Sabtu, 25 Jun 2011

Felda Hot Spring Resort, Sg Klah, Perak

Satu lagi tempat persinggahan  untuk berehat dalam perjalanan  ke Perlis tempohari.  Recommended rating *****   family friendly, best sangat.  Kalau datang dari KL,  dekat je  dengan Tanjung Malim memang boleh balik hari. Ada disediakan penginapan berdekatan, boleh sewa ramai2 buat family gathering.  Kami sudah beberapa kali singgah berehat  di sini dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.


 Air panasnya ada  yang suam2 kuku sehingga yang panas mendidih.   Jangan risau sebab semua tempat dah diletakkan signboard  suhu air terutama tempat2 yang airnya melebihi 50 darjah Celcius. Ibubapa kena jaga anak masing2 takut mereka berlari masuk terus ke tempat air panas. Selipar Hf termasuk ke dalam takungan air mendidih sebab tanpa kami sedari dia  boleh panjat untuk berjalan di atasnya.  Mujurlah takungan  yang dibuat dari simen tu di tutup dengan pagar besi, cuma kaki kecil kanak2 mungkin muat untuk termasuk ke dalamnya.  Mujurlah selipar tu  terapung dan masih boleh ditarik keluar menggunakan ranting.



Ada juga kawasan yang dikhaskan untuk merebus telur.  Kita boleh bawa telur ayam dari luar  atau beli dari gerai  berdekatan.  Tempat tu sesuai sebab ada batu lekuk berisi air mendidih seolah2 periuk semulajadi.



Kawasan kolam mandi yang ada sliding tu pula air sejuk gunung sepenuhnya.  Kalau takut anak2 kecil termasuk ke kolam air panas, main air di sini je.  Kawasan air cetek dan dalam dipisahkan dengan kabel merah melintang ditengah2.

Rabu, 22 Jun 2011

Surabaya - Bromo atau Bandung?

Ummi bercadang nak ke Bandung bawa nenek, tapi ayah berminat nak ke Gunung Bromo di Jawa Timur pula.  Bila ummi search di internet, tempat tu macam sesuai untuk orang2 muda, bukan keluarga yang ada anak kecil dan orang tua seperti kami.  Ramai yang ke situ sebab transit nak ke Bali, atau semasa hantar maid balik kampung.  Rupa-rupanya ramai maid dari Indonesia berasal dari Surabaya.




Ummi nak cari info banyak2 sebelum buat keputusan akhir. 

Surabaya- tempat yang boleh dilawati:


1.  Ladang epal di Batu - Malang Kesuma Agrowisata - Busana Muslim depan Matahari - Bakpao Telo - keledek - Helios Hotel pakej bus ke sand lava 


email Pak Agus helios37@yahoo.com,   hp +62 85 649648000 (mobile), +62 341 362741 (ofis) 




2.  Gunung Penanjakan - Bromo  - Lavaview Lodge or Cemara Lawang di Ngadisari -  info 2011 masih tutup sebab tgh aktif - Bromo berterusan meletus gas sejak Jan 2011 - letusan berapi Mac 2011.



3.  Zoo - ada biawak komodo
4.  Mojokerto - kerajaan kuno Majapahit
5.  Lumpur panas - sejak Mei 2006 dan diramalkan sehingga 2023 - Desa Renokenongo dan Desa Porong Sidoarjo. 



website dari sekumpulan geologist Indonesia:  Bagaimana Banjir Lumpur Terjadi

6.  Kain lace - Jambatan Merah - Hotel Ibis Rajawali
7.  Masjid Ampel - Wali Songo
8.  Kawah Ijen - jalan ke Banyuwangi- 3 km mendaki




update: tak jadi pergi hujung tahun 2011, anak2 cuti sekolah, tapi kami tak cuti ..... lagipun katanya cuaca tak elok di sana. Nak cuba tahun 2012.  

update:  dah tahun 2017, masih belum ada rezeki untuk ke sana, insyaallah bila2 masa nanti. Tapi kami dah berjaya ke Bandung bersama nenek tahun 2014, yang tu memang sesuai untuk famili .


Selasa, 21 Jun 2011

Arowana, Tasik Tanah Bukit Merah dan Bagan Serai, Perak

Landasan keretapi KTMB dan projek landasan berkembar

Gambar diambil dari tebing Bukit Merah



update 22 April 2016:  disebabkan peristiwa El Nino, kemarau panjang dan panas di Malaysia sekarang, Tasik Bukit Merah kering, paras air tinggal 1/3 dari sebelumnya.  Gambar bawah ambil dari http://www.mstar.com.my/.

 April 2016: nampak macam kawasan yang sama dengan gambar yang kami ambil tahun 2011

Kami berhenti sekejap di sini dalam perjalanan dari Johor ke Perlis.  Ingatkan nak singgah ke Tasik Merah Resort, tapi tak jadi.  Malam tu kami tidur di homestay cikgu Ani di Bagan Serai.  Bulan Jun sawah sedang menghijau, padi baru nak berputik.  Kebanyakan sawah padi berhampiran lebuhraya sudah bertukar menjadi ladang penternakan Arowana.  Ikan arowana berasal dari Tasik Bukit Merah dan anak2 sungai yang mengalir ke dalamnya.


Homestay cikgu Ani di tengah sawah


Masjid Tinggi dibina 1890an oleh penduduk asal Bagan Serai 

Dan sungguh tak sangka, dapat berjumpa masjid bersejarah, asal usul nenek moyang ummi, kaum Banjar dari Kalimantan.  Sebenarnya ayah yang kenal masjid tu, sebab senibinanya sama dengan masjid yang pernah dilihat di sana..  Masjid Tinggi Bagan Serai dibina pada tahun 1890an dan dirasmikan oleh Sultan Perak pada tahun 1923.  Sekarang Masjid Tinggi sudah tak digunakan lagi, ada satu masjid baru di seberang jalan.

Bukit Semanggol juga tempat di mana pasti PAS menang buat pertama kali semasa pilihanraya.  Sini ramai orang kuat PAS. Maa'had Al Ehya Al Shariff di Gunung Semanggol antara sekolah agama swasta yang awal di Malaysia. 

Sabtu, 11 Jun 2011

Sarah dan Fear Factor

Sarah budak yang paling lasak dalam keluarga ni selain Rayyan. Banyak benda dia dah buat, flying fox, jalan atas board walk tanpa papan, berbasikal sekitar UTM, bersukan. Tak tahu apa yang dia tak takut.

Tapi hari ni kami dah tengok ketakutan dia yg real. Kami pergi Kellie's Castle, dan tingkat teratas adalah bumbung rata tanpa penghadang. Yang lain2 semua selamba je jalan atas bumbung tu, Sarah yang baru nak naik terus terhenti dan pucat tengok kami. Dia tak jadi naik.



Bila disuruh juga, dia naik dan terus duduk diam berdekatan tangga. Dia tak berani nak angkat punggung pun atas bumbung tu. Muka Sarah nampak betul2 takut. Bila nak turun, dia yg pertama mengesot turun.



Memang sangat pelik dan menakjubkan,sorang budak yang lasak dan berani buat perangai macam ni. Sampai masa makan malam pun kami dok sembang psal ni. Kesian Sarah diam je takde pulak cuba menafikan atau terasa hati bila digelakkan oleh adik-beradik dan mak ayahnya.


Mula la keluar cerita Basel masa kecik yang tertinggal dari kami semasa di muzium sebab terlalu takut dan terpaku kat depan patung orang asli!!!