Khamis, 4 Ogos 2011

Memori Silam di Canada

Kami tinggal di Canada antara tahun 1997 dan 2002.   Sebenarnya ummi ada laman keluarga geocities waktu di sana, tapi sudah hilang.   Ummi tak sempat nak selamatkan satu catatanpun.   

Antara memori yang paling ummi ingat, ekonomi dan ringgit Malaysia jatuh mendadak semasa kami dalam perjalanan ke Canada.  Semasa di Malaysia, ringgit masih cantik lagi berbanding dollar, lebihkurang RM2.30 = $1 Canada.   Masa transit di UK, nampak tukaran dah jatuh.  Ayah percaya itu sementara, dan nak tunggu sehingga pulih semula.  Tapi bila tiba di Canada, ringgit semakin jatuh sehingga menghampiri RM3 kepada $1 Canada.   

Kerana kami dah kehabisan dollar, ayah terpaksa tukar juga matawang ringgit kami walaupun rate ketika itu sudah sangat tinggi.  Alhamdulillah kami bertindak cepat, sebab ringgit Malaysia terus jatuh paling teruk pada Januari 1998.   Berdasarkan rekod di https://tradingeconomics.com/,  ringgit Malaysia berbanding dollar US = RM4.71, terburuk dalam sejarah.   Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir ketika itu, terus ikat ringgit kepada dollar = RM3.80 selama 7 tahun.


Winter

Antara kenangan termanis di Canada adalah salji yang menutupi buminya selama hampir 6 bulan setiap tahun, bermula pada bulan Disember sehingga bulan Mei.  Aisyah lahir ketika salji tebal separas lutut, dan Sarah pula lahir ketika buah2 strawberi  sudah merah dan boleh dipetik diladang2.  

Kami pernah travel  menyambut raya sehingga ke Kansas City tempat seorang saudara  jauh ummi, ketika itu salji terlalu tebal sehingga tak nampak garis pemisah antara langit dan bumi.  Semuanya nampak putih dari atas ke bawah.  Kami terlepas exit ketika di lebuhraya kerana jarak penglihatan yang hanya beberapa meter sahaja.

sehari sebelum tahun 2000

Kebetulan kami berada di bandaraya New York semasa sambutan tahun baru 2000 dan dapat melihat bunga api dari beranda rumah tumpangan.  Sempat pula bergambar dengan menara kembar sebelum hilang pada tahun 2001.  Ummi   bawa keluarga melawat  univ tempat ummi belajar satu masa dulu, dan bermalam di rumah kenalan yang sudah menetap sejak 10 tahun lalu.


 Spring

Musim bunga walaupun singkat, sangat cantik, bermula dengan tulip dan daffodil pada bulan Mei semasa salji masih ada  di atas tanah , diikuti  bunga2  ceri, peach, plum dan epal yang lebat menutup seluruh dahan dan ranting.  Kami melawat ladang tulip di Ottawa dan naik ke Quebec City yang dingin dan berangin.  Biasanya kami pergi ke tempat yang dekat2 sahaja kerana ayah sibuk dengan researchnya.


Musim  panas pula nyaman walaupun siangnya panjang.  Kami pernah pulang ke rumah pukul 9 malam, dan masih sempat bersolat maghrib. Subuh ketika itu masuk sekitar 2.30 pagi.   Cuaca betul2 panas melebihi 25 Celcius cuma dalam masa seminggu dua sahaja.  Selebihnya hanya sekitar 20 Celcius, seperti dikawasan peranginan tanah tinggi Frasier.  Kami biasanya berjalan jauh ketika ini, pernah mengelilingi sebahagian tasik2 besar, utara Ontario, turun ke Chicago, terus ke Niagara, seterusnya Boston, dan naik semula ke Canada menuju Montreal.



 Summer


Musim luruh adalah yang tercantik pemandangannya.  Kebanyakan pokok kecuali pokok2 pine,  bertukar warna menjadi kuning terang, oren dan merah.    Bendera Canada juga berdasarkan daun maple yang merupakan hutan semulajadi di sini.   



Kami berjalan ke Halifax dan kawasan sekitarnya waktu itu, melihat keindahan alam semulajadi dan merasa sendiri air segar yang manis tak tercemar.  Antara memori yang masih diingat selepas peristiwa Sept 11,  ayah ditahan ketika sudah berada di depan pintu kapalterbang, dan seorang wanita Malaysia dipenjarakan hanya kerana berkata dia tak mahu transit di New York, ketika menempah flight dari Canada ke USA.

Fall


Tiada ulasan:

Catat Ulasan