Kami ke Jasin Hot Spring yang terletak di Bemban, Melaka pada 24 Januari 2012. Kami bertolak dari Segamat melalui Tangkak, kemudian Jasin dan terus ke Bemban. Bemban pekan kecil aje, ala ala Pekan Sungai Air Tawar, Selangor atau Pekan Kangkar Pulai, Johor. Di situ baru nampak sign board ke air panas.
Tapi bila sampai, rasa hampa la, indah iklan dari realiti. Sebab dalam papan tanda tu, seolah2 ada banyak tempat untuk berendam di samping suhu air panas antara 40-50 darjah Celcius.
Kami dah pernah pergi ke Hot Spring Labis yang tak berapa dikormersilkan dan Hot Spring Sg Klah yang komersial habis. Kalau Sg Klah ***** star, Labis cuma **star je, tu pun sebab dah ada penambahbaikan dari dulu. Tapi air di Labis sangat panas mungkin antara 40 - 50 Celcius. Jadi ummi ratekan air suam dan sikit aje di Hot Spring Jasin ni * aje. Memang tak puas hati. Kalau ada yang sangat berpuas hati dan tak setuju dengan ummi, sila la bagitau.
Tapi syukur la diaorang dah buat pool untuk budak-budak main kat kawasan bersebelahan. Jadi budak-budak pun main air sepuas hati kat situ. Cuma airnya kotor dan bersampah sebab aliran air keluar masuk yang tak kuat agaknya. Ummi duduk rendam kaki kat situ, malam tu sampai 2 hari masih rasa gatal-gatal sebab kaki ummi memang sensitif air yang tercemar ni.
Kalau datang sini hajat nak bawak budak main air aje, ummi rasa bolehlah sebab nampak budak-budak ni seronok je main air. Tapi kalau dari Johor nak rasa air panas, lebih baik pergi Hot Spring Labis ... ada 3 kolam besar kedalaman berbeza dan airnya prrrrr ... panas. Cuma Labis belum sediakan kolam untuk budak2 main air macam kat atas ni.
Kemudian kami pergi makan mee bandung dan bihun sup di gerai-gerai tepi sungai Kersang, sedap. Bangunan penting di Jasin banyak berkumpul di sekitar masjid al Ghaffar. Pusat bandar Jasin tak besar sangat, kecil dari Segamat. Tapi hampir semua kedai penting dan bank terletak berdekatan dan sesuai untuk mereka yang berjalan kaki.
Tapi bila sampai, rasa hampa la, indah iklan dari realiti. Sebab dalam papan tanda tu, seolah2 ada banyak tempat untuk berendam di samping suhu air panas antara 40-50 darjah Celcius.
muka-muka yang tak sabar nak berendam dalam air panas
Semasa ke sana, cuma ada dua je tempat berendam, satu bebas, satu untuk perempuan. Lepas ummi cecah kaki ke dalam, suam-suam kuku je, rasanya suhu dalam 30 dajah Celcius je kot. Ummi bandingkan dengan Hot Spring di Sungkai, suhu air yang bertanda 35 Celcius jauh lepas panas dari ini, dan suhu yng bertanda 40-45 Celcius pula memang sangat panas, tak tahan lama-lama berendam. Suhu 50 Celcius pula langsung tak berani nak masuk.
biasa ~ suhu air sejuk dalam kolah, suam = tak panas
semuanya air sejuk biasa je
Tengok orang rendam kaki ingatkan panas ... rupa-rupanya sejuk
Kami dah pernah pergi ke Hot Spring Labis yang tak berapa dikormersilkan dan Hot Spring Sg Klah yang komersial habis. Kalau Sg Klah ***** star, Labis cuma **star je, tu pun sebab dah ada penambahbaikan dari dulu. Tapi air di Labis sangat panas mungkin antara 40 - 50 Celcius. Jadi ummi ratekan air suam dan sikit aje di Hot Spring Jasin ni * aje. Memang tak puas hati. Kalau ada yang sangat berpuas hati dan tak setuju dengan ummi, sila la bagitau.
Tapi syukur la diaorang dah buat pool untuk budak-budak main kat kawasan bersebelahan. Jadi budak-budak pun main air sepuas hati kat situ. Cuma airnya kotor dan bersampah sebab aliran air keluar masuk yang tak kuat agaknya. Ummi duduk rendam kaki kat situ, malam tu sampai 2 hari masih rasa gatal-gatal sebab kaki ummi memang sensitif air yang tercemar ni.
Basel dan Hf berehat dalam air paras lutut
Sarah mula-mula kecewa, lama-lama ok dah
Lepas tu kami pergi solat di Masjid al Ghaffar di Bandar Jasin. Cantik masjidnya dan bilik airnya sangat bersih, macam di hotel berbintang. Setaraf kebersihan toilet di Masjid Selat di Pulau Melaka. Yang ummi perasan, masjid-masjid besar di Melaka ni menggajikan cleaner tetap untuk pastikan toilet masjid sentiasa bersih.