Dulu-dulu tiap kali cuti sekolah, ada 2 bas bawa budak2 dari Perlis ke Johor. Selalunya kalau Rayyan bertolak pukul 3 pm dari MATRI, dia akan sampai Skudai pukul 3 am.
Ummi dan ayah dah standby tidur tepi hp Ummi beberapa kali terjaga sebab risau sangat diaorang masih tak sampai, bila tertidur termimpi2 budak2 tu sampai pukul 7 pagi dan ayah tak nak ambik sebab dah terlewat nak hantar adik2 ke sekolah. Ummi terjaga dari tidur dan tersedar dari mimpi bila hp berdering, rupanya dah pukul 6 pagi.
Sejak MATRI bukan cawangan kat Simpang Renggam, ramai budak Johor dah sekolah kat situ. Jadi dah tinggal 1 bas aje dan berkongsi dengan budak2 dari Perak. Masa travel jadi lebih lama sebab nak keluar dari highway dan berhenti di Ipoh. Rayyan dan Aisyah sampai Skudai pukul 6 pagi.
Kesian nya Aisyah, semua tudung labuh yang ummi tempahkan tak cukup labuh bagi warden asrama dia. Kotor sangat tudung Aisyah, rupanya tudung labuh yang elok tu juga kena bawak pergi toilet. Tak boleh pakai tudung lain. Bayangkan nak pergi toilet nak buang air atau mandi pun kena pakai lengkap berstokin, padahal dalam asrama perempuan. Ummi cukup tak setuju tapi dah peraturan warden. Aisyah pernah kena denda cuci kolah sebab pakai tudung tak cukup labuh.
Balik cuti ni, ummi belikan kain ela untuk buat 5 tudung labuh baru untuk Aisyah. Sabarlah Aisyah, ingatkan benda2 baik je yang Aisyah bakal dapat di situ. Contohnya ummi suka dengar aktiviti halaqah. Ummi tak faham apa itu halaqah, tapi kata Aisyah masa tu senior bawa jalan keluar sambil menghafal Quran. Budak2 tingkatan 1 hafal juz Amma. Sapa dapat hafal semua, kakak senior bawa jalan2 dan makan di luar.
Kemudian belajar bahasa Arab. Dulu Aisyah belajar Arab di sekolah rendah agama, tapi langsung tak boleh dapat. Ayah kata buku teks dia tak sesuai dan tak berkesan untuk budak2. Gred paling tinggi pun dapat C. Bila Aisyah masuk MATRI, dia terus suka bahasa Arab sebab pengajaran yg berkesan agaknya, ditambah guru pun berbangsa Arab. Markah ujian pertama Aisyah dapat 80% = A.
Hari Jumaat ni kami balik Melaka sebab Fatin bertunang.
Rayyan dan Aisyah naik bas ekspress KKKL ke Matri bersama 13 pelajar lain pukul 8.45 pm hari Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan