Nenek dan anjang call memanjang, tanya jadi ke pergi KL, macammana nak pergi. Diaorang macam tak percaya ummi nak pergi jugak sebab ayah takde dan keadaan KL sekarang. Nenek dah duduk KL dari hari Khamis lagi, tolong majlis perkahwinan kat rumah mak lang.
Selepas berkemas, belum sarapan, pukul 9.00 pagi baru bertolak dari rumah di Skudai. Jam pulak kat lebuhraya JB-Senai, ingatkan ada accident. Rupanya sekatan polis. Lori kecik belakang kami kena tahan. 9.30 baru lepas jem, singgah di R&R Skudai, isi minyak, makan di Dunkin Donut dan Burger King. Ummi layan budak2 ni makan pergi toilet semua, pukul 10.30 pagi baru lepas tol Skudai. Kalau ikut hari biasa, 6 jam untuk sampai KL: 4.30 pm. Ummi rasa ok dah kot, mesti pendemo BERSIH dah bersurai. Ummi dapat tau nenek dok komplen dah tau nak makan kenduri, awat pergi lambat sangat.
Buka radio semasa dalam kereta, katanya jam teruk di tol Ayer Keroh ke lebuhraya KL sebab ada sekatan polis. Polis dah bersedia dari pintu2 masuk ke lebuhraya lagi. Efficient! Tapi dah ramai yang terlepas sebenarnya dari malam sebelum tu.
Lepas Seremban, ok jalan lengang arah ke KL. Dalam keadaan macam ni, sapa-sapa yang tak ada urusan mesti malas nak pergi KL.
Sampai Nilai, jam lagi. Rupanya sekatan polis. Kereta di depan dan di belakang ummi kena tahan. Ummi masuk ke lebuhraya Nilai-Puchong untuk Putrajaya, ambik plan kedua. Tol Skudai-Putrajaya RM42.20 sejauh 307 km.
Pusing2 dan lepas bertanya arah, sampai jugak kami ke Putrajaya Sentral di Presint 9. Parking kereta dan beli tiket ERL ke Bandar Tasik Selatan. Kami terlepas perjalanan pukul 2.30, dan kena tunggu hampir setengah jam untuk perjalanan pukul 3 pm. Kalau keliru kat mana Putrajaya Sentral, ikut aje signboard arah ke Putrajaya Hospital, sebab diaorang berjiran.
Pukul 3.30 sampai Bandar Tasik Selatan dan naik STAR pergi ke Sentul Timur. Transit Masjid Jamek, PWTC, dan beberapa tempat pendemo berkumpul ditutup, kami dalam tu tak tau apa-apa. Nampak bangunan pencakar langit dan bumbung masjid Jamek aja. LRT lengang aje, tak macam selalu. Budak-budak excited habis, ummi tak cerita pasal demo demo ni semua, nanti pening nak jawab soalan-soalan bertih dari mereka.
Syukurlah tak ambik train dari Seremban ke KL Sentral. Ummi dapat tau penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di situ dan berlaku kekecohan, dan pastinya kami akan tersekat dan kena turun tempat lain kalau ikut plan pertama. Penyokong DAP di Bukit Bintang dan yang lain2 di beberapa tempat di KL.
Pukul 4.00 pm baru sampai hentian terakhir di Sentul Timur. Kami berjalan lebihkurang 200 meter ke Dewan tempat kenduri berjalan. Wah anjang, nenek, mak lang dan sedara-mara dah tunggu. Sempat bersalam dengan mak teh, pakcik, dan pak uda yang masing-masing dah hampir bertolak balik ke rumah nasing-masing. Kami berpeluk-pelukan (muhrim sahaja) macam sambut sedara balik dari mekah aje lagaknya. Dapat tau paktih yang baru nak datang kenduri pukul 9 pagi dari rumahnya di Puchong, sampai Sentul selepas 1 tengahari disebabkan sekatan dan demo jalanan.
Sempat makan sebelum catering mengemaskan majlis. Lepas tu bergambar sakan. Tapi kesian kat maklang, ramai jemputan dari luar KL yang tak datang. Jiran2 dan kawan2 yang tinggal berhampiran je ada. Makanan dan nasik banyak berlebih. Patutla masa nak cedok lauk, tengok banyak lagi macam baru nak mula majlis. Sedara-mara yang ada pun semuanya yang dah datang pada hari sebelum kenduri.
Malam tu tidur di apartment baru anjang di tingkat 4. Anak-anak ummi ingat kami duduk hotel, cantik sangat. Ada sentuhan interior designer. Rupa-rupanya pak anjang ada 3 apartment di situ. Yang terbaru di tingkat 18.
Ayah call dari KLIA pukul 6 pagi. Dia baru sampai dari Korea. Dia balik terus ke Skudai. Kami bertolak balik ke Putrajaya hari Ahad 9.30 pagi, anjang hantar. Sampai 10.30 am. Bayar tiket parking 10 ringgit.
Pergi pameran bunga di Presint 2, punyalah lama kami kat situ, pukul 12.30 tengahari baru nak bertolak balik ke Segamat. Ummi beli anak pokok nangka madu dan pokok strawberry.

Beli macam-macam kat Alor Gajah, makan dan solat di Gemas, sampai Segamat pukul 4 pm. Rehat kejap, pukul 6 petang baru bertolak balik ke Skudai. Sampai Skudai pukul 8.30 malam. Penat!!!!! Sampai aje kat parking rumah, lampu kereta ummi terus tersuluh seekor binatang gemuk pendek sebesar anak lembu. Binatang tu berdesup lari ke hutan UTM bila tersedar. Khinzir rupanya.. Patutlah anak2 pokok pisang dan kelapa ummi rosak satu persatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan