Khamis, 7 April 2011

Hantar T Shirt Muslimah untuk Aisyah

Masa mendaftar ke MATRI, ummi bekalkan 3 t-shirt muslimah untuk Aisyah, 2 pasang baju tidur, 2 t-shirt biasa lengan panjang dan 1 baju kurung.  Rupa-rupanya peraturan asrama sangat ketat, tak boleh pakai langsung baju tidur, t-shirt biasa,  dan baju kurung walaupun untuk tidur!!!!!  T shirt muslimah tu semua jenama Teen Muslim.

Masa balik bercuti 2 minggu lepas, Aisyah minta ummi belikan t-shirt muslimah warna biru gelap yang sesuai untuk dia bersukan.  Sebab masa singkat sangat, dan tak ada kedai jual pakaian tu di sini, ummi minta tangguh seminggu. 

Minggu lepas, ada pesta konvo di UTM.  Banyak betul gerai yang jual t shirt muslimah, tapi kebanyakannya warna warna pink, hijau, biru muda, maroon dan hitam.  Akhirnya ummi beli beli  t-shirt warna biru muda + jalur biru gelap, dan satu lagi warna biru gelap + jalur hitam.  Dua-dua kain kapas dan bersulam bunga kecil di satu sudut.  Tapi tak sempat nak tengok jenama apa.

Ummi bersyukur dalam keadaan semua kedai pakaian dan mall jual t shirt ketat dan singkat paras punggung, ada umat Islam yang perihatin dan buat t shirt muslimah.  Beberapa tahun lepas, cuma jumpa 2-3 syarikat je yg buat, sekarang dah banyak.  Cuma buat masa ni, kat tempat kami boleh jumpa masa konvo je, sebab tak ada lagi kedai di sini yang khusus jual t shirt tu. 

Lagi satu boleh beli online, tapi itu boleh kalau kita dahbeli beli jenama tu dan tau saiznya macammana.  Sebab saiz S bagi t shirt jenama A muungkin sama dengan saiz M jenama B.

update:  hari Jumaat 15 April, bungkusan tu sampai ke tangan Aisyah.  Lebih dari seminggu lepas hantar.  Seronok Aisyah dapat album dan gambar keluarga dari ummi.  Aisyah cakap dia suka Tshirt kaler hitam tu, cuma tangannya agak sempit.



UPdate 2013:  Sekarang dah tak susah nak cari Tshirt muslimah.  Kalau dulu saiz terhad, sekarang untuk perempuan saiz XXL pun ada.  Kat Giant Mall Taman Pulai Utama pun dah banyak kedai jual T shirt muslimah.  Kedai2 jual baju biasa pun dah letak 2-3 brand tshirt muslimah. Aisyah pula dah jauh lebih tinggi dari ummi, kena pakai saiz dewasa M.

2 ulasan:

  1. Yong , Ilah ada beli T shirt Muslimah jenama Sumayya Ilah pakai saiz "s" sebab saiz M terlebih besar & panjang tangannya dan macam pakai dress tidur lah pulak...harga RM45-RM55 ikut pattern..dulu beli kat kedai murah sikit tapi tang punggung ketat w/pun tang dada besar..

    BalasPadam
  2. Pernah tengok iklan Sumayyah, tapi tak de masa konvo. Nanti2 kalau Aisyah minta Tshirt bolehlah cari.

    Badan Aisyah dah tinggi sikit, dah boleh pakai Tshirt dewasa, bulan 12 hari tu langsung tak boleh.

    BalasPadam