Ayah pergi Kemboja lagi untuk bersama-sama dengan rakyat Melayu/Muslim di sana. Mula-mula ayah dan student KTDI UTM telah menjamu penduduk kampung 4 ekor lembu semasa upacara khatan beramai-ramai (anak ayah sendiri si Basel khatan kat klinik aje, syukurlah ayah dah balik hari Ahad ni, kalau tak ummi ajelah sorang-sorang temankan).
Gambar: Pelajar KTDI di depan rumah penduduk kampung
Rombongan KTDI juga taja 4 buah perigi dan cat untuk sekolah. Ayah belikan set meja makan 6 kerusi berharga seribu ringgit untuk kegunaan guru-guru sekolah. Katanya sebelum ni cikgu2 duduk-duduk kat beranda sekolah kalau tak mengajar, sebab tak ada meja.
Gambar: Asrama sekolah dan dinding konkrit untuk perigi.
Gambar: Asrama sekolah dan dinding konkrit untuk perigi.
Yang bestnya ayah kata, minyak masak sangat mahal di sana, jadi semua masakan dimasak tanpa minyak. Goreng bawang pun tanpa minyak. Makan malam di rumah tuan rumah, lauknya ikan jelawat bakar cicah asam limau, ikan toman sup, dan sayur timun dan daun salad. Jelawat tu macam ikan yang ummi pernah bela dalam akuarium aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan