Tahun ni Hf dah daftar untuk kelas fardhu ain di tadika Jamiah, atau Tadika Didik Insan. Katanya tiap hari belajar solat secara praktikal. Semalam Hf kena solat atas meja sorang2 dan diperhatikan oleh kawan2.
Tadika ni mula operasi sejak tahun 2007, semasa Sarah berusia 6 tahun. Sarah dikenali sebab pandai mengaji, dan satu-satunya budak tadika yang ikut bertadarus sepanjang bulan Ramadhan. Akhir tahun Sarah jadi pelajar contoh.
Tahun 2008 Basel pula masuk kelas tadika perdana sahaja. Semasa berumur 6 tahun, baru Basel masuk kelas fardhu ain.
Ummi dan ayah sibuk betul bila kelas bermula, dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang tugas ambil /hantar anak berjalan.
Minggu lepas tadika Hf ada acara sukan di padang Pulai Perdana, Hf dalam rumah merah - menang keseluruhan. Peserta sukan ni semua budak2 yang belajar tadika, fardhu ain, dan transit tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan