Jadi kami jumpa cikgu English yang merupakan cikgu kelas Basel juga.   Alhamdulillah Basel dapat tempat ke 2 dalam kelas, dan markah English 88%, walaupun masuk pada pertengahan penggal.  

Selepas berjumpa dengan cikgu2 English, Matematik, Sejarah, Drama, dan Geografi, semuanya bagi komen yang sama.  Basel sangat konfiden dalam kelas, selalu bertanya soalan, banyak bercakap, dan ingat fakta2 yang sudah diajar.  Semua cikgu2 ni sukakan Basel dan kata Basel sangat cepat belajar.  

Sehingga kami pergi ke cikgu Sains.  Cikgu Cina dari negara China yang Englishnya tak fasih sangat, macam level kami juga.  Cikgu ini tiada yang positif tentang Basel, sedangkan Sainslah subjek yang paling Basel minat dari dulu.  Katanya Basel sangat slow.  Kami terkejut.  Ok Basel memang slow kalau buat benda fizikal, contoh ikat tali kasut dan tolong ambil barang.  Tiada istilah hurry up untuk Basel.  Tapi tidak dalam akademik.

Kami tak faham dan minta cikgu jelaskan.  Cikgu Sains terus ambil poster manila cardboard yang Basel buat.  Poster tu penuh dengan tulisan tangan Basel (yang cantik dan boleh dibaca)  dan lukisan dalam perut manusia.  Cikgu kata Basel sangat slow masa buat poster tu.  Masa budak2 lain dah siap buat, dia baru nak mewarna lukisan. Cikgu bagi contoh lain, kalau cikgu tulis nota untuk disalin oleh murid2, Basel tak pernah dapat habiskan sebab dia sangat slow menulis. 


Baru ummi faham.  Sebenarnya inilah masalah Basel masa sekolah di Malaysia.  Kalau dapat cikgu yang jenis mengajar tulis segala-galanya di whiteboard, dan murid2 salin dalam buku, Basel memang bermasalah.  Ini kerana tulisan tangan dia sangat teruk dan tak boleh dibaca kalau ditulis dengan cepat.  Kalau dia nak baca semula dan faham, dia kena tulis berhati2 dan perlahan-lahan.  

Ini bukan cara pengajaran yang berkesan pun, dan cikgu2 lain tak buat macam ni.   Kecuali cikgu Sains ini, baru datang dari negara Cina kah?  Sepatutnya kelas Sainslah yang paling fun dan menarik, kalau cikgu pandai pelbagaikan cara pengajaran.

Sebab itu semasa di Malaysia, Basel agak tenggelam.  Dia cuma menyerlah masa exam je, sebab dapat markah tinggi. Melainkan essay, sebab tulisan teruk.  Tapi dalam kelas, dia ketinggalan, kerana cara pengajaran cikgu tulis, murid salin ini.  

Semasa sekolah tadika di Malaysia dulu, pernah nampak dalam buku Basel, dia tulis, MAYA NAKAM AKUS AYAS. ayat itu dia salin dari nota cikgu.  Rupa-rupanya dia maksudkan "Saya suka makan ayam."  Huruf2 yang tak simetri macam B, D, P, C dan G pun selalu tunggang langgang terbalik dia tulis.  

Hf pun sebenarnya ada masalah yang sama, tulisan tangan sangat teruk kalau ditulis dengan cepat.  Sebenarnya ini masalah kanak2 disleksia, kerana mereka ada masalah direction susun atur abjad  menjadi perkataan.  Anak2 ummi selalu kena potong markah untuk spelling sebab masalah macam ni.

Hf rupa-rupanya pandai melukis, kami langsung tak sangka.  Sebab dia kanak2 disleksia yang agak teruk, umur 5 tahun masih belum pandai pegang pensil.  Tulisan pun, tak pernah ummi nampak cantik dan kemas, tunggang langgang dan hampir tak boleh dibaca. Tapi semalam, Hf dan seorang rakan sekelas dipilih masuk kelas lukisan, semasa rakan2 mereka bersenam.  Bila ummi tengok lukisan Hf  macam tengok lukisan orang lain.

Hf semasa akhir tahun.  Kebanyakan pelajar di Arncliffe adalah Arab Labenon.


Update Jun 2018:
Hf seorang yang aktif dan dikenali ramai.  Semasa berada di tahun 5, dia terpilih sebagai Vice Captain untuk pasukan rumah dia, dan semasa tahun 6, dia terpilih sebagai Captain.  Jawatan tu itu dipilih oleh kawan2 sekolah atas undi popular.   Dia juga terpilih dalam pasukan robotik sekolah dan matematik Olimpiad.  

Mula2 kami tak tahu Hf pandai matematik sebab semasa darjah 1 -3, dia agak lemah.  Rupanya sebab dileksia menyebabkan dia lambat dari segi tumpuan dan pemahaman berbanding rakan2 sebaya,  tapi bila dah betul2  faham, markah dia sentiasa tertinggi dalam kelas. 

Hf sudah mendaftar untuk masuk James Cook Technology High School mulai tahun depan.