Hari Khamis - Shahiman sekeluarga, termasuk pakcik dan makcik datang ziarah. Kak Khairiyah, Muhammad dan Sarah Yusra pun ada sekali. Hari Jumaat adik2 ayah datang, paksu, makcik Asey, makngah, makteh, dan makcik Tiyah. Pagi Sabtu kami semua pergi ke Pasir Gudang lawat Cik dan pergi raya Deepavali kat rumah kawan ayah, VT.
Balik dari situ, kereta ayah accident dekat2 kilang TNT, 1 km lebih kurang dari U turn ke Pasir Gudang. Masa tu tengah jam, kenderaan jalan sikit2, lepas tu berenti, beberapa kali macam tu la. Tiba2 masa kereta depan berenti mengejut, kereta ayah masih jalan lagi selepas brek dan tergenti betul2 seinci kot di belakang dia. Kitaorang ada masa berenti sekejap, sebelum tiba2 kereta bergegar sebab dilanggar dari belakang.
Alhamdulillah takde sorang budak pun cedera, tapi kereta belakang, PROTON, habis kemek bonet dan remuk semua lampu depannya. Satu keluarga India yg pakai baju cantik sempena Deepavali. OK tak de sapa cedera. Kereta kami, cuma calar sikit cat pada bumper. Tp menurut agen insuran, bumper kami kena ganti (kalau tengok mata kasar, ok je bumper tu takde cacat cela kecuali calar).
Pastu kena patah balik ke Pasir Gudang buat report kat balai polis Seri Alam. Lamanya proses, sampai dekat maghrib baru semua selesai. Oleh sebab kereta kami yg dilanggar, kereta proton tu kena denda RM300 dan semua tuntutan buat kat insuran dia.
Bila lalu semula jalan yg sama, memang logik sangat kami kena accident, sebab style trafik di situ yg kadang2 jalan, kadang2 berenti mengejut. Beberapa kali lagi kereta ayah berenti dekat sangat dengan kereta depan, walau dah cuba ikut sejauh mungkin. Tak boleh ikut jauh sangat, sebab ada je kereta dari lane sebelah nak cilok masuk. Lepas dari pusingan U turn, ada exit ke JB, barulah trafik clear dan jalan smooth tak sangkut2.
Pagi tadi Hf cakap dia pun nak beli kereta macam kereta ayah, sebab power dan tak rosak lepas kena langgar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan