Rabu, 16 Februari 2011

Rayyan Main hoki di MATRI


Gambar ni ummi ambik dari facebook kawan Rayyan, fotographer sekolah agaknya.  Bangga tengok anak2 bersukan, sebab ummi masak kecik pun kuat sukan.


Update 18/4/2015
Akibat dari main hoki, Rayyan telah  menderita sakit belakang.  Katanya seperti dicucuk-cucuk.  2 tahun lepas, ayah bawa Rayyan ke hospital pakar Puteri, tetapi diberitahu bukan masalah tulang atau saraf, sebaliknya masalah otot.  Dan rawatannya ialah fisioterapi.  Rawatan tu kena datang berulang2 pada tarikh ditetapkan.
 
Kerana Rayyan masih bersekolah dan kena balik ke Matri esoknya, dia cuma diberi  ubat tahan sakit.  Rayyan bertahan sehinggalah baru2 ini dia mengadu tak tahan sakit.

Minggu lepas umi pergi ke asrama seksyen 6 Intec, Shah Alam untuk berjumpa Rayyan.   Kami pergi ke hospital Pakar KPJ di seksyen 20.  Kami cuba menggunakan kad insuran Prudential yang dibayar sejak tahun 2010.   Tetapi menurut info yang diberi di situ, insurance kami tak cover rawatan pesakit luar (kena bermalam, dan satu bilik RM450 sedangkan insurance cover sehingga RM100 sahaja).  Dan yang paling teruk sekali, fisioterapi tidak dicover langsung  samada sebagai pesakit luar atau bermalam.

Macam sia-sia aje bayar insurance mahal2 tiap-tiap bulan, bila tiba masanya diperlukan, langsung tak boleh pakai.  Ejen insurance, tiap2 tahun melancung ke oversea guna bayaran insurance yang kita bayar tiap2 bulan tu.  Macam perniagaan MLM je.   Ayah habis lebih seribu ringgit sebulan bayar insurance Prudential untuk setiap ahli dalam keluarga kami.  Bila jadi macam ni, umi rasa sedih sangat, sudahlah ayah tiada di Malaysia.

Semalam, Rayyan bersama pak ngah pergi ke hospital pakar di Subang Jaya untuk dapatkan rawatan pakar.  Untuk perjumpaan pertama sahaja, bilnya sudah RM300 ringgit.  Tetapi kali ini doktor pakar beritahu tulang belakang Rayyan ada deformiti sejak lahir, iaitu bengkok sikit.  Mungkin sebab main hoki, barulah terasa sakitnya.  Sama juga, rawatan yang dicadangkan ialah fisioterapi.  Ya Allah ya Tuhanku, sembuhkanlah anakku Rayyan.  Ketika dengar berita ni semasa call Rayyan, umi dah tak kisah lagi, biarlah kami kena bayar berapa pun, asalkan Rayyan sembuh akhirnya.  Kesiannya Rayyan,  sabarlah anakku.

Selasa, 15 Februari 2011

Sarah Aktif Aktiviti di Sekolah

Buat masa ni Sarah sorang je yang tunjukkan minat pada sukan dan kegiatan luar macam ummi masa kecik dulu.  Minggu lepas, penuh jadual dia seminggu wakil sekolah untuk beberapa acara.  Antara yang dia cerita, lompat jauh, lari berganti-ganti dan bola baling.  Sebenarnya dia pun tak tau dia wakil sekolah.  Dia cuma cakap dia masuk sukan aje.  Ummi tau bila anak kawan kat sekolah lain bagitau Sarah main lawan sekolah dia.

Tahniah Sarah.

Tahun ni Sarah akan masuk pertandingan bercerita bahasa Inggeris dan spelling English.  Tahun lepas dia masuk menyanyi dalam bahasa Inggeris dan bercerita bahasa Melayu.  Semasa di Woon Hwa pun, darjah 1 dan darjah 2, dia dipilih juga masuk pertandingan2 macam ni.  Sarah ni berani mencuba, sebab tu selalu terpilih.  Banyaknya persamaan dengan ummi masa kecik.

Sarah ni jenis outdoor.  Ummi baru belikan dia basikal dan topi keledar.  Tiap hari dia berbasikal ke sana ke mari dengan anak jiran sebaya bernama Aishah.

Khamis, 10 Februari 2011

Banjir di Segamat Mula 31 Jan 2011

Segamat banjir dan terputus hubungan dengan bandar2 lain pada hari Isnin 31 Jan 2011, hari yang sepatutnya ummi dan anak2 balik kampung.  Ummi tunggu sampai hari Rabu, dan tiba di Segamat pada pukul 2 pm. 

Masa bawak nenek jalan2 dari simpang jalan Kuantan ke Gemereh, kami berada di antara 2 jalan banjir.  Ke arah Muar, di km 8 banjir dan jambatan runtuh, ke arah Segamat di Batu Badak banjir jugak rupanya.  Jambatan ke kebun abah tenggelam terus, penduduk di situ kena naik bot nak ke jalan besar.  Ingatkan nak balik rumah terus, rupanya kena patah balik ke simpang Kuantan sebab kereta tak boleh lalu.

Tengah malam tu, baru makngah sekeluarga datang dari Melaka.  Diaorang dah sampai Tangkak, kena patah balik sebab rupanya jalan di km 18 dekat UiTM berlubang dan banjir tinggi 5 kaki.  Patah balik ke lebuhraya arah ke selatan, masuk melalui Yong Peng.  3 jam baru sampai Segamat.

Hari Khamis, ummi dan makngah sekeluarga pergi melawat jalan banjir di Batu Badak, jalan atas air dan  tengok orang tangguk ikan.