2 minggu lepas, 15 Feb, cuma 2 hari je sebelum demo besar-besaran rakyat Libya menentang Muammar Gaddafi, ayah pergi KL ke berjumpa duta Libya ke Malaysia. Tujuan utama nak buat kerjasama projek antara UTM dan kerajaan Libya. Ummi dah hint2 ayah kalau ada kerja kat sana, try la your luck. Dapat setahun dua pun dah cukup. Ayah memang dah plan macam tu pun.
Duta Libya ni sebenarnya ex-student ayah. Ayah banyak bekerja dengan dia beberapa tahun lepas, terus jadi good friend. Ayah memang pandai lebarkan kawasan jajahan. Duta pun dah jaminkan ayah, negara dia aman dan kaya. Tup2 dua hari lepas tu .... kejadian yg memang tak terduga. Duta tu terus isytihar dia bersama rakyat.. Berita terbaru, ~ 1000 rakyat Libya terbunuh diserang oleh Gaddafi. Plan kami terpaksa ditangguh atau cancel terus ....
update 2 Mac 2011 ... US diberitakan nak serang Libya. Ya Allah lindungilah rakyat Libya dan mereka yang taat padaMu.
update 20 Mac - Libya sudah diserang. Kapal perang dan kapal selam US dan Britain dah lancar 110 peluru berpandu ke arah pertahanan udara Libya.
Ahad lepas, ayah ke Pontianak selama 4 hari untuk misi kerjasama dengan Universitas Tanjungpura, Kalimantan Barat, Indonesia.
Ini kali ke 2 ayah ke sana. Kali pertama semasa misi Jelajah Borneo menggunakan biodiesel tahun lepas. Ayah dah ada contact dengan sorang prof Indonesia berbangsa Banjar. Ayah kalau jumpa orang Banjar je, macam dah jumpa sedara, padahal yg bangsa Banjar tu ummi. Ayah tak de kena mengena langsung. Prof tu pulak ada hantar sorang anak dia belajar di UTM dalam bidang Biomedic Engineering.
2 hari lagi ayah balik ....
Update 3 Mac: Rabu. Ummi letih sangat dengan kerja dan urusan anak-anak sekolah sepanjang ayah takde ni. Rumah lintang pukang, pinggan mangkuk dah 2-3 hari tak basuh, dahlah semut api tiap waktu masuk rumah cari air agaknya, sebab diluar kemarau panjang. Ummi rasa letih sangat tiap kali masuk dapur nampak semut api berbaris panjang di lantai dapur. Kalau tak perasan, pijak memang bengkak badan kena gigit. Dah basuh lantai dengan air sabun. Kang cek balik tengahari, dia dah mula barisan baru.
Tengahmalam ayah nak balik, baru ummi tergopoh gapah ganti cadar katil, sarung bantal dan selimut. Ayah dah masuk rumah, ummi baru nak sapu lantai bilik tidur. Kalau ikutkan hati, ummi nak tidur aje layan mata mengantuk ummi ni. Tapi kena tahankan jugak. Semalam masa cikgu tusyen cina datang, budak2 je yang masih jaga, ummi dah lena. Diaorang kejut ummi masa cikgu nak balik, dan ummi bagi dia gaji pertama RM100.
Dan ayah ada berita yang lagi sedih ummi nak dengar. Esok dia akan ke Filipina pula selama 5 hari. Ya Allah rumahku akan jadi tongkang pecah lepas ni, dengan kerjaku yang bertambah dan anak2 kecik yang tak reti mengemas lagi. Hari Jumaat terpaksa minta tolong ibu lagi untuk uruskan anak2 kami sebab ummi ada exam sampai pukul 7 malam. Masa ni ummi sangat-sangat appreciate kalau Rayyan dan Aisyah ada bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan