Khamis, 21 Julai 2011

Endau Rompin - Laluan Selai

Kami ikut rombongan Summer Course yg ayah dan Dr Lee buat untuk pelajar university dari Thailand.  Antara aktiviti yang mereka buat ialah berkemah di Taman Negara Endau Rompin selama 3 hari.  Keluarga kami dan keluarga Dr Lee datang pada hari kedua.  Kami masuk melalui pekan Bekok.  Tinggalkan kereta di stesen dan naik kenderaan pacuan 4 roda sejauh 27 km ke Kem  Lubuk Tapah melalui kampung orang Asli di Selai.  Kenderaan tu kira macam teksi ke dalam hutan.  Driver kami bekerja tetap di KTM, Sabtu Ahad part time bawak 'teksi' kat situ.

Kami melalui ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan orang asli.  Kalau lihat di google map, laluan kami tu satu-satunya laluan masuk dari barat ke hutan Endau.  Di kiri kanan bukit bukau dan lurah bersilih ganti.  Sejam kemudian, baru sampai ke kawasan kem.  Lihat lokasi Endau Rompin di Johor.

Jalan masuk ke Taman Negara Endau Rompin - Selai 


Peserta kem sedang membuat aktiviti di dalam hutan, jadi keluarga kami dan keluarga Dr Lee cuma rehat-rehat dan bersarapan sementara menanti mereka balik.  Tengahari tu mereka balik dan kemudian pergi semula untuk aktiviti trekking sejauh 8 km.  Ayah, Dr Lee dan anak lelakinya berusia 13 tahun ikut sekali.  anak-anak ummi nak ikut, tapi staf Taman Negara tak benarkan, kecik lagi katanya.  Faham, takat 1 km boleh la bertahan, kalau 8 km, mau berdukung nanti!

 Jadi petang tu anak-anak ummi habiskan masa dengan bermain pasir dan kereta-kereta kecik yang dibawa.  Anak Dr Lee yang berusia 6 tahun tinggal bersama kami.  Fuhh, penat juga nak jaga budak2 ni, sebab sebelah kem tu ada sungai yang agak dalam airnya.  Ummi kena bertahan mata dan aktif berlari sana-sini mengejar budak2 yang bergerak terlalu dekat dengan tebing sungai.

Orang dewasa pergi jungle trekking, budak kecik main kat sini je

Lewat petang, kami dibawa naik landrover ke Base Camp kira2 1 km di atas, dimana airnya lebih jernih dan sesuai untuk bermain.  Ummi biarkan anak2 main air, ummi rehat kat atas batu.  Tak sangka jumpa ayah yang baru balik dari trekking.  Tak lama lepas tu, satu-satu peserta muncul dari hutan , muka masing-masing terbakar dan bermandi peluh.  Fuhh nasib baik tak ikut.  Sekarang memang musim yang panas membahang.  Apalagi kawasan kem kami tu yang lapang berpasir, lagi la terasa bahang panasnya.


Lubuk Tapah selepas banjir besar bulan Feb 2011

Ada banyak air terjun yang cantik di sepanjang jungle trekking, tapi ayah ambik gambar air terjun Takah Tinggi je.  Link ni ada tunjukkan banyak lagi gambar air terjun yang terdapat di situ.  Nama-nama air terjun di Selai bermula dengan Takah.

Takah Tinggi


Malam tu kami tidur dalam kemah.  Ummi dan ayah tersangat letih dan tidur awal.  Tapi sebelum terlena, sempat jugak ummi terdengar riuh suara anak-anak ummi dan anak-anak Dr Lee bermain hide and seek.  Seronok dengar diaorang sibuk mengundi dan mencari, adakalanya bertekak, dalam bahasa Cina.  Ummi cuma faham masa ada yang kira ee er san sek tu je.  Peserta kem ada aktiviti masak nasi dalam plastik dan daun, serta pancing ikan dan bakar.  Penuh unggunan api di sana sini ikut kumpulan masing-masing.  Yang ni pun ummi cuma faham hilai tawa diaorang je, sebab bercakap semua dalam bahasa Thai.

Sarah bersama peserta Summer School 2011

Isnin, 11 Julai 2011

Skudai-Putrajaya-KL: 9 Julai 2011

Nenek dan anjang call memanjang, tanya jadi ke pergi KL, macammana nak pergi.  Diaorang macam tak percaya ummi nak pergi jugak sebab ayah takde dan keadaan KL sekarang.  Nenek dah duduk KL dari hari Khamis lagi,  tolong majlis perkahwinan kat rumah mak lang.

Selepas berkemas, belum sarapan, pukul 9.00 pagi baru bertolak dari rumah di Skudai.   Jam pulak kat lebuhraya JB-Senai, ingatkan ada accident.  Rupanya sekatan polis.   Lori kecik belakang kami kena tahan.  9.30 baru lepas jem, singgah di R&R Skudai, isi minyak, makan di Dunkin Donut dan Burger King.  Ummi layan budak2 ni makan pergi toilet semua, pukul 10.30 pagi baru lepas tol Skudai.  Kalau ikut hari biasa, 6 jam untuk sampai KL: 4.30 pm.  Ummi rasa ok dah kot, mesti pendemo BERSIH dah bersurai.  Ummi dapat tau nenek dok komplen dah tau nak makan kenduri, awat pergi lambat sangat. 

Buka radio semasa dalam kereta, katanya jam teruk di tol  Ayer Keroh ke lebuhraya KL sebab ada sekatan polis.  Polis dah bersedia dari pintu2 masuk ke lebuhraya lagi.  Efficient!  Tapi dah ramai yang terlepas sebenarnya dari malam sebelum tu.

Lepas Seremban, ok jalan lengang arah ke KL.  Dalam keadaan macam ni, sapa-sapa yang tak ada urusan mesti malas nak pergi KL.

Sampai Nilai, jam lagi.  Rupanya sekatan polis.  Kereta di depan dan di belakang ummi kena tahan.  Ummi masuk ke lebuhraya Nilai-Puchong untuk Putrajaya, ambik plan kedua.  Tol Skudai-Putrajaya RM42.20 sejauh 307 km. 

Pusing2 dan lepas bertanya arah, sampai jugak kami ke Putrajaya Sentral di Presint 9.  Parking kereta dan beli tiket ERL ke Bandar Tasik Selatan.  Kami terlepas perjalanan pukul 2.30, dan kena tunggu hampir setengah jam untuk perjalanan pukul 3 pm.  Kalau keliru kat mana Putrajaya Sentral, ikut aje signboard arah ke Putrajaya Hospital, sebab diaorang berjiran.

Pukul 3.30 sampai Bandar Tasik Selatan dan naik STAR pergi ke Sentul Timur.   Transit Masjid Jamek, PWTC, dan beberapa tempat pendemo berkumpul ditutup, kami dalam tu tak tau apa-apa.  Nampak bangunan pencakar langit dan bumbung masjid Jamek aja.  LRT lengang aje, tak macam selalu.  Budak-budak excited habis, ummi tak cerita pasal demo demo ni semua, nanti pening nak jawab soalan-soalan bertih dari mereka.

Syukurlah tak ambik train dari Seremban ke KL Sentral.  Ummi dapat tau penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di situ dan berlaku kekecohan, dan pastinya kami akan tersekat dan kena turun tempat lain kalau ikut plan pertama.  Penyokong DAP di Bukit Bintang dan  yang lain2 di beberapa tempat di KL.




Pukul 4.00 pm baru sampai hentian terakhir di Sentul Timur.  Kami berjalan lebihkurang 200 meter ke Dewan tempat kenduri berjalan.  Wah anjang, nenek, mak lang dan sedara-mara dah tunggu.  Sempat bersalam dengan mak teh, pakcik, dan pak uda yang masing-masing dah hampir bertolak balik ke rumah nasing-masing.  Kami berpeluk-pelukan (muhrim sahaja) macam sambut sedara balik dari mekah aje lagaknya.  Dapat tau paktih yang baru nak datang kenduri pukul 9 pagi dari rumahnya di Puchong, sampai Sentul selepas 1 tengahari disebabkan sekatan dan demo jalanan.

Sempat makan sebelum catering mengemaskan majlis.  Lepas tu bergambar sakan.  Tapi kesian kat maklang, ramai jemputan dari luar KL   yang tak datang.  Jiran2 dan kawan2 yang tinggal berhampiran je ada.  Makanan dan nasik banyak berlebih.  Patutla masa nak cedok lauk, tengok banyak lagi macam baru nak mula majlis.  Sedara-mara yang ada pun semuanya yang dah datang  pada hari sebelum kenduri.

Malam tu tidur di apartment baru anjang di tingkat 4.  Anak-anak ummi ingat kami duduk hotel, cantik sangat.  Ada sentuhan interior designer.  Rupa-rupanya pak anjang ada 3 apartment di situ.  Yang terbaru di tingkat 18. 

Ayah call dari KLIA pukul 6 pagi.  Dia baru sampai dari Korea.   Dia balik terus ke Skudai.  Kami bertolak balik ke Putrajaya hari Ahad 9.30 pagi, anjang hantar.  Sampai 10.30 am.  Bayar tiket parking 10 ringgit.

Pergi pameran bunga di Presint 2, punyalah lama kami kat situ, pukul 12.30 tengahari baru nak bertolak balik ke Segamat.  Ummi beli anak pokok nangka madu dan pokok strawberry.


Beli macam-macam kat Alor Gajah, makan dan solat di Gemas, sampai Segamat pukul 4 pm.  Rehat kejap, pukul 6 petang baru bertolak balik ke Skudai.  Sampai Skudai pukul 8.30 malam.  Penat!!!!!  Sampai aje kat parking rumah, lampu kereta ummi terus tersuluh seekor binatang gemuk pendek sebesar anak lembu.  Binatang tu berdesup lari ke hutan UTM bila tersedar.  Khinzir rupanya..  Patutlah   anak2 pokok pisang dan kelapa ummi rosak satu persatu.

Sabtu, 9 Julai 2011

Travel to KL on BERSIH Rally Day

Ummi tak ambik tau sangat perkembangan BERSIH tu sehinggalah malam ni, macam nak tercabut je jantung bila tersedar rally tu akan dibuat pada  9 Julai 2011, sama tarikh dengan hari ummi nak travel ke KL dengan anak2.

Ummi dapat tau ada 58 roadblock dah start dibuat malam ni di semua jalan masuk ke  KL.  Jem di Rawang dari arah utara sebab road block Jalan Duta, Jem di Serdang dari arah selatan sebab road block di Sg Besi.

 

Besok ada kenduri kawin di Bandar Baru Sentul, dan ummi mesti pergi!!!!!


1. Kalau susah2, ummi nak parking kat Seremban, naik KTM Seremban-Rawang,  transit ke KL Central:   Putra line ke Masjid Jamek, STAR line ke Sentul.   Ini kalau jem esok di Seremban.

2. Cara lain, parking kat Putrajaya, naik ERL KLIA transit ke Bandar Tasik Selatan, kemudian STAR line (RapidKL) ke Sentul.  Cara ni kalau tak jem di Seremban.





Kena sentiasa update keadaan lebuhraya start dari rumah, baru boleh buat keputusan akhir.

Selasa, 5 Julai 2011

Christchurch, New Zealand

Ayah melawat tempat ni pada Disember 2010.  Tempatnya sangat cantik, tapi cuaca  mendung dan kamera yang kurang fokus buat gambar tak berapa cantik.  Alhamdulillah ayah dah balik sebelum gempabumi pada Feb 2011.









Ahad, 3 Julai 2011

Solo (Surakarta) dan Jogjakarta Jun 2011

Ayah dan rombongan gamelan UTM pergi melawat Institut Seni Indonesia.  Ketua rombongan ialah Pak Herman jurulatih gamelan yang berasal dari Solo, Indonesia.  Orang Jawa menyebut 'a' sebagai 'o', jadi ejaan sebenar 'Solo' ialah 'Sala'  di sana.  Antara tempat lawatan mereka adalah Desa Gunung Lemah di kaki Gunung Merapi dan Candi Borobodor.




Mencuba gamelan di institut yang terkenal ini



Sisa tanah yang runtuh dan mengalir bersama lahar panas gunung berapi.




Lahar panas sedang turun ke kaki gunung pada 25/10/10, dan Desa Gunung Lemah
adalah satu dari tempat yang terlibat.  Gambar diambil dari website Fenieramdhani.
Gambar2 Gunung Merapi meletus dan kemusnahan waktu itu di sini.