Rabu, 19 Ogos 2009

Basel Patah Kaki

Ahad 9 Ogos 2009, kami pergi ke Hutan Bandar di Tmn Mutiara Rini untuk sambut hari keluarga fellow UTM. Lambat sangat nak mula, budak2 pun pergi main kat playground berdekatan. Ummi layan Hf jalan2 tepi rumah rehat.

Tiba2 ternampak kecoh2 kat playground, Basel tengah menangis sambil pegang kaki. Ayah dukung dan dudukkan bawah pondok. Sorang staf klinik UTM balut kaki Basel dengan bandage. Duduklah Basel kat situ sampai habis acara, kesian dia tak dapat masuk satu game pun.

Pergi klinik, bagi ubat tahan sakit je. Petang tu ayah outstation. Malam tu Basel demam. Isnin ummi bawa Basel pergi X-ray. Ramainya pesakit kat klinik UTM, lepas 2 jam baru sampai no giliran. Tulang besar kaki Basel patah menyerong kat tengah2 antara lutut dan bukulali. Ambulan bawa Basel dan ummi ke Hospital Sultanah Aminah.

Basel masuk wad kanak2. Kesiannya tengok ramai baby dan budak2 kecik sakit kat situ. Hari Selasa kaki Basel disimen dari peha ke pangkal jari kaki. Petang tu dah boleh balik rumah. Ummi letak Basel dalam stroller, alhamdulillah boleh muat dan selesa.

Update  31 Ogos 2009
Hari Isnin 31 Ogos, ummi dgn ayah bukak simen kat kaki Basel, pehh usaha sungguh2 kami buat, pakai gergaji, gunting dan air sejuk. Kesian Basel, menitis air mata tahan sakit. Pastu ayah suruh dia cuba berdiri. Tapi Basel kata kaki dia masih sakit. Ummi sempat mandikan Basel tanpa simen 2 kali, dapatlah bersihkan kaki dia tu.

1 September ayah bawak Basel pergi x-ray kaki, rupanya tulang kaki dia masih belum sembuh. Bawak pergi hospital swasta pula, balut lagi kaki tapi kali ni ayah kata dengan fiber glass. Lagi ringan dan selesa. Rm2000+, claim insuran.


Update 16 Sept 2009
Kaki Basel masih belum sembuh. Tapi doktor buka balutan dan buat balutan baru yg tak cover lutut dan peha lagi. Basel dah boleh bengkok kaki. Nak uruskan kat toilet pun dah senang sikit.


Update 7 Oktober 2009
Doktor buka balutan pada kaki Basel. Ayah beli tongkat untuk Basel latih berjalan. Susah sikit sebab lantai rumah yg licin, tak boleh ada air. Basel dah tergelincir masa 1st day pakai. Terus tak berani pakai sehari suntuk.

Lepas tu baru dia berani sikit-sikit. Ummi latih dia ke bilik air dan sandarkan tongkat ke dinding. Manalah tau, nanti dia emergency nak pergi bilik air tapi takde sapa boleh tolong.

Isnin depan kami nak sekolahkan dia semula, kesian dah hampir 2 bulan tak pergi sekolah. Kelas dia kat tingkat 2, nak minta izin cikgu untuk letak dia kat bawah. Basel dah boleh baca Melayu dan English, nak praktikkan Cina aje. Biarlah tak seadvanced budak2 lain, asalkan bahasa Cina dia boleh bawak.

2 hari lepas tu  Basel dah berani jejakkan kaki dia ke lantai, tapi katanya masih sakit lagi. 3 hari kemudian,  Basel dah cuba berjalan tanpa tongkat.   Tapi dia masih berhati-hati, belum kuat sangat.


Update 5 Oktober 2009
Selepas bercuti hampir 2 bulan, hari ni Basel dah ke sekolah.  Ala sian dia, cik pong cik pong pakai tongkat masuk kelas.  Kat tadika Cina, cikgu terus dukung naik kelas kat atas.  Basel kata cikgu yg mandikan dan pakaikan baju lepas habis kelas.

Kat tadika Jamiah, they all biar je dia kat luar kelas (bawah bumbung) belajar sorang2 dengan satu abang.  Masa ummi ambik, diaper dah penuh, hampir nak pecah.  Basel kata dia tak sempat nak pegi bilik air sebab jauh sangat.  Sapa la nak tolong kalau dia nak terbuang air besar .... risau pulak.

update Rabu:  Basel dah dapat gambar graduation tadika cina.  Tecit2 dah ada gambar graduation ....


Update 6 November 2009
Tak sangka betul.  Lepas patah kaki dan bercuti 2 bulan dari sekolah, kami ingat Basel akan buat teruk masa exam tadika.  (Kecik-kecik dah exam, ummi dulu umur 6 tahun, ABC pun belum belajar lagi).

Rupa-rupanya dia dapat 100 markah untuk subjek BM, English, Sains dan Moral.  Cuma Bahasa Cina dan Matematik dia dapat 97.  Average = 99, tertinggi dalam kelas.  Memang kami salute kat cikgu yang berusaha ajar dia sampai dapat catch up semua yg tertinggal masa dia bercuti tu.  BM, English dan Matematik dia tak de masalah sangat, tp bahasa Cina tu memang amazing dia boleh dapat almost everything yg diajar.

Kemahiran dan kebolehan semua dapat A, kecuali 'Singing and Dancing' dia dapat B.  Cikgu cakap dia langsung tak mau praktis untuk konsert.  Patutla masa konsert tengok dia masam aje dan mulut aje komat-kamit tapi suara tak keluar.  Pergerakan tari pun tiru kawan2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan