Khamis, 21 Julai 2011

Endau Rompin - Laluan Selai

Kami ikut rombongan Summer Course yg ayah dan Dr Lee buat untuk pelajar university dari Thailand.  Antara aktiviti yang mereka buat ialah berkemah di Taman Negara Endau Rompin selama 3 hari.  Keluarga kami dan keluarga Dr Lee datang pada hari kedua.  Kami masuk melalui pekan Bekok.  Tinggalkan kereta di stesen dan naik kenderaan pacuan 4 roda sejauh 27 km ke Kem  Lubuk Tapah melalui kampung orang Asli di Selai.  Kenderaan tu kira macam teksi ke dalam hutan.  Driver kami bekerja tetap di KTM, Sabtu Ahad part time bawak 'teksi' kat situ.

Kami melalui ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan orang asli.  Kalau lihat di google map, laluan kami tu satu-satunya laluan masuk dari barat ke hutan Endau.  Di kiri kanan bukit bukau dan lurah bersilih ganti.  Sejam kemudian, baru sampai ke kawasan kem.  Lihat lokasi Endau Rompin di Johor.

Jalan masuk ke Taman Negara Endau Rompin - Selai 


Peserta kem sedang membuat aktiviti di dalam hutan, jadi keluarga kami dan keluarga Dr Lee cuma rehat-rehat dan bersarapan sementara menanti mereka balik.  Tengahari tu mereka balik dan kemudian pergi semula untuk aktiviti trekking sejauh 8 km.  Ayah, Dr Lee dan anak lelakinya berusia 13 tahun ikut sekali.  anak-anak ummi nak ikut, tapi staf Taman Negara tak benarkan, kecik lagi katanya.  Faham, takat 1 km boleh la bertahan, kalau 8 km, mau berdukung nanti!

 Jadi petang tu anak-anak ummi habiskan masa dengan bermain pasir dan kereta-kereta kecik yang dibawa.  Anak Dr Lee yang berusia 6 tahun tinggal bersama kami.  Fuhh, penat juga nak jaga budak2 ni, sebab sebelah kem tu ada sungai yang agak dalam airnya.  Ummi kena bertahan mata dan aktif berlari sana-sini mengejar budak2 yang bergerak terlalu dekat dengan tebing sungai.

Orang dewasa pergi jungle trekking, budak kecik main kat sini je

Lewat petang, kami dibawa naik landrover ke Base Camp kira2 1 km di atas, dimana airnya lebih jernih dan sesuai untuk bermain.  Ummi biarkan anak2 main air, ummi rehat kat atas batu.  Tak sangka jumpa ayah yang baru balik dari trekking.  Tak lama lepas tu, satu-satu peserta muncul dari hutan , muka masing-masing terbakar dan bermandi peluh.  Fuhh nasib baik tak ikut.  Sekarang memang musim yang panas membahang.  Apalagi kawasan kem kami tu yang lapang berpasir, lagi la terasa bahang panasnya.


Lubuk Tapah selepas banjir besar bulan Feb 2011

Ada banyak air terjun yang cantik di sepanjang jungle trekking, tapi ayah ambik gambar air terjun Takah Tinggi je.  Link ni ada tunjukkan banyak lagi gambar air terjun yang terdapat di situ.  Nama-nama air terjun di Selai bermula dengan Takah.

Takah Tinggi


Malam tu kami tidur dalam kemah.  Ummi dan ayah tersangat letih dan tidur awal.  Tapi sebelum terlena, sempat jugak ummi terdengar riuh suara anak-anak ummi dan anak-anak Dr Lee bermain hide and seek.  Seronok dengar diaorang sibuk mengundi dan mencari, adakalanya bertekak, dalam bahasa Cina.  Ummi cuma faham masa ada yang kira ee er san sek tu je.  Peserta kem ada aktiviti masak nasi dalam plastik dan daun, serta pancing ikan dan bakar.  Penuh unggunan api di sana sini ikut kumpulan masing-masing.  Yang ni pun ummi cuma faham hilai tawa diaorang je, sebab bercakap semua dalam bahasa Thai.

Sarah bersama peserta Summer School 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan