Sepatutnya jawapan samada kami berjaya dapat PR atau tak, seawal bulan September 2014 lagi. Tapi hari demi hari, bulan demi bulan, kami tak dapat jawapan.
Sehingga bulan Disember 2014 tu, umi dah anggap hmm tak dapatlah agaknya. Lagipun, beberapa minggu sebelumnya ISIS telah menyerang sebuah cafe di Sydney. Umi baca forum2 di Australia, memang mereka tidak melihat ISIS sebagai penjenayah biasa, tetapi sebagai wakil jihad Islam, kerana itu yang dicanangkan oleh ISIS. Jadi imej Islam sudah sangat teruk di mata rakyat Australia sekarang. Umi pun dah takde semangat nak ke sana lagi.
Tapi pertengahan bulan Januari 2015, kami dapat surat dari Immigration Australia. Kami telah diberikan PR Australia, tetapi due date untuk aktifkan visa mestilah selewatnya pada 2 Feb 2015. Cuma dua minggu dari tarikh surat. Ejen kata biasanya 6 bulan dari tarikh surat.
Setelah berkomunikasi dengan Immi. Australia, memang betul tiada apa kesilapan pun pada surat tersebut. Maka berangkatlah kami ke Australia pada 2 Februari, pukul 11.30 malam dari Malaysia. Sebab beli tiket last minute, memang tambang paling mahal dalam sejarah, habis RM20K untuk 7 orang. Visa ini boleh digunakan sehingga 5 tahun, selepas itu samada diperbaharui atau mohon citizenship (ummi tak berminat).
Sampai Sydney pukul 11 am, 3 Feb 2015, agak cuak juga, adakah kami dah terlewat dan akan ditendang keluar balik Malaysia? Tapi alhamdulillah, pegawai immi pun sangat peramah dan kata tiada masalah apa pun. Cuma visa umi aje rupanya tersilap tarikh lahir tahun 1969. Tapi dengan satu panggilan ke ibupejabat Immigration, masalah selesai di situ.
Australia sedang musim panas. Kami sewa kereta Toyota Prius 7 seaters, agak kecil sebenarnya, dan pergi ke Malaysia Hall di Alison Road untuk menginap. Sesat jugaklah mencari, padahal tepi jalan je, sebelah stesen minyak Shell Seberang jalan, padang lumba kuda dan USNW.

Kami berada di sana selama 5 hari 4 malam. Dapat family room, ada satu katil king, satu queen, dan 2 single. Suhu ketika tu 23 Celcius, panas sebenarnya. Tapi sebab baru tiba dari Malaysia yang bersuhu 35 Celcius, rasa sejuk je. Mulai 2016, cuma student sahaja yang boleh menyewa di Malaysia Hall.
Kami tak melancong ke mana-mana pun di Sydney sebab tujuan utama nak aktifkan visa aje. Kami lebih banyak berjalan di pekan Randwick mengenali cara hidup di sana. Pergi grocery, jogging pagi2, dan jalan2 tepi pantai. Dari pekan Randwick dah nampak laut.
Pekan Randwick
Berkenalan dengan caterer abang Sam dan permanent staf kak Nani. Staf lain semuanya student yang kerja part time dan jadi resident kat situ. Abang Sam offer kami sewa rumah 3 bilik di sebelah rumahnya di Valda Avenue, Arncliffe yang terletak 10 minit dari lapangan terbang Sydney. Ayah terus setuju, sewa AUD 2400 sebulan. Ayah dah sign kontrak selama 2 tahun.
Kami pulang ke Malaysia selepas itu. Bulan Mac 2015, ayah berpindah dahulu seorang diri ke Sydney. Bulan Jun umi, Basel dan Hf pula ikut ke sana. 3 orang anak masih di Malaysia, tinggal di asrama masing2. Mereka tiba di Sydney pada Disember 2015.
Selepas 2 tahun, ayah dah pasrah memang susah nak cari kerja selepas usia menghampiri 50 tahun dan tiada apa2 kelayakan dari Australia, walaupun ayah ada pengalaman lebih 20 tahun kerja di Malaysia dan sudah berada di peringkat pengurusan.
Ketika ini, kami keluarkan saving dari Malaysia hampir RM8000 setiap bulan untuk bayaran sewa rumah sahaja. Jadi ummi nasihatkan sesiapa yang nak migrate Australia, pastikan dah dapat kerja baru pindah, atau sediakan duit secukupnya untuk perbelanjaan selama 2 tahun di sana
Di sini selain Tour Guide, ayah juga pernah bekerja buruh kilang, penghantar barang, pemetik buah, pekerja kantin Malaysian Hall, mengemas kebun, dan apa sahaja asalkan halal. Usia dan diabetes menghadkan pergerakannya kerana ayah tak boleh terluka.
Pokok bluberi di bawah bumbung ini hanya sebahagian kecil sahaja. Majoriti ditanam atas tanah ladang yang luas dan terdedah kepada sinar terik matahari.
Barulah ummi sedar mewahnya hidup kami semasa di Malaysia dulu. Apapun kami bersyukur kerana masih ada rezeki, rumah untuk berlindung dan sihat tubuh badan tidak terlantar dan menyusahkan sesiapa. Sekali kaki sudah melangkah, kami akan teruskan juga.
Alhamdulillah, sejak 2021, anak pertama kami Rayyan sudah bertugas sebagai guru sekolah. Ringanlah sedikit beban di bahu ayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan