Salah satu syarat permohonan PR kena ada bukti kemahiran dalam bahasa English. Kami pergi daftar IELTS di Taylor College, JB. Ayah
kena lepas 7.0 (proficient) untuk setiap kategori yang akan menyumbang 10 points. Kalau tak lepas, dapat 0 point. Kalau dapat 8.0 dalam setiap
kategori, boleh dapat 20 points. Kalau tak nak ambil IELTS, boleh juga ambil
TOEFL atau exam lain yang diiktiraf.
Point dari pasangan juga boleh ditambah, tetapi point maksimum yang boleh diberi oleh pasangan adalah 5 sahaja. Points diambil kira dari tahap pendidikan, bidang pekerjaan dan competency in English.
Untuk umi yang dah berusia melebihi 45 tahun ni, nak belajar semula dan ambil test lagi memanglah berat. Tapi dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Alhamdulillah, umi lepas markah IELTS yang ditetapkan, untuk pasangan, kena dapat 6.0 (competent) bagi setiap kategori. Cukup syarat sebagai pasangan pemohon.
Selain English, tahap pendidikan juga diambil kira. Ijazah sarjana dan Master akan diberi 15 points manakala pemegang sijil PhD akan dapat 20 points.
Mereka yang belajar serta pernah bekerja di Australia akan dapat point lebih banyak lagi sehingga 20. Kami dapat 0 point di situ. Bidang pekerjaan yang hendak dipohon (bersama bukti kelayakan) mestilah yang ada dalam list yang disenaraikan oleh negeri atau regional berkenaan.
Syarat seterusnya umur tidak melebihi 50 tahun. Umur antara 25 hingga 32 dapat paling banyak points.
Umur 18-24: 25 points, 25-32: 30 points, 33-39: 25 points, 40-44: 15 points, dan akhirnya 45-49: 0 points.
Masa mohon tu umur ayah masih 44, tapi kalau mereka proses lambat ke tahun berikutnya, dah 45. Jadi kami mungkin dapat 15 atau 0 points di situ, bergantung bila permohonan kami diproses. Umur anggota keluarga lain tidak diambilkira, kerana pemohon utama sahaja yang dilihat. Semua maklumat ni masih valid semasa kami memohon. Link untuk maklumat di atas sudah terputus, dan belum ada link terbaru untuk dikongsi.
Di Taylor ni pun ada program pra u untuk lepasan SPM ke Australia. Kami masukkan Rayyan ke Intec di Shah Alam dengan yuran RM33,000 untuk program satu setengah tahun.
Sambungan:
Medical Check Up,
Harapan Tipis

Tiada ulasan:
Catat Ulasan