Jumaat, 31 Disember 2010

Cuti Akhir 2010

Hari Sabtu kami bertolak ke Melaka, sebab ayah ada perbincangan dengan saudara-mara terdekat untuk hari pertunangan Faruqi, adik bungsu ayah.  Hari Ahad, terus ke Dusun Eco Resort di Bentong, Pahang.  Ayah bersama student KTDI yang bakal dipilih untuk jadi AJK ada sesi orientasi.  Antara aktiviti yang sempat ayah, Rayyan dan Sarah ikut bersama ialah canopy walk sepanjang 120 meter, flying fox 250 meter, mandi kolam (tak menten dan sejuk).  Ummi dan Aisyah tak ikut sebab takut, Basel dan Hf kecil lagi.  Yang tak sempat ikut sebab kami dah pergi antaranya berakit buluh, dan larian halangan ala askar.

Canopy walk 120 meter

Hari Selasa bertolak ke Seberang Prai sebab ayah ada kerja di situ, tinggal di Seaview Hotel.  Ummi belikan Rayyan MP3 di salah satu kedai elektrik di bawah hotel.

Petang Rabu bertolak ke Perlis, tidur di Putra Palace Hotel di Kangar.  Apa yang best tentang hotel ni ialah bilik yang luas dan selesa, dan kolam renang 3 kedalaman, untuk kanak-kanak, 3 kaki, dan dewasa ~ 6 kaki.  Sarah paling aktif berenang merentas kolam tu. Sepanjang malam pula ayah tengok bola!!!!  Malaysia lawan Indonesia 4-2 Piala Suzuki.   Ummi bawak anak2 makan malam di luar.


Pagi Khamis 30 Dis baru pergi Matri hantar Aisyah dan Rayyan.  Pukul 10 pagi  kami dah bertolak balik ke Skudai sebab ayah kena pergi Filipina pukul 12 malam ni.

Jumaat, 24 Disember 2010

Ayah Sibuk Betul !!!!

Malam tadi ayah balik dari Australia-New Zealand.  Terkejut dia semua anak belum tidur, yang dah tidurnya ummi sebab penat sangat.  Janji nak sampai 11.30, sampai 12.30 tengah malam.   Bila semua budah dah masuk bilik, ayah tanya apsal semua tak tidur lagi?  Ummi cakap diaorang tunggu ayah balik bawak coklat Ferraro Roche.  Ayah terus kata coklat tu takde, dah cari semua tempat.  Ummi punya hampa, nampak agaknya kat muka.  Macam tak percaya dah singgah banyak airport, satu kedai pun takde coklat tu. Tapi senyap ajelah, kang ayah penat-penat takkan nak bergaduh pulak.

Bukan ummi tak boleh beli kat kedai biasa, tapi nak gembirakan anak2 aje, sebab dah lama tak jumpa ayah, dan biar diaorang ingat sampai besar, hadiah yang ayah bawak balik untuk diaorang.  Diaorang sendiri yg minta nak coklat tu aje.  Rasa sedih sangat, ummi menangis senyap-senyap masa nak tidur.  

Pagi ni, ayah ada kejutan lagi.  Gembira juga budak2 tu akhirnya, dapat sorang satu plat nama atas plastik. 
Plan ayah, 25 - Melaka, 26 - 28 Bentong, Pahang. Pastu balik JB hantar kitaorang. 29 - ayah ada meeting kat Penang.  31- Filipina.

Plan ummi, 25 - Melaka, 26 - 28 Bentong, terus ke Perlis.  Uruskan pendaftaran Aisyah dulu, pastu tinggalkan ummi dan anak2 kat hotel di Perlis.  29 - ayah ke Penang, then berkumpul di Perlis, saya good bye to Aisyah dan Rayyan, dan balik JB. 31 - Filipina.

Alhamdulillah ayah setuju.  Dan dan tu dia call ofis dia batalkan perjalanan plan asal dia (yang tak include kitaorang), dan ikut plan yg ummi cadangkan.

update:  Semua plan macam ummi cadang kecuali masa kat Penang, semua tidur kat Penang.

Sabtu, 18 Disember 2010

Aisyah dapat masuk MATRI

Alhamdulillah.  Sekarang ni tengah sibuk cari kain untuk tempah tudung labuh Aisyah. Ada 5 warna kena sediakan.  T-shirt muslimah pun nak kena beli, tapi kat mana ada jual ... selalunya nampak masa konvo je. 

Baru beli peralatan dan uniform sekolah budak2 ni dah belanja RM 850.  Masuk barang2 Aisyah, lebih seribu nanti.  Claim jangan tak claim.  Ayah baru hantar sms katanya sekarang di New Zealand.

Hari Sabtu, setelah pusing sana-sini cari kedai jahit, akhirnya dapat juga.  Mudah-mudahan takda masalah lain. Hari ni pergi Giant dengan Aisyah dan Rayyan, beli barang2 harian kat asrama dan kasut sukan.  Kasut Aisyah harga RM30, Rayyan RM100.  Habis RM400 semua hari ni.

T-shirt muslimah tak dapat lagi, mana nak cari ni, semua kedai kat sini tak jual.  Jualan online, dahla tak tau saiz fit  ke tak, pastu bila masa nak dapat?  5 hari je lagi nak pergi.


update: alhamdulillah dah jumpa kedai t-shirt muslimah di Giant Jalan Skudai, arah ke JB, ke depan sikit exit ke Taman Ungku Aminah.  Satu masalah dah selesai.   RM166 untuk 3 t-shirt Aisyah dan 2 t-shirt Sarah.  Exit lepas jejambat - Jalan Impian Utama.

 update 30/12/10:  Happy birthday Aisyah ... semalam

Kami dah bercuti sejak hari Sabtu, start dari Melaka, Bentong dan akhirnya Perlis.  Pagi tadi baru  hantar Aisyah dan Rayyan ke Matri.  Asrama sedang dibersihkan, memang nampak kotor dan bersepah.  Aisyah nampak risau, macammana nak tidur kat bilik bersepah macam tu.  Beberapa senior form 5 dah ada dalam bilik.  Alhamdulillah ada jugak kawan Aisyah sepanjang 3 hari sebelum sekolah bukak ni.  Aisyah dah menangis masa kami bersalam-salaman, alahai kesian tengokkan dia.  Koperasi tutup, jadi tak dapat belikan lagi baju asrama, buku, dan barang2 harian Aisyah.

Pukul 8 malam, masa kami masih dalam kereta ke arah Skudai, Aisyah call guna hp senior.  Pastu ummi call dia balik.  Aisyah menangis je dalam hp, cuma jawap sepatah-sepatah soalan ummi.  Rayyan belikan dia makanan tengahari tu.  Lepas - lepas tu dia tolong masak dan makan ramai2 dengan kakak2 tingkatan 5 yang dah sampai.

Ahad, 12 Disember 2010

Ayah - Kemboja 5 - 11 Disember 2010

Ayah  pergi Kemboja lagi untuk bersama-sama dengan  rakyat Melayu/Muslim di sana.  Mula-mula ayah dan student KTDI UTM telah menjamu penduduk kampung 4 ekor lembu semasa upacara khatan beramai-ramai (anak ayah sendiri si Basel khatan kat klinik aje, syukurlah ayah dah balik  hari Ahad ni, kalau tak ummi ajelah  sorang-sorang  temankan).

Gambar:  Pelajar KTDI di depan rumah penduduk kampung


Rombongan KTDI juga taja 4 buah perigi dan cat untuk sekolah.  Ayah belikan set meja makan 6 kerusi berharga seribu ringgit untuk kegunaan guru-guru sekolah.  Katanya sebelum ni cikgu2 duduk-duduk kat beranda sekolah kalau tak mengajar, sebab tak ada meja.

Gambar: Asrama sekolah dan dinding konkrit untuk perigi.

Yang bestnya ayah kata, minyak masak sangat mahal di sana, jadi semua masakan dimasak tanpa minyak.  Goreng bawang pun tanpa minyak.  Makan malam di rumah tuan rumah, lauknya ikan jelawat bakar cicah asam limau, ikan toman sup, dan sayur timun dan daun salad.   Jelawat tu macam ikan yang ummi pernah bela dalam akuarium aje.

Budak-budak Kemboja kecik-kecik lagi dah bertanggungjawab bela adik.  Tengok la budak-budak ni, jenguk sekolah dari luar tingkap je, sebab baby tak boleh masuk kelas.  Dinding sekolah dah dicat warna merah bata. 

Sabtu, 4 Disember 2010

Lost World of Tambun dan Gua Tempurung

Kami ke Ipoh pada hari Rabu 1 Disember lepas sebab Aisyah ada test untuk masuk MATRI.  Pagi Khamis pergi ke Taman Rapat Indah, pejabat Haluan Perak.  Pukul 10 pagi terus ke Tambun.  Budak-budak main air sepuas hati.  Bayaran masuk sangat mahal ... RM38 untuk dewasa.  Kalau tak pakai sleuar renang, tak boleh main air.  Ummi masuk dalam air nak ambik gambar budak2 pun diarah keluar dari air sebab pakai tracksuit aje.  Tegas betul.  Beg pun diperiksa, dan semua makanan kena tinggal kat luar.

ada banyak kolam air panas kat sini

resort dikelilingi bukit batu kapur yang cantik


Hari Jumaat kami pergi ke Gua Tempurung yang terletak di selatan Gopeng.  Besar betul gua tu, boleh buat istana kat dalam tu.  Tapi letaknya di beberapa lapisan, kena panjat beratus anak tangga untuk sampai ke lapisan gua ke 5.  Kami ambik pakej kering, maksudnya tak masuk ke dalam air.  Sapa ambik pakej basah, kena turun lagi jauh ke dalam.  Kami tengok aje dari atas, langsung tak nampak dasar, dalam dan gelap.  Lepas tu terus balik ke Skudai.

Laluan angin di satu tempat sempit di dalam gua
anak sungai jernih di dalam gua