Selasa, 15 Mac 2011

Cuti Sekolah 11 - 19 Mac 2011

Dulu-dulu tiap kali cuti sekolah, ada 2 bas bawa budak2 dari Perlis ke Johor.  Selalunya kalau Rayyan bertolak pukul 3 pm dari MATRI, dia akan sampai Skudai pukul 3 am. 

Ummi dan ayah dah standby tidur tepi hp  Ummi beberapa kali terjaga sebab risau sangat diaorang masih tak sampai, bila tertidur termimpi2 budak2 tu sampai pukul 7 pagi dan ayah tak nak ambik sebab dah terlewat nak hantar adik2 ke sekolah.  Ummi terjaga dari tidur dan tersedar dari mimpi bila hp berdering, rupanya dah pukul 6 pagi.

Sejak MATRI bukan cawangan kat Simpang Renggam, ramai budak Johor dah sekolah kat situ.  Jadi dah tinggal 1 bas aje dan berkongsi dengan budak2 dari Perak.  Masa travel jadi lebih lama sebab nak keluar dari highway dan berhenti di Ipoh.  Rayyan dan Aisyah sampai Skudai pukul 6 pagi.

Kesian nya Aisyah, semua tudung labuh yang ummi tempahkan tak cukup labuh bagi warden asrama dia.  Kotor sangat tudung Aisyah, rupanya tudung labuh yang elok tu juga kena bawak pergi toilet.  Tak boleh pakai tudung lain.  Bayangkan nak pergi toilet nak buang air atau mandi pun kena pakai lengkap berstokin, padahal dalam asrama perempuan.  Ummi cukup tak setuju tapi dah peraturan warden.  Aisyah pernah kena denda cuci kolah sebab pakai tudung tak cukup labuh.

Balik cuti ni, ummi belikan kain ela untuk buat 5 tudung labuh baru untuk Aisyah. Sabarlah Aisyah, ingatkan benda2 baik je yang Aisyah bakal dapat di situ.  Contohnya ummi suka dengar aktiviti halaqah.  Ummi tak faham apa itu halaqah, tapi kata Aisyah masa tu senior bawa jalan keluar sambil menghafal Quran.  Budak2 tingkatan 1 hafal juz Amma.  Sapa dapat hafal semua, kakak senior bawa jalan2 dan makan di luar.

Kemudian belajar bahasa Arab.  Dulu Aisyah belajar Arab di sekolah rendah agama, tapi langsung tak boleh dapat. Ayah kata buku teks dia   tak sesuai dan tak berkesan untuk budak2.   Gred paling tinggi pun dapat  C.  Bila Aisyah masuk MATRI, dia terus suka bahasa Arab sebab pengajaran yg berkesan agaknya, ditambah guru pun berbangsa Arab.  Markah ujian pertama Aisyah dapat 80% = A.

Hari Jumaat ni kami balik Melaka sebab Fatin bertunang.

Rayyan dan Aisyah naik bas ekspress KKKL ke Matri bersama 13 pelajar lain pukul 8.45 pm hari Sabtu. 

Selasa, 1 Mac 2011

Libya dan Pontianak

2 minggu lepas, 15 Feb, cuma 2 hari je sebelum demo besar-besaran rakyat  Libya menentang Muammar Gaddafi, ayah pergi KL ke berjumpa duta Libya ke Malaysia.  Tujuan utama nak buat kerjasama projek antara UTM dan kerajaan Libya.  Ummi dah hint2 ayah kalau ada kerja kat sana, try la your luck.  Dapat setahun dua pun dah cukup.  Ayah memang  dah plan macam tu pun. 

Duta Libya ni sebenarnya ex-student ayah.  Ayah banyak bekerja dengan dia beberapa tahun lepas, terus jadi good friend.  Ayah memang pandai lebarkan kawasan jajahan. Duta pun dah jaminkan ayah, negara dia aman dan kaya.   Tup2 dua  hari lepas tu .... kejadian yg memang tak terduga.  Duta tu terus isytihar dia bersama rakyat..  Berita terbaru, ~ 1000 rakyat Libya terbunuh diserang oleh Gaddafi.   Plan kami terpaksa ditangguh atau cancel terus ....

update  2 Mac 2011 ... US diberitakan nak serang Libya.  Ya Allah lindungilah rakyat Libya dan mereka yang taat padaMu.

update 20 Mac - Libya sudah diserang.  Kapal perang dan kapal selam US dan Britain dah lancar 110 peluru berpandu ke arah pertahanan udara Libya.



Ahad lepas, ayah ke Pontianak selama 4 hari untuk misi kerjasama dengan Universitas Tanjungpura, Kalimantan Barat, Indonesia.

Ini kali ke 2 ayah ke sana.  Kali pertama semasa misi Jelajah Borneo menggunakan biodiesel tahun lepas.  Ayah dah ada contact dengan sorang prof Indonesia berbangsa Banjar.  Ayah kalau jumpa orang Banjar je, macam dah jumpa sedara, padahal yg bangsa Banjar tu ummi.  Ayah tak de kena mengena langsung.  Prof tu pulak ada hantar sorang anak dia belajar di UTM dalam bidang Biomedic Engineering. 

2 hari lagi ayah balik ....

Update 3 Mac:  Rabu. Ummi letih sangat dengan kerja dan urusan anak-anak sekolah sepanjang ayah takde ni.  Rumah lintang pukang, pinggan mangkuk dah 2-3 hari tak basuh, dahlah semut api tiap waktu masuk rumah cari air agaknya, sebab diluar kemarau panjang.  Ummi rasa letih sangat tiap kali masuk dapur nampak semut api berbaris panjang di lantai dapur.  Kalau tak perasan, pijak memang bengkak badan kena gigit.  Dah basuh lantai dengan air sabun.  Kang cek balik tengahari, dia dah mula barisan baru.

Tengahmalam ayah nak balik, baru ummi tergopoh gapah ganti cadar katil, sarung bantal dan selimut.  Ayah dah masuk rumah, ummi baru nak sapu lantai bilik tidur.  Kalau ikutkan hati, ummi nak tidur aje layan mata mengantuk ummi ni.  Tapi kena tahankan jugak.  Semalam masa cikgu tusyen cina datang, budak2 je yang masih jaga, ummi dah lena.  Diaorang kejut ummi masa cikgu nak balik, dan  ummi bagi dia gaji pertama RM100.

Dan ayah ada berita yang lagi sedih ummi nak dengar.  Esok dia akan ke Filipina pula selama 5 hari.  Ya Allah rumahku akan jadi tongkang pecah lepas ni, dengan kerjaku yang bertambah dan anak2 kecik yang tak reti mengemas lagi.  Hari Jumaat terpaksa minta tolong ibu lagi untuk uruskan anak2 kami sebab ummi ada exam sampai pukul 7 malam.  Masa ni ummi sangat-sangat appreciate kalau Rayyan dan Aisyah ada bersama.