Kelapa semasa berusia 4 tahun
Mayang pertama dah ada 4 putik kelapa, mayang kedua baru nak
keluar putik bunga, dan mayang terakhir belum terbukak lagi.
Update: 20 Feb 2011
- ummi tengok 4 biji buah kelapa dah besar, saiz dah sama macam yg selalu jual kat kedai. Kalau dikira, dah 4 bulan umurnya. Tiga darinya yang baru jadi putik ada dalam gambar atas. Ummi pun ambik semua bawak balik rumah nak makan. Mula2 keluarkan airnya, banyak jugak dapat lebihkurang 1 liter, tapi air still tak manis lagi. Lepas tu belah dua buah nak ambik isi. Malangnya semua buah belum ada isi ....!!!! padan muka haaaa kan. Tak buat research, tak tanya-tanya umur berapa buah kelapa dah ada isi.

Baru tau buah kelapa muda boleh dimakan masa umur 7 - 8 bulan, dan matang selepas 12 bulan. Tunggu bulan 8 nantilah baru petik buah seterusnya.
Update Ogos 2011:
Update Ogos 2011:
Ramadhan jatuh pada bulan Ogos tahun ni, ummi pun petiklah mayang buah tertua di pokok tu, isinya dah keras, dah sesuai untuk dijadikan kelapa parut. Masa tengok 6 bulan lepas, masih lagi putik kecil. Mayang yang muda sikit pun ummi petik, dah ada banyak air, tapi langsung belum berisi. Yang ini masih dalam bentuk mayang bunga 6 bulan lepas. Selepas ini kalau nampak putik kecil tu keluar, kena petik 5 bulan kemudian untuk dapatkan isi yg lembut.
Basel dan pokok kelapa berusia lebih 7 tahun
Pokok kelapa yang lebih rendah kat belakang tu, ummi ambik dari atok. Berusia setahun lebih muda. Mungkin kelapa gading sebab pelepahnya berwarna kuning.
Update Disember 2011
Dah 4 bulan tak jenguk kebun Pulai Indah, akhirnya pergi jugak sebab nak bersihkan rumah. Banyaknya buah kelapa. Ada satu mayang dah nampak matang, ummi bagi kat jiran. Ummi ambik mayang kedua, ada 6 biji semuanya, lebih dari satu jug besar 2 liter. Dan isinya masyaallah, manis dan dah betul2 sesuai untuk dimakan, sama macam yang jual dikedai. Jug pun tak nampak jernih, sebab penuh dengan isi. Puas ummi satu keluarga makan kebetulan Rayyan dan Aisyah pun dah balik bercuti. Ummi letak sikit gula merah untuk perisakan sikit rasa air. Rumah kami tak beli gula pasir ...percaya tak?
Ada satu lagi mayang yang lebih muda kami baru ambik semalam. Ummi belum belah lagi. Ambil gambar Basel dengan kembarnya umur 8 tahun pula.
Mayang ke 7 sesuai petik sebulan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan