Buat masa ni Sarah sorang je yang tunjukkan minat pada sukan dan kegiatan luar macam ummi masa kecik dulu. Minggu lepas, penuh jadual dia seminggu wakil sekolah untuk beberapa acara. Antara yang dia cerita, lompat jauh, lari berganti-ganti dan bola baling. Sebenarnya dia pun tak tau dia wakil sekolah. Dia cuma cakap dia masuk sukan aje. Ummi tau bila anak kawan kat sekolah lain bagitau Sarah main lawan sekolah dia.
Tahniah Sarah.
Tahun ni Sarah akan masuk pertandingan bercerita bahasa Inggeris dan spelling English. Tahun lepas dia masuk menyanyi dalam bahasa Inggeris dan bercerita bahasa Melayu. Semasa di Woon Hwa pun, darjah 1 dan darjah 2, dia dipilih juga masuk pertandingan2 macam ni. Sarah ni berani mencuba, sebab tu selalu terpilih. Banyaknya persamaan dengan ummi masa kecik.
Sarah ni jenis outdoor. Ummi baru belikan dia basikal dan topi keledar. Tiap hari dia berbasikal ke sana ke mari dengan anak jiran sebaya bernama Aishah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan