Isnin, 24 Ogos 2009

Kisah di Bulan Ramadhan

Ramadhan 1430 H: 2009

Ramadhan pertama tanpa atuk.  Sabtu lepas 1 Ramadhan, kebetulan cuti sekolah seminggu. Rayyan sampai rumah pukul 4.30 pagi. Terus bersahur sekali. Hf pun bangun sekali.

Pukul 2.30 petang, bertolak ke Segamat. Sampai 5.00 pm, terus pergi Bazaar Ramadhan kat bandar Segamat. Beli ayam golek, sekor 17 ringgit + lauk2 lain. Nenek masak nasi.

Sahur bukan main banyak lauk nenek masak, pukul 3 pagi dah bangun. Ummi mengantuk sangat sebab Hb dgn Basel tidur lambat, 1 pm baru nak tidur.

Hari Ahad beli 2 seluar raya untuk Sarah dan Aisyah, 1 seluar untuk Basel, 1 selipar untuk Sarah. Jam tangan Ben 10 untuk Basel (harga RM5.60 je), tapi suka sangat dia.

Mangga nenek yg start berputik 2 bulan lepas dah ada yang masak. Tapi paling banyak baru nak start kuning kat pangkal, sama macam mangga ummi.


Semalam berbuka lauk ketam masak lemak cili hijau. Semua budak2 makan dengan bersemangat. Sedapppp.... pandai ummi masak.

Ayah beli sup tulang, hirup sampai habis. Kitaorang makan macam dah takde hari esok. Si Hb pun makan nasi tambah 3 kali, tapi dia tak makan ketam. Pastu kenyang sampai pagi. Selalunya tak macam ni.

Hari tu semua orang makan mee goreng aje. Semua nampak tk semangat je. Masa tu masing2 sibuk, pegi pasar ramadhan pun dah lambat, orang sesak, ambik je mana yg sempat.



Ramadhan 1433 - Julai 2012

Sudah 20 hari masuk bulan Ramadhan.  Kali ni ummi pernah masak untuk berbuka sekali je, sebab penat balik kerja, beli lagi senang.  Lagipun ummi dan ayah hari2 makan laksam dan laksa penang, tak berbaloi nak masak hari2 makan semangkok je.

Sarah dan Basel makan ikut apa yang mereka selera.  Basel suka apa2 yang ada ayam goreng.  Tapi ummi beli ayam goreng cuma sekali sekala je sebab tak elok makan selalu.  Jadi ummi gilir2 belikan dia murtabak, roti john, nasi ayam, mee/mihun sup atau goreng.  Kadang2 dia nak kuih muih atau puding je.

Sarah suka roti jala dan asam laksa.  Tapi sejak peristiwa dia terjumpa serangga apa ntah dalam satu asam laksa, dia terus tak mau makan asam laksa lagi.  Jadi ummi belikan sama dengan apa yg Basel makan.  Sejak tu ummi pilih gerai yang dah siap bungkus semua makanan dari rumah aje, kecuali kuih muih sebab kuih2 susah nak  bungkus siap2.

Hf  hari pertama Ramadhan ummi bekalkan dia makanan macam biasa, esoknya dia tak nak bawak lagi.  Rupa-rupanya semua budak melayu puasa kecuali dia.  Ha ha ha mesti malu.

Ayah akan ke Filipina pada 22 Ramadhan selama seminggu.  Pesan kat ummi untuk carikan segala jenis rempah ratus  dan kuih-muih raya untuk disampaikan pada 5 orang student dia kat sana yang tak dapat balik beraya di Malaysia.


Selamat Hari Raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan